Kueh tiaw goreng mamak di depannya yang masih tersisa di tolak sedikit kedepan . Tak lalu . Perutnya masih sakit . Yang lain masih lagi menikmati makanan masing-masing hanya Mikael Rayyan yang tiada di meja .
Lelaki itu katanya ada hal sebentar . Irene Sarah dengar saja mereka berempat bersembang .
"Bila kau nak pergi ziarah Zahra ? " tanya Ayden . Irene Sarah terus memandang Eiden Rian yang masih dengan kunyahan .
"Esok kot . Tunggu mummy sekali . Mummy cakap nak ikut " balas Eiden Rian . Ayden hanya anggukkan kepala .
"Rina kata dia nak ikut juga " Giliran Eiden Rian pula anggukkan kepala .
"Boleh je . Nanti lah aku bagitau . Tunggu mummy tak sibuk " sebenarnya niat dia sebaik saja sampai di Malaysia dia mahu melawat bidadari syurganya tapi kesibukkan diri dalam menyelesaikan hal membuatkan tertunda hari ke hari .
Irene Sarah perhati dalam diam malas mahu menyampuk . Dengan Ayden tu bukan boleh dipercayai . Kejap lagi kena lah bidasan tak berguna dia tu .
Bunyi kerusi yang ditarik membuatkan Irene Sarah laju memandang ke kiri . Mikael Rayyan duduk sambil tangan melepaskan tali leher sebelum melepas keluhan yang jelas kedengaran penat .
Air Irene Sarah terus ditarik sebelum disedut sehingga kering tekaknya hilang .
Boleh pula client datang office last minute untuk bincang tentang projek ? Nasib baik dia tidak mental .
Irene Sarah mengambil tali leher di pegangan Mikael Rayyan sebelum dilipatnya rapi .
"Siapa yang datang last minute tu ? " soal Eiden .
"Dato Jamal . Bussiness partner dalam projek resort baru ni dekat Langkawi " terang Mikael Rayyan malas . Irene Sarah tak lepas dari memandangnya . Bagaimana boleh seorang budak sekolah boleh jatuh cinta atau lebih tepat bercinta dengan seorang lelaki yang sudah bekerjaya ?
Mata Mikael Rayyan terpandang pinggan kuew tiaw goreng yang masih separuh . Dia memandang Irene Sarah .
"Kenapa tak habiskan ? " tanya Mikael Rayyan lembut . Dia tarik kerusi Irene Sarah mendekatkan dengan kerusinya . Irene Sarha menggeleng kepala . Sungguh dia tiada selera untuk makan makanan berat !
"Sakit perut lagi ? " pertanyaan Mikael Rayyan dijawab dengan anggukkan . Rambut Irene Sarah diusap dan dibetulkan .
"Kejap lagi kita balik okay ? " Irene Sarah ukir senyum . Mikael Rayyan menarik pinggan berisi kuew tiaw goreng itu sebelum sambung makan . Tak baik membazir !
"Kau ni bercinta dengan orang bisu ke Mika ? " bidas Ayden Ryan yang dari tadi memang nak bidas Irene Sarah tapi tiada modal . Sekarang baru ada peluang . Jahanam punya Ayden .
Mikael Rayyan hanya geleng kepala . Malas mahu melayan budak mental tu . Irene Sarah hanya diam .
"Aik , dua dua bisu rupanya ahahahhaha Patutlah . Sehati sejiwa sedada" Ayden ketawa kuat seorang diri . Yang lain hanya diam malas mahu melayan juga . Budak gila ni kalau kau layan , kau gila juga .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...