"Mereka tu siapa ? " tanya Irene Sarah saat mereka dalam perjalanan pulang . Selesai makan tengah hari tadi mereka terus meminta diri untuk pulang . Member laluan kepada Eiden dan yang lain untuk berehat .
"Keluarga aku " jawab Mikael Rayyan . Irene Sarah mencebik . Memanglah keluarga tapi siapa ?
Dia teringat Eiden Rian . Tingkah pelik lelaki itu membuat dia sedikit sebanyak tidak selesa .
"Yang lelaki awak panggil Eid tu , kenapa dengan dia ? Kenapa dia pandang saya macam tu ? " terang dia bertanya . Tidak mahu fikiran diasak persoalaan yang dia sendiri tiada jawapan .
Mikael Rayyan hanya diam . Dia juga perasan Eiden yang sentiasa memandang Irene Sarah. Tanpa kata dia mencapai telefonnya . Tersenyum kecil dia melihat wallpaper lockscreennya .
Cantik !
Instagram dibuka dan nama Eiden Rian dicari . Jumpa .
Gambar Eiden yang sedang memeluk mesra arwah Zahra dibuka sebelum dihulur pada Irene Sarah .
"Eh .. " dia terkejut . Wajah dia dan wanita didalam gambar ini sama . Hampir sama . Yang berbeza adalah dari kening dan mata . Wanita itu mempunyai anak mata berwarna hazel manakala dia biru terang . Dan kening wanita itu halus terbentuk manakala dia tebal .
"Ni girlfriend dia or Ex ? " tanya Irene Sarah lagi . Matanya bergilir memandang gambar itu dengan Mikael Rayyan .
"Wife . His late wife "
Irene Sarah terdiam . Dia tatap penuh keliru . Mungkin pelanduk dua serupa ? Dunia ini kecil saja . Tidak mustahilkan ?
"Meninggal accident last 2 years . That's why Eid sambung belajar " terang Mikael Rayyan . Tangannya mencapai jari jemari Irene Sarah . Habit baru memandu dengan bermain jari kecil itu .
"Patutlah .. kesian dekat dia . Dahlah saya diam je tak pandang dia " jujur Irene Sarah . Kalau dia tahu sudah arwah pasti dia akan baik dengan lelaki itu . Walau ditenung dengan pandangan maut .
"Kenapa ? Kau nak pandang dia pula ? " Mikael Rayyan dijeling tajam .
"Ada pula ke situ ? Taklah , at least i can help him a bit "
"Tak payah . Kau tu aku punya . Kenapa kau nak baik dengan jantan lain ? " tegas Mikael Rayyan bersuara . Irene Sarah tahan senyum . Tiba-tiba perasaan ingin mengusik Mikael Rayyan .
"Aik ? Bila ? Bila masa saya awak punya ? " kening Irene Sarah dibuat berkerut . Terus Mikael Rayyan lepaskan pegangan tangan . Sakit hati dengan gadis ini . Saja nak buat dia malu .
"Bila kita nak pergi lagi ? Saya nak minta maaf dengan Eiden " lagi dia mengusik . Mikael Rayyan mengetap gigi .
"No " makin sakit hatinya mendengar Irene Sarah yang menyebut nama Eiden .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...