Bab 32

38 3 1
                                    

"Wow, Ash... First time aku tengok kau memasak ni. Kau masak untuk siapa ni? Untuk kitorang eh?" tanya Azray kepada Ashraf apabila dia pergi ke dapur dan melihat sahabatnya itu sedang fokus memasak bubur ayam. Dia tahu Ashraf tidak pandai memasak. Dia dan Rizal memang selalu datang ke rumah Ashraf seperti ini apabila hujung minggu. Jadi, hairan pula dia apabila hari ini Ashraf tiba-tiba memasak.

"Untuk korang buat apa. Aku masak bubur ayam ni untuk Ika. Dia kena makan ni dulu sebelum makan ubat." jawab Ashraf.

"Wah... Rajin betul kau masak untuk dia. Dari mana kau belajar masak bubur ayam ni?" tanya Azray lagi.

"Google lah, apa lagi..."

"Kenapa tak suruh Mak Jah jek yang masak?" Azray hairan dengan sahabatnya itu yang sanggup belajar memasak untuk Ika.

"Sebab aku yang nak masak untuk Ika." jawab Ashraf sambil tersenyum.

"Ok, aku faham. Tapi kan, aku tengok semenjak dua menjak ni, kau macam terlalu baiklah dengan Ika." luah Azray yang berasa sedikit janggal melihat perubahan sikap Ashraf terhadap Ika.

"So? Apa yang peliknya kalau aku baik dengan dia? Kau tahu tak, patutnya dari dulu lagi aku layan dia macam ni." jawab Ashraf, sedikit tidak berpuas hati dengan pernyataan Azray itu.

"Tak, maksud aku macam ni... Memanglah kau patut layan dia dengan baik, tapi kau macam... terlalu..." sukar Azray hendak menjelaskan apa sebenarnya yang dia hendak sampaikan kepada Ashraf. Takut sekiranya sahabatnya itu marah.

"Terlalu apa?" tanya Ashraf meminta kepastian.

"Kau terlalu manjakan dia." celah Rizal yang baru sahaja muncul di dapur.

"Yup. Tu yang aku nak cakap." Azray memetik jari tanda setuju dengan ucapan Rizal itu.

"Aku tak manjakan dia. Aku cuma buat apa yang aku patut buat selama ni." jawab Ashraf dengan tegas, tidak setuju dengan pendapat dua orang sahabatnya itu.

"Dengan cara layan dia macam tuan puteri? Kau tahu tak Ash, kau tu baru jek berbaik dengan El tau. Kau nak ke, disebabkan Ika, korang berdua bergaduh balik?" luah Rizal kepada Ashraf, menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Sejujurnya, dia memang tidak suka melihat sahabatnya itu melayan Ika dengan terlalu baik. Kerana dia tidak mahu Elyssa salah faham sekali lagi. Dan semestinya, dia tidak sanggup melihat perempuan yang disayanginya itu sedih.

"Eh, kau merepek apa ni, Riz? Aku tak faham. Kenapa pulak kitorang nak bergaduh disebabkan Ika? El dah maafkan aku dah pun pasal aku menipu dia tu. Dan El sendiri cakap dengan aku, dia faham situasi aku sekarang ni. Dia pun rasa bersalah dan kesian kat Ika, sama macam apa yang aku rasa. So actually, what's the problem?" marah Ashraf, tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Rizal itu.

"Memanglah El faham situasi kau, tapi kalau kau selalu manjakan Ika macam ni, aku takut El akan salah faham lagi."

"Eh, dahlah tu. Takkanlah pasal ni pun nak bergaduh? Ash, bagi aku, memang tak salah kalau kau layan Ika dengan baik. Tapi, kau dengar jeklah nasihat Riz ni. Dia cuma concern jek pasal relationship kau dengan El." Azray mencelah, cuba menghilangkan ketegangan di antara dua orang sahabatnya itu.

Ashraf menghela nafas.

"Ok, fine. Aku terima nasihat korang ni. Tapi aku yakin, relationship aku dengan El akan ok jek. Takkan ada apa-apa masalah pun. So, korang tak payah risau. Ok?"

















***
Ashraf mengetuk pintu bilik Ika dengan sebelah tangannya memegang dulang yang berisi semangkuk bubur ayam, segelas air suam dan juga beberapa ubat-ubatan.

"Boleh Ash masuk?" Ashraf meminta izin kepada sepupunya itu dengan suara yang perlahan dan lembut.

"Ash nak apa?" tanya Ika yang berada di dalam bilik. Ketukan daripada sepupunya itu membuatnya berasa sedikit terganggu.

"Ash ada masakkan bubur ayam untuk Ika ni. Ika makanlah. Lepas makan bubur ayam ni, boleh makan ubat." jawab Ashraf, masih berbicara dengan lembut.

