Bab 31

37 3 0
                                    

"Ash, bangun! Bangunlah, Ash!!"

Suara nyaring yang menerpa di telinganya itu membuatkan dia terjaga daripada tidurnya. Lantas, dia mengangkat wajah. Dia tidak sedar yang dia telah terlelap sebentar di kerusi bersebelahan katil Ika. Dia memandang wajah sepupunya itu.

"Sorry Ash tertidur. Ika ada nak apa-apa ke? Nak air? Ash boleh ambilkan." tanya Ashraf kepada sepupunya itu dengan suara yang lembut.

"Ash buat apa kat sini?!" tanya Ika dengan wajah yang masam mencuka.

"Ash gantikan mama, temankan Ika kat sini." jawab Ashraf sambil tersenyum manis.

"Tak payah temankan Ika. Ika ok jek duduk sorang-sorang kat sini. Dah, Ash pergi baliklah. Menyibuk jek kat sini." marah Ika kepada sepupunya itu.

"Tak boleh. Ash kena jaga Ika. Ash kena tengok-tengokkan Ika kat sini." balas Ashraf, masih dengan suara yang lembut.

"Buat apa nak jaga Ika?! Ika bukannya budak kecik pun. Kalau Ika nak apa-apa, Ika boleh mintak tolong nurse lah. Ash tak perlu susah-susah nak temankan Ika kat sini. Lagipun, Ash kan cuma terpaksa jek temankan Ika." jawab Ika dengan tegas dan sinis.

Kata-kata sinis Ika itu dihadapi dengan tenang oleh Ashraf.

"Mana ada Ika... Ash tak terpaksa pun. Ash memang sukarela nak temankan Ika, jaga Ika kat sini. Kalau Ika perlukan apa-apa, atau nak minta tolong apa-apa sekalipun, beritahu jek kat Ash. Ash akan buat apa jek yang Ika suruh."

"Kalau macam tu, tolong jangan ganggu Ika, ok?" jawab Ika, lalu dia dengan pantas menarik selimut, menutupi seluruh tubuh dan juga wajahnya itu.

"Kenapa Ika berselubung? Ika nak sambung tidur ke? Kalau Ika nak sambung tidur, janganlah tutup muka dengan selimut macam tu. Takut nanti Ika susah nak bernafas. Tak selesa kalau tidur macam tu." tanya Ashraf yang risau melihat sepupunya yang tiba-tiba sahaja berselubung itu.

"Ika bukannya nak tidurlah. Cuma Ika baru teringat, ada orang tu cakap kat Ika, dia tak boleh tengok muka Ika. Dia benci tengok muka Ika. So, daripada orang tu termuntah tengok muka Ika, lebih baik Ika tutup muka Ika dengan selimut ni."

Mendengar jawapan sepupunya itu, Ashraf hanya mampu melepaskan keluhan kecil.

"Ika, Ash tak benci Ika. Selama ni, Ash ingat Ash benci Ika, tapi sebenarnya Ash tak benci Ika pun. Ash ego. Benci orang lain, tapi tunjukkan rasa benci kat orang lain. Sampai sanggup sakitkan hati Ika. Selalu marah Ika, tengking Ika, sampai buat Ika menangis... Dan sekarang, tengoklah apa yang Ash dah buat. Ika accident disebabkan Ash. Ni semua salah Ash. Ika jadi macam ni disebabkan perbuatan melampau Ash. Ash tahu, Ika mesti susah nak maafkan Ash. Sebab tu, Ash nak tebus semua kesalahan Ash sampai Ika dapat maafkan Ash. Ika boleh hukum Ash. Ika boleh marah Ash, pukul Ash atau bagilah hukuman apa-apa sekalipun, Ash sanggup terima. Cuma satu yang Ash mintak, tolong maafkan Ash... Tolong maafkan semua kesalahan Ash kat Ika selama ni..." luah Ashraf dengan penuh ikhlas sehinggakan dia tidak sedar, air matanya telah pun tumpah.

