Chapter 1

24.6K 860 48
                                    

"Asal mata kau warna tu ? Kau anak alien ke ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Asal mata kau warna tu ? Kau anak alien ke ?"

"Bukanlah weh . Anak setan hahahaha "

Irene Sarah ketap bibir . Dia berjalan menunduk tanpa menghiraukan ejekkan sekelilingnya . Jujur dia sudah lali walaupun ada kadang dia terasa hati .

Tapi apa boleh buat ? Dah nama pun 'mangsa buli' hanya diam dan hadap sajalah . Lagipun Irene Sarah sedikit pun tak kisah . Hairan adalah .

Oleh kerana dia mempunyai sepasang anak mata berwarna biru yang mempunyai lingkaran hitam dan jelas anak matanya terlihat . Kerana keunikkan dia berbeza dengan manusia biasa , jadi keistimewaan dia menjadi bahan ejekkan rakan sekolah . Tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup .

Manusia ni memang ada hasad dengki eh ? Dengki dengan sesuatu kepunyaan orang yang melebihi kemampuan dia ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manusia ni memang ada hasad dengki eh ? Dengki dengan sesuatu kepunyaan orang yang melebihi kemampuan dia ?

Sejak dia bersekolah disini , tiada seorang pun yang berani mendekatkan diri dengannya.

Irene Sarah berjalan menunduk bukan kerana malu tapi kerana tidak mahu memandang muka-muka jibake yang dengki dengan orang . Haila , batu lagi lawa .

Irene Sarah berjalan keluar perkarangan sekolah menuju ke cafe tempat dia bekerja . Ya , dia berkerja sambilan di sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari sekolah . Hanya memakan masa 10 minit dengan berjalan kaki .

Irene Sarah memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupannya . Ini kerana dia sebatang kara saja dibumi ini . Tiada ibu , tiada ayah atau saudara . Ini kerana ibubapanya telah meninggal dunia dalam kemalangan kecil ketika mereka berada diluar negara .

Selepas itu , dia diambil oleh pihak berkuasa lalu dia dibesarkan di panti asuhan sebelum dia mengambil keputusan untuk lari dari situ kerana tidak tahan dijadikan hamba .

Malam dia lari dari rumah anak yatim , Encik Alvin dan isterinya menemui dia . Bermula malam itu , dia dijaga oleh Encik Alvin dan Puan Rebecca .

Sekolah juga diuruskan oleh Encik Alvin . Kata lelaki itu , gadis remaja seperti Irene Sarah perlukan sebuah pendidikan . Paling kurang ada SPM . Nak dibantah takut kata tak kenang jasa , nak diterima segan pula . Akhirnya lepas dipujuk pasangan suami isteri itu terus dia bersetuju .

Dari uniform sekolah sampailah ke yuran sekolah . Semuanya ditanggung bersih Encik Alvin . Sebagai balasan , Irene Sarah meminta untuk bekerja di cafe milik Encik Alvin . Tempat bergantungnya hanya pada keuntungan cafe milik Encik Alvin .

Setelah beberapa bulan , dengan gaji yang diperoleh Irene Sarah menyatakan diri ingin mencari rumah sewa . Segan untuk terus berada di rumah pasangan suami isteri berbangsa cina itu . Lagipula , anak lelaki mereka yang belajar di US akan tamat pengajian tak lama lagi . Jadi tak manis walau tak seagama.

Ditegah berulang kali namun akhirnya dipersetujui jua . Dengan bantuan Encik Alvin , kini Irene Sarah menetap di sebuah rumah sewa kecil yang berhampiran dengan sekolah .

Irene Sarah membuka lokar di bilik persalinan pekerja sebaik tiba di situ . Ramai pelanggan membuatkan keadaan cafe itu sedikit sibuk . Dia bergegas menyalin pakaian rasmi Cafe Viń itu .

Sebaik saja selesai menyalin pakaian , dia mengikat rambutnya gaya messy bun. Nota kecil dan pen didalam loker di ambil . Tak lupa tag nama diri .

Irene Sarah tarik nafas dalam sebelum keluar dari bilik persalinan itu ke luar .

Semoga semuanya baik-baik saja hari ini .

