Chapter 39

2.9K 245 16
                                    

"FARISYA"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FARISYA"

Gadis bertudung itu berpaling dengan senyuman manis . Wajah tua itu juga membalas senyumnya . Perlahan tangan itu naik mengusap kepala dan kemudian pipi Farisya Wirdani .

"Nanny.."

Sri Humaira tersenyum melihat cucunya yang manja . Lega hati tuanya saat gadis ini mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air . Perundingan dia dan gadis ini juga telah terlaksana .

"Dah makan ?" Gadis itu angguk perlahan . Raut wajah saja yang tenang tapi diotak serabut .

"Minggu depan , Farisya dah boleh start masuk kerjakan ?" Farisya mengeluh . Isu ini lagi harus dia hadap .

"Nanny .."

"Please Farisya . Nanny hanya ada Farisya saja"

Kerja . Sri Humaira sanggup memujuknya untuk pulang ke Malaysia semata-mata untuk dia mengambil alih syarikat milik Sri Humaira .

Bukan Farisya tak mahu , nanny. But bussiness is not my thing .

"Baiklah Nanny . Minggu depan kita balik KL" ujar Farisya dengan senyuman . Tidak mahulah dia melukakan insan yang dari kecil membelanya walau hati menyangkal benda yang langsung dia tidak minat .

Sri Humaira terus mengukir senyum girang . Sudah hampir setahun dia memujuk gadis ini . Akhirnya !

"Terima kasih Farisya ! Nanny tahu , Farisya takkan pernah kecewakan Nanny " Tubuh gadis itu dipeluk erat . Farisya ukir senyum paksa .

Sri Farisya Wirdani . Puteri tunggal Sri Zalikha dan Syed Naufal . Kehilangan ibu bapa saat umurnya 14 tahun . Kesedihan itu membawa dia terbang ke negara orang , United States . Itu pun berapa kali dibangkang oleh Sri Humaira namun tetap saja dia keras kepala dengan keputusannya .

Menghabiskan masa 8 tahun disana dan dijaga oleh ibu saudaranya , Sri Hanna. Kepulangannya ke tanah air kerana pujukkan atau lebih kepada desakkan Sri Humaira yang ingin Farisya Wirdani mengambil alih syarikatnya, Seree'SRenaissance.

Dia satu-satunya pewaris Seree'SRenaissance.

Maaf Nanny , Farisya kecewakan Nanny lebih dari Nanny mampu bayangkan.

MASING-masing sedang menjamu selera . Penat menghabiskan masa dengan beriadah dari pagi hingga petang .

Penat diwajah masing-masing terpasang .

"Eid dengan Ayden , tak boleh postpone balik next year ke ? Hujung tahun ni ke ? " ujar Encik Eidham memberhentikan dua manusia yang disebut nama dari makan .

Mereka saling berpandangan . Eiden Rian berdehem .

"Ish Daddy ni . Semalam baru je New Year " Ayden terus tersengih .

Encik Eidham mencebik mulut menyampah . Puan Risya hanya diam saja mendengar . Yang lain juga sama .

"Daddy dengan Mummy ni , kalau boleh nak habiskan masa-masa tua ni dengan anak-anak , cucu-cucu . Bukannya makin tua , makin anak-anak tinggalkan kami"

His Baby Girl : My GangstarWhere stories live. Discover now