Irene Sarah memeluk tubuh dengan muncung yang panjang . Mikael Rayyan melepas tawanya . Suka dia melihat muka marah gadis itu .
"Tak lawak Rayyan . Saya takde duit banyak tu tau ? " tegas Irene Sarah . Matanya langsung tidak memandang Mikael Rayyan . Takut hatinya tak jadi marah ! Mendengar tawa Mikael Rayyan sudah buat dia teruja .
Mikael Rayyan sengaja meninggalkan dia di restoran mewah itu . Dia yang order macam-macam dia juga yang tinggalkan meja . Saja dia duduk dalam kereta dan biarkan gadis itu seorang diri didalam restoran.
"Eh ? "
Irene Sarah memandang Mikael Rayyan .
"Kisah pula aku ? " Mikael Rayyan tersengih jahat . Gigi taring yang sedikit panjang itu menambahkan lagi kekacakkanya .
"What ?! Ergh " Irene Sarah terus bangun dari situ menuju ke luar pintu . Malas mahu melayan Mikael Rayyan yang tak sudah menyakitkan hati . Mikael Rayyan tersenyum .
Usik sikit dah merajuk . Dia melangkah mengikut langkah kecil Irene Sarah . Berjalan dengan tangan kanan didalam poket seluar manakala tangan kiri memegang Iphone 12 pro Maxnya .
Irene Sarah diam berdiri memeluk tubuh di tepi kereta . Menanti untuk kereta itu dibuka .
"Kenapa tak masuk ? " soalan Mikael Rayyan membuatkan Irene Sarah makin geram . Mikael Rayyan ketawa lagi sekali . Terhibur dia dapat mengusik gadis itu . Aduhai ..
Dia terus membuka pintu kereta untuk Irene Sarah . Sengaja menghidupkan enjin tanpa bergerak .
Muncung Irene Sarah di cuit .
"Takkan aku tak boleh bergurau dah sekarang ? " Mikael Rayyan membetulkan rambut Irene Sarah yang menutupi mata . Gadis itu tetap tidak memandangnya .
Kawal Irene kawal !
Dia memberi semangat pada hati supaya kuat dengan godaan Mikael Rayyan .
"Cantik rambut kau , bila potong ? " dia bermain dengan rambut Irene Sarah yang dulu paras pinggang kini hanya paras bahu .
Irene Sarah tak dapat tahan lagi !
Dia terus tersengih .
"Cantik ke ? Saya potong haritu sebab rimas rambut panjang " dia memandang Mikael Rayyan dengan teruja .
"Puji sikit dah gedik " Mikael Rayyan tersenyum sinis . Irene Sarah hanya senyum . Rama-rama masih terbang di dalam perut .
"Awak pun sama ! " Kening Mikael Rayyan terangkat . Menanti gadis itu menghabis ayatnya .
"Handsome ! " gadis itu terus tersengih . Mikael Rayyan menahan senyum . Telinganya mula panas . Dia terus melekap tapak tangan di muka Irene Sarah .
Dia terus tersenyum . Tawa pula yang ditahan . Budak ni kan !
"Ark ! " terus dia memandang Irene Sarah . Gadis itu berusaha menggigit telapak tangannya . Dah mula dah kebodohannya .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...