Bab 18

101 5 3
                                    

"Encik, bangun encik!! Puan Sri suruh encik turun bawah, sarapan!! Encik!!"

Bunyi ketukan pintu dan suara yang nyaring itu telah mengganggu tidurnya yang lena. Dengan berat hati, Amri Tajuddin membuka matanya itu perlahan-lahan.

"Encik, bangun!! Nanti Puan Sri marah kalau encik enggak turun bawah!!"

"Bibik ni kacau jek lah. Pagi-pagi lagi dah kejut orang bangun tidur." rungut Amri kepada pembantu rumah Indonesianya itu dengan suaranya yang sedang mamai.

"Maafkan bibik, encik. Tapi ni arahan daripada Puan Sri.."

"Yelah, yelah... Nanti Am turun... Am nak mandi dulu..." jawab Amri dengan malas. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyambung kembali tidurnya yang lena itu. Dirinya masih lagi sedang letih kerana baru sahaja semalam, dia tiba di Kuala Lumpur. Dia baru sahaja pulang dari Australia setelah selesai menamatkan pengajian diplomanya di sana.

"Baiklah, encik... Tapi, cepat sikit ya... Tan Sri dan Puan Sri udah lama nunggu tu..." pesan Bibik Suriati kepada anak majikannya itu dengan suara yang lembut.

"Hmmm, yelah... Suruh mama tunggu 10 minit..." jawab Amri, masih lagi dengan suaranya yang malas. Dia lantas turun dari katil empuknya itu, lalu mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandinya.













***
"Alhamdulillah... Dah kenyang dah perut aku ni... And aku rasa perut kau pun dah kembung kan habiskan 2 cawan Milo? So sekarang, bila kita nak masuk kelas? Takkanlah kau nak ponteng 2 kelas pulak hari ni?" Azray mengajukan pertanyaan yang diselit dengan sedikit sindiran itu kepada Ashraf sebaik sahaja dia selesai menghabiskan makanan yang dibelinya di kafe kolej itu.

"Korang nak masuk kelas, masuklah. Aku masih nak duduk kat sini lagi." pendek sahaja jawapan daripada Ashraf.

"Janganlah macam ni, Ash... Jomlah kita masuk kelas sama-sama. Kejap lagi, kelas Madam Suzanna tau. Kau tahu kan dia tu macam mana? Dia tu pantang kalau ada pelajar yang berani ponteng kelas dia. Kau nak kena denda dengan dia ke? Dahlah tu Ash.. Kalau kau duduk lama-lama kat sini pun, bukannya boleh selesaikan masalah kau. Nak tak nak, kau terpaksa hadap jugak muka sepupu kau tu." pujuk Azray kepada sahabatnya itu.

Ashraf hanya mendiamkan diri, tidak menghiraukan pujukan sahabatnya itu.

"Atau sebenarnya kau dah mula rasa bersalah kat Ika?" Rizal tiba-tiba sahaja mengajukan pertanyaan yang sama sekali tidak dijangka oleh Ashraf. Pertanyaan itu membuatkan dahi Ashraf berkerut spontan.

"Rasa bersalah? Apa maksud kau?! Kenapa pulak aku nak rasa bersalah kat dia?!" tanya Ashraf kepada Rizal dengan suara yang sedikit meninggi. Dia benar-benar tidak faham apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Rizal kepadanya.

"Sebab kau tahu kau tak sepatutnya salahkan dia dan kau tak sepatutnya benci dia? Aku dapat rasakan yang kau sebenarnya tengah cuba untuk hilangkan kebencian kau tu kat dia, betul tak? Cuma, mungkin disebabkan sifat ego kau tu yang menghalang kau daripada buat macam tu."

Kata-kata daripada Rizal itu lantas membuatkan muka Ashraf kemerahan menahan marah.

"Hei!! Apa yang kau merepek ni hah?!! Siapa yang ego?!! Aku tak egolah!! Aku tahu apa yang aku buat! And kau tu tak payah cakap yang bukan-bukan! Aku tak pernah punlah rasa bersalah kat dia!! Buat apa aku nak rasa bersalah kat dia sedangkan dia tu memang patut dipersalahkan?! Dia tu yang sepatutnya rasa bersalah! Bukan aku!" tengking Ashraf kepada Rizal. Sungguh panas hatinya mendengar ucapan sinis yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Dia sangat berkeras menafikan kata-kata Rizal itu.

"Kalau kau memang langsung tak ada perasaan bersalah kat dia, kenapa kau perlu takut nak hadap muka dia, hah?!"

Kata-kata daripada Rizal itu membuatkan hati Ashraf bertambah panas.

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now