KELIBAT -kelibat hitam yang sedang mengendap diperhati Mikael Rayyan . Anak-anak buahnya sedang mengambil posisi untuk menyerang gudang lama di hadapan mereka sekarang .
Eiden Rian disebelah juga sedang siap sedia .
"Don't forget to wear your mask . I don't want anybody high at the moment " tegas Mikael Rayyan . Earpiece yang terpasang di tiap telinga anak buahnya disambut dengan anggukkan .
Kenapa ? Kerana sekarang gudang yang akan diserang adalah gudang dadah milik Vincent . Tak ke naya saat letupan masing-masing khayal ke bulan ?
Rancangan dia perlu berjaya . Dendam perlu terlaksana . 4 hari dia di Sepanyol merancang untuk menyerang . 4 hari juga dia tinggalkan Irene Sarah .
Jadi dia perlu berjaya .
"Ray , be ready . We're going in " Mikael Rayyan dan Eiden Rian turun dari kereta .Begitu juga dengan 5 orang anak buah mereka mengikuti langkah mereka berdua .
Mereka saja dulu masuk kedalam gudang . Yang lain hanya perlu menanti isyarat dari ketua .
"BOSS ! " seorang daripada anak buah Vincent menjerit kuat . Memanggil ketua mereka saat 7 gerangan itu masuk ke gudang .
Anak buah musuh mula mencapai senjata masing-masing . Mereka berdiri dalam bulatan menghalang mereka daripada terus melangkah .
Mikael Rayyan ukir senyum sinis dibalik topeng .
Kau ingat aku kecut ke ?
Tepukkan seseorang membuatkan mereka terus kalih pandangan .
" Bravò ! Bravò ! Look who's here ! " seorang lelaki dalam lingkungan 40 berjalan ke depan anak buahnya .
Vincent Albert .
"I can't believe , i finally meet 2 dreaded man that i really really want to meet ! Hahaha " Vincent lepas tawa sinis .
Sudah 5 tahun dia ingin jatuhkan kumpulan Black Hand yang dulu pernah diketuai Eiden Rian . Dia ingat kematian Zahra mengakhiri kumpulan yang sentiasa digeruni mafia lain.
Tapi tiba-tiba saja Mikael Rayyan diangkat sebagai ketua Black Hand membuatkan amarahnya menggila . Tambah terkejut apabila dia mengetahui Mikael Rayyan ialah cucu Martinez . Keturunan mafia yang disegani di Sepanyol .
Juga musuh yang tidak boleh dijatuhkan olehnya .
Sebaik saja Mikael Rayyan diangkat , saham dadahnya jatuh mendadak . Kenapa ? Kerana banyak kumpulan berkerjasama dengan Black Hand menjatuhkan kumpulan-kumpulan dadah .
Makin bertambah dendamnya . Tapi , rancangan kali ini bertambah mudah kerana kewujudan Irene Sarah yang disampaikan oleh anak buahnya . Senang targetnya .
Oleh itu , dia mengarahkan anak buahnya untuk cari dan bunuh Irene Sarah . Dan kini dia tahu punca Mikael Rayyan berdiri tegak di hadapannya sekarang .
YOU ARE READING
His Baby Girl : My Gangstar
ActionMikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden R...