Chapter 40

5.6K 296 44
                                    

BOSAN hidup bermanja teruskan ? Irene Sarah cuba mengegokan diri hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BOSAN hidup bermanja teruskan ? Irene Sarah cuba mengegokan diri hari ini . Berjalan ke sana ke sini dengan Bella tanpa menghiraukan Mikael Rayyan yang juga melangkah mengikuti mereka di belakang .

Sengaja dia tidak menegur gadis itu . Mikael Rayyan mana reti pujuk !

Hari ini sesi membeli belah . Aktiviti bebas memandangkan Ayden yang ingin ke tempat lain begitu juga dengan yang lain . Sudah sepakat untuk berkumpul usai semua selesai dengan aktiviti sendiri .

"Irene , Kak Belle nak pergi toilet . Nak ikut ?"

Ceh , benci dia dengar ayat itu . Laju dia gelengkan kepala membuatkan Bella terus berlalu ke tandas .

Irene Sarah membawa langkah masuk ke butik H&M . Tetaplah cuci mata walau duit tiada 🤭 HAHA

Satu persatu pakaian yang menarik perhatiannya dibelek . Harga mampu milik tapi sayang bukan miliknya . Bolehlah 10 helai baju dia tilik harga saja . Baju banyak lagi dalam almari , membazir nanti .

Tanpa dia sedar , Mikael Rayyan masih setia mengikuti belakangnya . Jadi gerak gerinya tiada satu pun terlepas dari pandangan Mikael Rayyan .

Setiap helaian yang dipegang Irene Sarah dicapai . Tanpa tercicir satu pun . Melihat Irene Sarah yang sudah melangkah keluar dari butik itu membuatkan Mikael Rayyan laju menuju ke kaunter . Segalanya dibayar sekali paywaze saja .

Done rm1089!

5 paperbag butik itu kemudian dibawa keluar . Mata mencari kelibat Irene Sarah . Haa sudah . Hilang .

Sudahlah dia bukan seorang kaki shopping ! Harus menjelajah pusat membeli belah ini untuk mencari Irene Sarah pula . Penat !

Kaki dihayunkan saja tanpa arah tuju namun mata masih tajam mencari . Kelibat Bella yang sedang berjalan tidak jauh darinya terus dipanggil .

"BELLA !" Teriaknya sedikit kuat . Okay done raih perhatian . Bella yang perasan kehadiran Mikael Rayyan terus mendapatkan lelaki itu .

"Irene mana ?" Serentak mereka bertanya satu sama lain . Mikael Rayyan telan liur . Aduh . Jangan cuakkan aku !

Bella terdiam .

"Tad-tadi aku pergi toilet . Aku tinggal dia kat sini " ujar Bella . Gugup dan berdebar saat melihat wajah Mikael Rayyan yang mula beriak bengis .

"Tahu "

Mata melilau ke persekitaran dengan tangan menelefon seseorang .

Angkat Irene .

"Nombor yang anda dail-"

Tit .

Mikael Rayyan tahan sabar .

His Baby Girl : My GangstarWhere stories live. Discover now