Puan Zarina menatap lama gambar dirinya bersama dengan anaknya ketika anaknya itu baru berusia 9 tahun. Masih segar lagi dalam ingatannya, pertanyaan yang ditujukan kepadanya oleh anaknya yang ketika itu masih bersekolah rendah.
*"Mama, betul ke Ika ni memang tak ada ayah? Siapa sebenarnya ayah Ika, mama? Ramai kawan-kawan sekelas Ika yang ejek Ika sebab Ika tak ada ayah."
Jelas nampak kesayuan di wajah anak kesayangannya itu. Berat hatinya ingin menjawab pertanyaan itu.
"Ika, Ika ada ayah. Jangan peduli dengan apa yang diorang cakap tu. Sebenarnya diorang tu jealous sebab Ika ada mama yang sangat sayang dengan Ika. Ika cuma tak dapat jumpa ayah kat dunia ni je. Tapi in shaa Allah Ika dapat jumpa dia kat syurga nanti." Puan Zarina menenangkan anaknya kemudian memeluk erat anaknya itu.
"Jadi sekarang ayah tengah tunggu kita kat syurga ke, mama?"
"Ya, sayang..." dia mengeratkan lagi pelukannya itu.
"Cikgu cakap orang yang masuk syurga ni orang-orang yang baik jek. Maknanya ayah tu baik lah kan, mama?"
"Ya, sayang... Ayah orang baik.." Air matanya sudah mengalir tanpa dapat dibendung lagi. Dia amat rasa bersalah kerana terpaksa membohongi anaknya itu. Biarlah anaknya itu berfikir bahawa ayahnya sudah tiada lagi di dunia daripada dia harus memberitahu kenyataan pahit yang hanya akan membuat hidup anaknya itu lebih terseksa.
*
"Mama, mama termenung apa ni?"
Suara teguran itu membuatkan Puan Zarina tersedar dari lamunannya. Sungguh dia telah mengelamun jauh sehingga tidak sedar akan kehadiran anak daranya itu di dalam biliknya.
"Takde apa-apa... Mama cuma teringat masa Ika kecik-kecik dulu. Ni, gambar Ika masa darjah 3. Tak sangka mama, sekarang anak kesayangan mama ni dah besar dah... Dah boleh jadi bini orang." gurau Puan Zarina sambil menunjukkan gambar lama itu kepada anaknya.
"Apalah mama ni... Ika muda lagilah... Baru 20 tahun... Langsung tak terfikir pasal kahwin pun tau..." wajah Syafikah Balqis mula cemberut apabila mamanya itu bergurau sedemikian.
Dia langsung tidak pernah bercinta dan tidak pernah terfikir pun untuk bercinta, apatah lagi memikirkan soal perkahwinan. Lagipun mana ada lelaki yang mahukan gadis bertubuh gempal sepertinya. Bahkan, dia selalu diejek oleh rakan-rakan sebaya sewaktu di sekolah menengah disebabkan oleh fizikalnya itu. Bukan hanya itu, mereka juga sering menghina dirinya oleh kerana status dirinya yang tidak mempunyai ayah. Tetapi dia tetap bersabar menghadapi semua itu kerana dia selalu mengingati pesan mamanya supaya selalu kuat menghadapi cabaran hidup. Dan sekarang ini, dia sudah pun menamatkan pelajaran di tingkatan 6 dan dapat melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej elit di Kuala Lumpur. Dia sangat senang sekali diterima belajar di kolej itu dengan bantuan biasiswa walaupun keputusan STPM nya itu tidaklah sebagus mana. Tetapi dia menganggap itu adalah rezeki dari Allah untuknya dan dia amat bersyukur. Dia berharap dia akan berjumpa rakan-rakan yang baik apabila dia belajar di kolej nanti. Dan yang paling penting sekali, sebab utama dia mahu melanjutkan pelajaran adalah untuk membahagiakan mama kesayangannya. Dia masih mahu bermanja-manja dengan mamanya tanpa memikirkan masalah-masalah lain yang tidak penting. Mamanya adalah segala-galanya bagi dirinya.
"Apa salahnya kahwin muda, nanti bolehlah mama cepat-cepat dapat cucu. Dapatlah mama timang cucu sebelum mama tutup mata."
"Mama! Kenapa cakap macam tu? Ika tak sukalah mama cakap macam ni. Mama muda lagi, masih cantik, masih sihat... Mama akan panjang umur dan selalu hidup bahagia dengan Ika..." Ika memeluk mamanya erat. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa mamanya disisi.
"In shaa Allah... Tapi ajal tak mengira usia kan?"
"Mama... Dahlah tu... Tak maulah cakap pasal tu lagi.. Lebih baik sekarang, kita cakap pasal persiapan Ika nak masuk kolej nanti." Ika segera mengubah topik, tidak mahu mamanya terus bercakap yang bukan-bukan.
"Oh, ya... Minggu depan kan Ika daftar masuk kolej?"
"Ya, mamaku sayang... Ni mesti mama lupa kan? Apalah mama ni.. Mama kan dah janji nak temankan Ika beli buku belajar."
"Hehe... Mama lupalah sayang.. Sorry ya..." Puan Zarina tersengih meminta maaf.
"Tapi, satu hal yang mama tak lupa, mama tak nak Ika duduk asrama tau. Duduk jek kat rumah ni dengan mama. Lagipun rumah kita dengan kolej Ika bukannya jauh sangat pun, buat apa nak duduk asrama. Mama rela hantar dan ambil Ika setiap hari kat kolej asalkan Ika tak berjauhan dengan mama."
Sebelum ini, anaknya itu bersungguh-sungguh mahu tinggal di asrama dengan alasan supaya tidak menyusahkan dirinya yang nanti terpaksa berulang-alik menghantar dan menjemput anaknya di kolej. Tetapi dia melarang anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya berjauhan dengannya kerana anaknya itulah satu-satunya harta yang paling berharga baginya.
"Ya, mama. Ika ingat... Mama ni kelakarlah. Tadi beria-ia nak Ika kahwin cepat, tapi macam manalah Ika nak kahwin kalau mama sendiri tak nak berjauhan dengan Ika. Haha..." Ika ketawa gembira mengusik mamanya.
"Amboi, sukanya dia... Mama merajuk nanti baru tahu." Puan Zarina pura-pura merajuk.
"Alololo... Janganlah merajuk mama. Ika gurau jeklah. Ika pun tak boleh berjauhan dengan mama kesayangan Ika ni jugak. Sayang mama." Ika memeluk erat tubuh mamanya bagai tidak mahu dilepas.
"Sayang anak mama jugak." Puan Zarina mencium dahi anak kesayangannya itu.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomansaZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...