- - - - - - -

"Ryder "

Seorang lelaki bermata biru cair dengan rambut blond berjalan melintasi anak-anak buahnya yang menunduk hormat .

Dia ukir senyum sinis mendengar panggilan itu pada dirinya .

Ryder , atau Mikael Rayyan Martinez . Siapa saja tidak kenal dengan lelaki bengis yang baru melonjak dalam dunia gelap ? Lagi-lagi keturunan Martinez ? Aiseh .

Martinez merupakan keturunan mafia yang dihormati di Sepanyol . Kemunculan generasi ke 10 Martinez iaitu Mikael Rayyan atau lebih 'gemar' digelar Ryder membuatkan rata-rata mafia gerun .

Martinez merupakan 'orang kuat' di Sepanyol . Ramai yang cuba menjatuhkan keturunan itu tapi semuanya berakhir dengan kematian . Gagal sebelum mencuba 😏 .

Saat Eiden Rian bekas ketuanya menjadikan dia sebagai ketua baharu . Barulah dia memunculkan nama keluarganya . Hal ini kerana dia tidak mahu , mafia-mafia yang menjadikan keturunan Martinez sebagai musuh abadi mendekati kumpulannya di Malaysia .

"Tell me . A to Z " ujarnya sebaik saja melabuhkan punggung diatas sofa kulit mewah itu . Tegang saja riak wajahnya memandang anak buahnya .

"I'm sorry , Ryder "

Mikael Rayyan ukir senyum sinis . Dia bersandar di sofa sambil meraup rambut blondnya . Tajam anak mata biru itu memandang Khalid , anak buahnya yang tertunduk .

Dia jelas sedang menahan amarah yang gila . Merah habis muka putihnya. Mata biru muda yang dulu menggoda kini bertukar menjadi biru gelap yang menakutkan .

"Kalau bukan kau yang buat , habis siapa ? Celaka mana ? " bentaknya kasar. Dia berdiri menghadap anak buah Eiden . Penyeludupan senjata api mereka hampir diberkas pihak polis . Mujur saja Rayden sempat menghalang.

Hairan juga kenapa hampir diberkas sedangkan pada tahun 2016 Eiden Rian ketua mereka sudah mempunyai lesen untuk memilikki senjata api yang diluluskan Ketua Polis Negara .

"Betul Ryder. Kemasukkan senjata api kalini bukan aku yang urus " Khalid memandang Mikael dengan pandangan berani .

Hey , berani kerana benar , takut kerana salah .

"Habis celaka mana ? " jerkah Mikael Rayyan .

"Malam aku dekat pelabuhan ada jantan datang guna nama kau . Katanya kau suruh pass kerja aku pada dia . Hairan juga aku , tapi dah guna nama kau aku bagi jelah " terang Khalid .

Dia lancang berkata tidak bermaksud dia takut . Ada saja gugupnya . Kalau tersilap kata mahu dipenggal kepalanya.

"Kau kenal budak tu ? "

Khalid laju menggeleng .

"Malam tu dia pakai mask Ryder . Jadi aku tak regonize sangat "

Mikael Rayyan mengetap giginya kuat . Tangannya menggenggam penumbuk .

Ingatkan musuhnya terlalu bodoh . Tapi ada sekor pula terlepas jadi pengkhianat .

"Kau cari binatang tu sampai dapat . Kalau kau tak dapat , kau yang jadi pengganti " Mikael Rayyan bangun dari sofa itu berlalu keluar dari ruang tamu Black Mansion itu .

Black Mansion masih sama . Masih Mansion yang ditempatkan anak anak buah Eiden Rian . Cuma yang lain , anak buah Mikael Rayyan makin kuat .

Itu kerana arahan tegas si ketua , Mikael Rayyan yang mengeluarkan arahan berkuasa serta merta . Dia tidak mahu anak-anak buahnya tumpas dengan senang memandangkan musuh mereka akan lebih ramai dari sebelumnya .

Porche putih pemberian Eiden Rian mengaum kuat sebelum meluncur laju keluar dari perkarangan markas .

Welcome to our world .

Chapter 1

His Baby Girl : My GangstarWhere stories live. Discover now