"IRENE , Jom kita pergi shopping nak ? " ajak Bella ceria . Irene Sarah yang sedang ralik menonton televisyen terus memandangnya .
"Alaa , nakkk tapi petang ni Rayyan ajak keluar" balas Irene Sarah membuatkan Bella tercebik bibir . Sedih dengan permintaan yang terpaksa ditolak oleh housematenya .
Sedar tak sedar dah seminggu mereka berdua menjadi teman serumah . Tiada apa-apa masalah yang timbul oleh kerana mereka memang saling mengenali dan rapat antara satu sama lain .
"Potong line lah , Mika ni ! " cebik Bella lagi membuatkan Irene Sarah lepas tawa . Apa yang potong line , sudah seminggu Mikael Rayyan tidak bersua muka dengannya kerana sibuk dengan pekerjaan . Irene Sarah faham .
Jadi masing-masing ambil keputusan untuk berjumpa pada hujung minggu sahaja .
"Esok boleh tak ? Irene free esk ! Kita keluar esok okay ? " pujuk Irene Sarah membuatkan Bella mengeluh sebelum mengangguk kepala . Dia dahlah sedang bosan . Hidup tanpa pasangan ni , selain bahagia dengan makanan dia juga perlukan kebahagiaan dengan manusia . Aduh
"Okay , esok kita keluar okay ? It's okay , Kak Belle faham sangat lah dengan Mika tu " ujar Bella membuatkan Irene Sarah berasa tidak senang duduk . Ada sesuatu di kepalanya yang sudah lama difikirkan . Dia perlu bertanya tapi bolehkah ?
"Kak Belle .. Irene nak tanya something . Pasal Rayyan . Boleh ? " Bella yang sedang ralik mengunyah kacang dengan mata memandang televisyen hanya menganggukkan kepala .
"Rayyan .. dia pernah ada someone tak ?"
Okay dah . Soalan sudah diutarakan , kini debaran menunggu jawapan pula . Macam mana kalau dia bukan yang pertama ? Kecewakah dia nanti ? Atau akan terlalu kecewa ?
"Em , Kak Belle tak berhak cerita rasanya. Kenapa Irene tak tanya Mika sendiri ? " soal Bella membuatkan Irene Sarah terdiam . Hampa . Soalannya tak terjawab .
Lengan Bella digoncang perlahan .
"Alaa kak Belle . Ceritalahh . Kalau Irene tanya dia , mesti dia cakap Irene the first one " rengek Irene Sarah membuatkan Bella gelisah.
Dia boleh saja jawab , tapi dia takut jawapan dia itu akan menimbulkan salah faham antara mereka berdua nanti .
"Okay . Kak Belle bagitahu apa yang kak Belle tahu je okay ? "
Laju Irene Sarah anggukkan kepala .
"Setahu Kak Belle , Mika pernah kenal someone dulu . Tapi lebih sekadar kawan atau tidak tu , i don't know "
Oh. Jadi overthinking dia tu betul ?
"Someone tu , ada dalam circle kita sekarang ke ?" Tanya Irene Sarah . Yelah kotlah someone tu Bella ? Tak ke jantung dia lemah sat lagi ?
"Ish . Takdelah . Itu cerita 3 tahun lepas . Mana dia tu pergi pun kami tak tahu dan tak ingin ambil tahu "
"Rayyan dengan dia rapat tak ? Macam dia dengan Irene tak ? Layanan dia tu macam dia layan Irene tak ?" Tanya Irene Sarah bertubi-tubi membuatkan Bella lepas tawa .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...