Tangisan yang didengarinya itu membuatkan Ika terdiam. Perlahan-lahan, dia membuka selimut yang menutupi wajahnya itu. Dia mengerling ke arah lelaki yang sedang duduk di sebelahnya itu. Lelaki itu menangis. Ini kali pertama dia melihat lelaki itu menangis. Wajah lelaki itu benar-benar menunjukkan rasa penyesalan. Dia mengeluh. Tidak tahu harus berkata apa kepada sepupunya itu. Sebenarnya, dia tidak menyalahkan Ashraf pun atas apa yang telah terjadi kepadanya. Cuma, dia masih marah. Masih marah apabila teringat kembali semua kata-kata dan perbuatan Ashraf terhadapnya yang selama ini telah menyakiti hatinya.

"Ika haus. Ambilkan Ika air."

Wajahnya yang sedang menunduk, diangkat serta merta. Permintaan daripada sepupunya itu membuatkan Ashraf dengan cepat mengelap air matanya, kemudian tersenyum sambil mengangguk.

"Terima kasih, Ika."














***
Amri duduk bersantai di ruang tamu sambil melayari media sosial di telefon bimbitnya. Hari ini, dia hanya ingin bersenang lenang kerana esok, dia sudah mula belajar di Kolej Sinaran Bintang.

"Abang Am, boleh tak abang tolong ajarkan Sofea homework Matematik ni? Sofea tak fahamlah..."

Amri memalingkan muka ke arah suara comel yang menegurnya itu. Empunya suara comel itu ialah Aliyah Sofea, adik perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun. Adiknya itu tersenyum manis sambil menghulurkan buku latihan Matematik kepadanya.

"Boleh... Sini abang tengok... Yang mana Sofea tak faham?" Amri mengambil buku itu lalu mengajar adiknya membuat latihan Matematik.

"Wah... Bagusnya dia... Ajar adik kesayangan buat homework... Betul-betul abang yang mithali ni..."

Suara sinis yang tiba-tiba mencelah itu, telah membuatkan suasana yang baik berubah menjadi buruk. Amri mengeluh mendengar kata-kata sinis daripada Airin Khairina, adik perempuan sulungnya itu.

"Kau ni kenapa, Rina? Perli-perli abang macam tu? Salah ke kalau abang ajar dia buat homework?" balas Amri dengan suara yang tegas kepada adik perempuannya yang berusia 17 tahun itu.

"Eh, mana ada salah... Rina tak cakap salah pun... Cuma pelik jek abang tu tiba-tiba jek ajar dia buat homework. Dulu, bukan main tak suka lagi budak ni."

"Rina! Watch your mouth! Jangan cakap macam tu depan Sofea! Jangan ungkit benda yang dah lepas! She's my sister. And also your sister. I love her. And you should love her too!" tengking Amri kepada Rina. Amri benar-benar marah dengan apa yang dikatakan oleh adiknya itu. Dahulu, memang benar dia pernah membenci Sofea kerana dia tidak suka dengan perkahwinan kedua mummynya itu, tetapi sekarang, dia tidak lagi membenci Sofea. Malah, dia sangat sayang dengan adik seibunya itu.

"No, abang! Dia bukan adik Rina. Dia anak Uncle Burhan." bidas Rina kepada abangnya.

"Uncle?! He's your dad!" tengking Amri lagi. Dia hilang sabar dengan sikap adiknya yang suka memberontak itu.

"No! He's not my dad! Abang dah lupa ke yang ayah kita dah lama mati! Dan dia punca papa mati!!"

"Rina!!"

Suasana hening seketika.

"He's not our dad! Dan sampai bila-bila pun, he's not our dad!" tegas Rina kepada abangnya itu. Lalu, dia terus mengangkat kaki hendak keluar.

"Nak pergi mana tu?" tanya Amri kepada Rina apabila dia melihat adiknya itu hendak keluar.

"Rina nak keluar dengan kawan-kawan Rina. Macam biasa, balik lambat. Tell mummy, tak payah tunggu Rina untuk makan malam."

Amri hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala mendengar jawapan adiknya itu.

Amri hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala mendengar jawapan adiknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga HatiWhere stories live. Discover now