Jam loceng di meja bilik lelaki itu terus berbunyi tanpa henti sementara dirinya masih lagi sedang lena diulit mimpi di atas katil empuknya.
Bunyi ketukan pintu bilik pula bertalu-talu kedengaran. Suara jeritan dari luar bilik membuat dia terjaga dari tidur. Tetapi matanya masih berat untuk terbuka sepenuhnya.
Namun begitu, Ashraf Emir tetap jua gagahkan diri membuka mata dan bangun dari katilnya. Dia lantas menutup jam loceng yang sedari tadi melalak di tepi telinganya."Ash!!! Bangun, Ash!! Dah pukul 7 pagi dah ni! Hari ni kan hari pertama Ash masuk kolej, mana boleh lambat!" Datin Zuraidah menjerit dari luar bilik sambil mengetuk berkali-kali pintu bilik anak bujangnya.
"Ye, mama... Ash dah bangunlah ni..." Ashraf menjawab mamai sahutan mamanya itu. Jeritan mamanya sungguh mujarab untuk mengejutnya bangun dari tidur. Walhal jam locengnya sendiri pun tidak dapat mengalahkan suara jeritan mamanya.
"Tulah, mama dah pesan kan malam tadi, jangan tidur lambat. Tapi Ash tetap jugak tidur lambat! Degil tau! Dah, cepat pergi mandi lepas tu turun bawah sarapan!"
"Yes, ma'am!" Laju Ashraf menurut arahan dari mamanya itu. Dia lantas mengambil tuala mandinya dan terus ke bilik mandi.
***
Usai mandi, Ashraf segera berpakaian rapi untuk hari pendaftarannya di kolej. Dia yang mempunyai raut wajah yang tampan itu makin kelihatan segak mengenakan baju kemeja dan seluar slack berwarna hitam serta lengkap bertali leher biru. Setelah dia berpuas hati dengan penampilannya itu, dia lantas keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga rumahnya untuk bersarapan di dapur. Di dapur, mama kesayangannya telah siap menghidangkan makanan favouritenya tiap kali bersarapan iaitu nasi lemak."Haa.. Turun pun anak bertuah mama ni. Dah, cepat duduk, makan. Mama ni pun dah lambat nak pergi kerja tau. Nasib baik sempat lagi nak buat sarapan untuk Ash. Kalau tak, pandai-pandailah Ash nak buat sarapan sendiri. Dahlah Mak Jah tengah cuti balik kampung sekarang ni. So, harapkan mama jek lah yang boleh manjakan Ash. Dah besar panjang pun masih kena mama yang kejut bangun tidur. Kalau tak, memang Ash tidur matilah jawabnya. Dah pasang alarm pun tak bangun-bangun jugak. Agak-agaknya kena pasang bom kot kat sebelah katil Ash, baru Ash boleh bangun." Panjang sungguh bebelan Datin Zuraidah terhadap anaknya itu. Bukannya apa, dia cuma mahu supaya anak bujangnya itu lebih bersikap matang dan berdikari.
"Mama, tak payah pasang bom pun mama. Suara mama jek pun dah macam bom bila kejut Ash. Dengar suara mama jerit, terus Ash bangun tau." jawab Ashraf kepada mamanya itu sambil tersengih.
"Amboi, perli mama nampak." Datin Zuraidah menjeling anaknya itu.
"Mana ada perli, mama. Ash cuma puji mama jek sebab cuma mama sorang jek satu-satunya yang selalu berjaya kejut Ash bangun tidur tau. Lepas tu, selalu masak lauk-lauk kegemaran Ash, sedap-sedap pulak tu. Mak Jah pun tak boleh kalahkan masakan mama tau." Puji Ashraf mengambil hati mamanya. Dia berharap, dengan pujiannya itu dapat menghentikan bebelan mamanya terhadapnya. Sebenarnya, dia sudah biasa mendengar bebelan mamanya itu. Sudah sebati di pendengarannya. Tetapi, jika bebelan mamanya itu tidak dihentikan, alamatnya makin lambatlah dia untuk ke kolej.
"Yelah tu.. dah kutuk mama, tiba-tiba puji mama pulak. Sajalah tu nak membodek kan? Dah, cepat makan. Lepas makan, boleh gerak terus pergi kolej. Biar mama yang hantarkan."
"Eh, tak payahlah mama. Biar Ash jek yang bawa kereta sendiri. Ash kan dah ada lesen. Buat apa Ash nak menyusahkan mama pulak. Mama pun dah lambat kan nak pergi ofis." Ashraf tidak bersetuju dengan cadangan mamanya untuk menghantarnya ke kolej. Dia lebih suka memandu sendiri. Dia tahu mamanya itu cuma risau akan keselamatan dirinya kerana dia baru sahaja mendapat lesen. Sebab itulah, mamanya yang mahu menghantarnya ke kolej.
"Kalau pasal hal yang macam ni, tahu pulak Ash nak berdikari. Kenapa tak nak mama yang hantar? Malu dengan kawan-kawan Ash? Malu kalau diorang cakap Ash ni anak manja bila tengok mama yang hantar Ash pergi kolej?"
"Bukan macam tulah mama. Ash cuma nak drive sendiri jek. Tak nak susahkan mama. Mama sendiri yang cakap mama dah lambat nak pergi ofis kan. Lagipun, hari ni Ash nak pergi kolej dengan kereta baru yang mama belikan untuk Ash tu." Ashraf menerangkan dengan lembut supaya mamanya itu tidak salah faham.
"Hmm, yelah... Ikut suka Ash lah. Tapi ingat, hati-hati drive kereta tu. Jangan drive laju-laju. Ash tu baru jek dapat lesen." Datin Zuraidah menasihati anaknya itu.
"Alright, mama. Don't worry, ok?" Balas Ashraf sambil tangannya menunjukkan simbol 'OK'.
Setelah menjamah sarapannya itu, dia segera bangun dari duduknya dan terus mencium tangan mamanya untuk meminta diri pergi ke kolej. Dia pantas melangkah menuju ke pintu utama rumahnya."Ash! Tunggu kejap, Ash!" Ashraf yang baru sahaja hendak membuka pintu, segera menoleh ke arah mamanya itu.
"Kenapa mama? Ash ada lupa something ke?" Dia bertanya kepada mamanya yang kelihatan seperti ingin memberitahu perkara penting.
"Ash tahu kan yang Ika pun dapat kolej yang sama dengan Ash? Nanti,
kalau terserempak dengan dia, pelawalah dia naik kereta dengan Ash. Biar Ash jek yang hantar dia balik rumah."'What? Kenapa pulak aku yang kena hantar dia balik rumah? Pandai-pandailah dia nak balik sendiri. Mama ni memang sengaja nak buat aku stress. Macamlah mama tak tahu yang aku ni menyampah dengan perempuan tu..'
Ashraf hanya mampu merungut di dalam hati apabila mendengar permintaan mamanya itu."Hmmm.. ok." Tiada rungutan yang keluar daripada mulutnya kerana dia terpaksa bersetuju sahaja dengan permintaan mamanya jika tidak mahu mamanya itu membebel.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomansZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...