Bab 17

107 5 1
                                    

Ashraf laju meneguk minumannya itu. Milo ais yang diminumnya itu telah berjaya menyejukkan sedikit hati dan perasaannya yang sedang panas ketika ini. Dua orang sahabatnya pula hanya memerhatikan sahaja dirinya itu yang sejak dari tadi hanya minum tanpa bicara apa-apa.

"Ok, hari ni apa pulak masalah kau, hah? Sampai kitorang pun terpaksa ponteng kelas jugak.." itu pertanyaan pertama yang diajukan oleh Azray kepada sahabatnya setelah dia melihat sahabatnya itu hanya mendiamkan diri sahaja sejak dari tadi. Padahal, Ashraflah yang mengajak dia dan Rizal untuk lepak di cafe kolej ini. Semua ini kerana Ashraf tidak mahu masuk ke kelas. Atau dengan kata lainnya, Ashraf memang sengaja mahu ponteng kelas. Pada mulanya, dia dan Rizal tidak bersetuju pun untuk menemani Ashraf, tetapi sahabatnya itu nampak seperti benar-benar sedang tertekan. Disebabkan itulah, mereka tidak sampai hati dan terpaksa bersetuju untuk turut ponteng kelas bersama-sama. Tetapi dia hairan, apa pula masalah yang sedang dialami oleh Ashraf kali ini yang membuatkan Ashraf berasa sangat tertekan?

"Kau rasa sebab apa?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

"Sebab Ika lagi?" Rizal meneka.

Ashraf mengeluh.

"Aku tak tahu sampai bila aku boleh bersabar hadap muka dia tu hari-hari. Sebab sekarang ni aku memang dah mula hilang sabar."

"Apa pulak yang dia dah buat kali ni? Sampai kau stress macam ni..." tanya Azray kepada sahabatnya itu.

"Ray, aku dah cuba ikut cadangan kau tu. Tapi setakat ni, aku tak rasa yang cadangan kau tu akan berjaya. Aku rasa bukan dia yang akan keluar dari rumah aku. Tapi aku yang akan keluar dari rumah aku sendiri kalau asyik stress macam ni. Aku dah tak tahan dengan dia tu. Aku benci tengok muka dia." Ashraf meluahkan masalahnya kepada dua orang sahabatnya itu.

"Ash, aku bukan nak menyibuk... Tapi boleh tak aku nak tahu, apa punca sebenar kau benci sangat dengan Ika tu? Aku tak rasa kau benci dia hanya sebab kau jealous dia rapat dengan mama kau. Takkanlah hanya sebab tu, kau benci dia sampai macam ni sekali. Mesti ada sebab lain kan?" Rizal bertanya kepada sahabatnya itu dengan penuh perasaan ingin tahu.

Ashraf mengeluh lagi. Dia sudah dapat menduga akan pertanyaan itu.

"Sebenarnya... Ikalah punca mama aku bercerai dengan bekas suami dia yang tak guna tu..." setelah sekian lama dia memendam masalah keluarganya itu daripada sahabat-sahabatnya, akhirnya baru hari ini dia mendapat keberanian untuk meluahkan kepada mereka tentang punca sebenar penceraian mama dan papanya.

"Apa?! Ika punca mama dan papa kau bercerai?!" tanya Azray yang terkejut dengan pengakuan sahabatnya itu.

"Ash... Tak baik kau cakap papa kau macam tu. Walau macam mana sekalipun, dia tu still papa kau. Kau pernah cerita kat kitorang, yang mama dan papa kau berpisah sebab papa kau ada perempuan lain. So, apa kaitannya pulak dengan Ika?" tanya Rizal dengan muka yang sedikit berkerut.

"Kalau aku beritahu korang apa sebenarnya yang Ika dah buat, aku tahu korang akan back up dia. Mesti korang takkan salahkan dia pun. Terutamaya kau Riz.. Kau takkan faham apa yang aku rasa selama ni." jawab Ashraf dengan sedikit beremosi.

"Kalau kau tak beritahu kitorang, macam mana kitorang nak faham? Kalau memang betul Ika yang salah, aku takkan back up dialah Ash..." tegas suara Rizal berkata-kata. Dia tidak mengerti mengapa sahabatnya itu selalu sahaja membuat andaian sendiri.

"Betul tu Ash. Kalau kau tak cerita kat kitorang, memanglah kitorang takkan faham." giliran Azray pula bersuara, bersetuju dengan kata-kata Rizal itu.

"Kalau bukan sebab Ika, mama aku takkan tahu yang papa aku curang. Tapi disebabkan perangai dia yang suka menyibuk tulah, mama aku dapat tahu semuanya. Tahu tentang papa aku yang dah lama curang, dan tahu tentang identiti perempuan simpanan papa aku..." luah Ashraf dengan suara yang sedang menahan emosi.

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now