Bab 25

66 3 0
                                    

Datin Zuraidah menghidangkan nasi goreng yang dimasaknya itu di atas meja makan. Mak Jah dan Ika turut membantunya menghidangkan sarapan itu.

"Mak Jah, tolong panggilkan Ash... Suruh dia turun bawah, sarapan. Jangan-jangan dia masih tidur lagi kat dalam bilik tu. Tahulah hari ni cuti, tapi tetap kena sarapan. Mana boleh bangun lambat."

"Baiklah, Datin. Mak Jah pergi panggil dia..." jawab Mak Jah kepada majikannya itu.

Baru sahaja Mak Jah ingin menuju ke tangga, dia melihat Ashraf yang sudah siap berpakaian rapi sedang menuruni anak tangga.

"Mak Jah, tolong beritahu mama yang Ash keluar tau. Ash sarapan kat luar jek." beritahu Ashraf kepada Mak Jah.

"Keluar dengan siapa?" tanya Datin Zuraidah yang baru sahaja muncul dari arah dapur.

"El." jawab Ashraf sepatah.

"El lagi?! Semalam kan Ash dah keluar dengan dia? Ash keluar dengan dia sampai terpaksa suruh Riz yang hantarkan Ika balik rumah... Tak ingat?! Patutnya boleh jek kalau Ash hantar Ika balik rumah dulu, lepas tu baru keluar dengan El. Ni, tak pasal-pasal orang lain pulak yang hantar Ika balik rumah. Mana pergi rasa tanggungjawab Ash?!" tegur Datin Zuraidah kepada anaknya itu dengan suara yang tegas.

"Mama, kalau Ash langsung tak bertanggungjawab, Ash akan biarkan jek dia balik rumah jalan kaki. Tak pun, suruh dia naik teksi. Tapi Ash tak buat macam tu pun, kan? Maknanya apa? Maknanya, anak mama ni masih ada rasa tanggungjawab. Lagipun, tak salah kan kalau Ash nak keluar dengan El? Ash kan dah lama tak spend time dengan dia." balas Ashraf, menepis tuduhan mamanya itu.

"Ada jek alasan Ash kan? Ok, fine. Ash boleh keluar. Tapi ingat, balik rumah sebelum maghrib. Mama tak suka Ash bawa keluar anak dara orang lama-lama. Tak elok. Lagi satu, jangan asyik syok bercinta sampai abaikan pelajaran pulak. Faham?" pesan Datin Zuraidah kepada anaknya itu, masih lagi dengan suara yang tegas.

"Ya... Ash faham... Ash pergi dulu ya, mama..." laju sahaja Ashraf mencium tangan mamanya itu, lantas keluar dari rumah.













***
Ashraf dan Elyssa sedang makan dengan berselera di sebuah kafe mewah kegemaran mereka. Ashraf memesan spaghetti dan air kopi, manakala Elyssa pula memesan roti bakar dan air coklat sebagai menu sarapan masing-masing.

"Ash, I dah lama tak datang rumah you kan? Rindulah nak jumpa Aunty Idah. Sabtu next week, boleh tak you bawa I pergi rumah you?" tanya Elyssa kepada teman lelakinya itu sejurus selepas dia meneguk sedikit air coklatnya.

Pertanyaan Elyssa itu membuatkan Ashraf sedikit gelisah. Ashraf tidak tahu apa yang harus dia jawab. Dia tidak mahu Elyssa datang ke rumahnya kerana teman wanitanya itu masih belum tahu lagi yang sekarang ini Ika sudah tinggal di rumahnya.

"Hah? Next week? Sorry El... Tapi, next week tak boleh..." jawab Ashraf dengan berhati-hati. Dia cuba untuk kelihatan tenang di hadapan Elyssa, walaupun sebenarnya hatinya sedang risau. Risau sekiranya Elyssa curiga terhadapnya.

"Kenapa pulak?!" Elyssa pelik mendengar jawapan Ashraf itu.

"Bulan ni mama I jarang ada kat rumah. Dia busy dengan urusan kerja kat company dia. Kalau you nak datang rumah I, better next month. Next month, mama I dah tak busy sangat." bohong Ashraf. Sengaja dia memberikan alasan itu dengan harapan Elyssa akan berubah fikiran.

"Hmmm... Takpelah kalau macam tu. Next month, baru I datang rumah you. Tapi you jangan lupa, sampaikan salam rindu I kat mama you tau."

Ashraf mengangguk sambil memberikan senyuman manis kepada teman wanitanya itu.













Penjaga HatiWhere stories live. Discover now