Irene Sarah dengan tekun menyiapkan kerja rumahnya disekolah . Waktu sekarang adalah waktu Sejarah . Namun oleh kerana guru Sejarah mereka perlu hadiri mesyuarat jadi masing-masing boleh membuat kerja sendiri .
Irene Sarah sedikit pun tidak terganggu dengan suasana bising kelasnya . Buku Success Biologi ditilik dengan teliti . Mencari jawapan untuk ditulis dalam buku latihan Bio Score .
Mana dia dapat buku ni ? Duit gaji dia tu terlebih cukup . Lagipun , Encik Alvin mengasingkan duit gaji dan duit hariannya. Baikkan hati Encik Alvin ? Sebab itu Irene Sarah belajar bersungguh-sungguh supaya keputusan peperiksaannya berjaya dengan cemerlang .
"Alien ! Ada orang panggil ! " Irene Sarah terus mengangkat muka . Dah kalau Alien siapa lagi ?
Tersembul wajah junior yang sedang mengintai dari pintu . Irene Sarah tutup buku sebelum bangun menuju ke pintu .
"Ye ? " Irene Sarah ukir senyum . Terdiam pelajar lelaki itu sebaik saja terpandang mata Irene Sarah . Irene Sarah melambai tangan di depan pelajar itu .
"Hee , maaf-maaf . Cikgu Adel panggil kak Irene . Dia tunggu dekat bilik KoKurikulum tau ? Pergi dulu " Pelajar itu tersenyum manis sebelum berlalu dengan kawannya .
Irene Sarah menggeleng kepala . Noah yang sedang melepak dibelakang kelas didekati .
"Noah , nak pergi bilik KoKu jap " .
Noah yang sedang berbual dengan kawannya terus memandang Irene Sarah.
"Kau nak aku teman ? " ujar Noah sebelum berura-ura ingin bangun namun laju di tahan Irene Sarah .
"Kau dah kenapa nak teman-teman bagai ? " sampuk temannya . Irene Sarah memandang Noah kehairanan .
Irene Sarah menjeling menyampah sebelum berlalu keluar tanpa menghiraukan panggilan Noah .
Dia berjalan di koridor sambil menyanyi kecil . Sampai di Bilik KoKu dia terus memberi salam sebelum menapak masuk .
Puan Adel mengamitnya masuk lalu mempelawa dia duduk .
"Ada apa cikgu panggil Irene ? " soalnya sopan. Habis kau nak aku jerkah cikgu ? 😂
Puan Adel tersenyum manis sebelum menghulurkan Irene Sarah sehelai borang . Irene Sarah sambut dengan kening berkerut .
"Borang apa ni cikgu ? "
"Academy Putra High School telah menganjurkan kem tahunan di Heirs Kintara sebulan lagi . Jadi , sebagai guru KoKurikulum , cikgu diminta untuk menghantar seorang wakil dari sekolah kita . So , cikgu pilih awak "
Terkebil-kebil Irene Sarah memandang Cikgu Adel .
Wakil sekolah ? Kem tahunan ? Academy Putra ? Sebulan lagi ?
"Kenapa saya cikgu ? " terkeluar juga soalan itu . Yalah , dalam Academy Reland High School ada 2989 pelajar dan kenapa dia yang menjadi pelajar no.1 pilihan Puan Adel ?
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...