Bab 24

67 3 0
                                    

Ika mencuri pandang lelaki di sebelahnya yang sedang fokus memandu itu. Dia tahu Rizal memang seorang yang tidak banyak cakap. Rizal juga jarang tersenyum. Itu yang membuatkan dia sedikit takut untuk berbual dengan lelaki itu. Tetapi dia rasa, dia tetap juga harus memulakan perbualan dengan Rizal.

"Cantiknya kereta Riz ni." puji Ika, cuba memecahkan kesunyian di dalam kereta itu.

"Hmmm..."

'Hmmm jek? Huh... Susah betullah nak berbual dengan Riz ni.' keluh Ika di dalam hati.

"El tu makin cantik kan?" Ika menukar topik perbualan, supaya Rizal tertarik untuk berbual dengannya.

"Hmmm..."

Tetap jawapan yang sama juga yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"El tu dahlah cantik, pandai bergaya, pelajar pintar pulak tu. Sebab tulah ramai lelaki yang suka kat dia kan? Riz pun..."

Tiba-tiba Ika terdiam. Dia pantas menutup mulutnya itu. Dia tidak menghabiskan ayatnya itu kerana dia baru tersedar yang dia sudah tersilap cakap.

'Alamak! Habislah aku... Aku tak patut cakap pasal El.' hati Ika gelisah. Dia takut hendak memandang muka Rizal. Dia takut Rizal akan memarahinya.

Dia bertambah takut apabila tiba-tiba sahaja Rizal memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Riz... Ika... Ika minta maaf.. Ika tak... Ika tak sengaja cakap macam tu..." Ika segera meminta maaf kepada Rizal sambil suaranya sedikit tergagap kerana berasa takut. Tetapi Rizal hanya diam, langsung tidak mengendahkan permohonan maafnya itu. Lelaki itu nampak seperti sedang termenung memikirkan sesuatu.

*
Hari ini, dia telah membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis yang dia sayang itu. Hatinya rasa sungguh berdebar. Setelah hampir empat tahun dia memendam perasaan cinta terhadap gadis itu, baru hari ini dia mendapat keberanian untuk meluahkannya. Mira Elyssa. Itulah gadis yang telah mencuri hatinya. Elyssa merupakan rakan baiknya sejak sekolah rendah lagi. Selama ini, dia hanya memendam sahaja perasaannya itu kerana dia takut Elyssa akan menolak cintanya, kemudian akan menyebabkan persahabatan mereka berdua musnah. Dia tidak mahu itu terjadi. Tetapi sekarang dia sedar, dia harus berani mengambil risiko. Kerana dia sudah tidak berdaya lagi untuk terus memendam perasaannya itu.

'Aku tak yakin yang dia akan terima cinta aku, tapi sekarang nilah masa yang sesuai untuk aku terus terang kat dia. Aku harap sangat dia akan terima aku.' bisik hati Rizal dengan penuh harapan.

Dia duduk menunggu kedatangan Elyssa di pondok belajar itu dengan hati yang penuh debaran. Gadis itu mahu berjumpa dengannya kerana ingin memberitahunya perkara penting. Oleh kerana itulah, dia akan menggunakan peluang ini untuk meluahkan perasaannya terhadap Elyssa. Tetapi, dia akan meluahkan perasaannya itu hanya selepas dia mendengar dahulu perkara penting yang hendak diberitahu oleh Elyssa.

"Riz! Dah lama ke tunggu?"

Dia segera berdiri sambil tersenyum teruja apabila gadis itu sudah pun berada di hadapannya.

"Tak lama pun. So, apa perkara penting yang you nak beritahu I ni? I'm so curious." Dia lantas mengajukan pertanyaan itu kepada Elyssa.

"Actually, I ada berita gembira nak beritahu you! I yakin you mesti akan terkejut dengan berita ni! You kena jadi orang pertama yang tahu pasal ni!" jawab gadis itu dengan penuh teruja.

"Apa dia?" tanyanya dengan penuh perasaan ingin tahu.

"Your best friend a.k.a lelaki yang paling popular dekat sekolah kita ni, baru jek semalam confess kat I! Dia confess, dia suka kat I! And now, we're officially dating!"

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now