Ika sedikit mengeluh. Sebenarnya, dia tidak suka Ashraf berkelakuan begini terhadapnya. Dia tidak biasa dengan layanan baik Ashraf yang seperti ini. Terasa pelik. Terasa seperti Ashraf terlalu bersimpati dengannya. Padahal dia tidak mahukan simpati daripada sesiapa pun.

"Ika tak ada suruh Ash masakkan makanan untuk Ika pun. Mak Jah mana? Kenapa bukan Mak Jah yang hantarkan makanan?" tanya Ika, seperti ingin marah.

"Takpelah. Ash memang nak masak untuk Ika. Mak Jah tak ada. Mak Jah keluar beli barang dapur. Mama pulak belum balik kerja lagi." jawab Ashraf dengan tenang.

"Kalau macam tu letak jeklah dulu makanan tu kat dapur. Nanti pandai-pandailah Ika ambil sendiri kat dapur. Tak payah susah-susah Ash nak hantar. Ika ni patah kaki, bukannya hilang kaki. Ika masih boleh jalan sendiri guna wheelchair." perli Ika kepada sepupunya itu.

"Mana boleh. Ika tak boleh banyak bergerak sangat. Kena banyakkan rehat. Setakat masak untuk Ika, hantarkan makanan untuk Ika, tak menyusahkan Ash pun. In fact, Ash happy sangat dapat buat semua ni untuk Ika." balas Ashraf, cuba memujuk Ika agar dia diizinkan masuk ke dalam bilik.

'Dah kenapa tiba-tiba layan aku macam budak kecik pulak.' protes Ika di dalam hati.

"Masuklah. Pintu tak kunci pun." dengan suara yang terpaksa, Ika mengizinkan sepupunya itu masuk ke dalam biliknya.

Ashraf tersenyum lega sebelum membuka pintu bilik sepupunya itu.

"Assalamualaikum."

"Dah masuk, baru beri salam. Waalaikumussalam." sindir Ika.

Ashraf hanya tergelak kecil mendengar sindiran sepupunya itu. Dulang yang dibawanya itu diletakkan di atas meja bersebelahan katil Ika. Lantas, dia menghulurkan bubur ayam yang dimasak olehnya itu kepada Ika.

"Ni, bubur ayam yang Ash masak special untuk Ika. Favourite Ika kan ni?"

"Ni bukan favourite Ika. Kalau Mak Long atau Mak Jah yang masak, baru favourite Ika." jawab Ika, sengaja memancing emosi Ashraf. Dia mahu melihat, sejauh mana Ashraf mampu bersabar dengannya.

"Ok, kalau macam tu, apa kata Ika rasa dulu bubur ni? Mana tahu lepas Ika dah rasa, terus jadi favourite Ika?" jawab Ashraf dengan suara dan riak wajah yang tenang. Wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa marah.

"Tekak Ika tak ada seleralah nak makan bubur ayam. Ika rasa macam nak makan roti coklat. Boleh tak Ash tolong belikan Ika roti coklat? Lepas tu tolong belikan tembikai merah jugak tau. Sebab Ika teringin sangat nak makan. Boleh kan?" sekali lagi, Ika cuba memancing emosi Ashraf. Dia mahu melihat sepupunya itu marah kepadanya.

"Boleh, tapi Ika tak nak rasa sikit dulu ke bubur ni? Ash dah rasa, sedap tau Ash masak." jawab Ashraf, masih lagi dengan suara yang tenang.

'Ish, kenapa susah sangat Ash nak marah ni?! Marah jeklah Ika macam selalu. Ash kan selalunya panas baran. Kenapa hari ni, tiba-tiba penyabar sangat ni?! Layan jeklah Ika macam biasa!' rungut Ika di dalam hati.

"Kan Ika dah cakap tadi. Ika tak nak makan bubur, Ika nak roti." jawab Ika dengan suara yang sangat tegas sehingga membuatkan Ashraf sedikit terkejut.

"Ok, Ash pergi beli sekarang. Ika tunggu kejap tau. Duduk kat dalam bilik, jangan pergi mana-mana. Kalau Ika nak apa-apa, mintak jek kat Riz atau Ray. Diorang ada kat ruang tamu. Nanti Ash pesan kat diorang untuk tengok-tengokkan Ika." laju sahaja Ashraf menuruti permintaan sepupunya itu. Dia tidak mahu mengecewakan Ika.

"Buat apa nak tengok-tengokkan Ika? Ika bukannya budak kecik pun." perli Ika sambil menjelingkan mata tanda tidak berpuas hati.

"Ash cuma risaukan Ika." ringkas jawapan Ashraf tetapi kedengaran sangat ikhlas.

" ringkas jawapan Ashraf tetapi kedengaran sangat ikhlas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga HatiWhere stories live. Discover now