"Aku dah cakap tadi kan, jangan terlalu manjakan dia. Tengok sekarang, macam-macam pulak yang dia mintak. Kau dah penat-penat masak bubur tu untuk dia, tapi dia suruh kau beli makanan lain pulak." ucap Rizal kepada sahabatnya itu. Dia tidak berpuas hati melihat Ashraf terlalu menurutkan sahaja permintaan Ika.
"Biarlah... Dah dia cakap tak ada selera nak makan bubur... Lagipun, dia bukannya mintak yang bukan-bukan pun. Roti dengan buah jek." jawab Ashraf dengan tenang.
"Kalau macam tu, biar aku jek yang tolong belikan." Rizal menawarkan diri untuk membeli makanan-makanan yang dipesan oleh Ika itu.
"Eh, takpe. Biar aku jek yang beli." laju Ashraf menolak tawaran Rizal itu dengan tegas.
"Korang tolong tengok-tengokkan Ika, boleh kan? Kalau dia nak apa-apa ke, korang tolong tau..." pesan Ashraf kepada sahabat-sahabatnya itu.
"Baiklah ketua dayang... Ketua dayang tak perlu risau. Kami, dayang 1 dan dayang 2 akan menjaga tuan puteri sebaik mungkin." jawab Azray, berseloroh.
"Jangan main-mainlah, Ray..." geram Ashraf melihat sikap Azray yang tidak pernah serius itu.
"Ya, ya... Tahulah kitorang tengok-tengokkan dia tu... Kau tu, jangan pergi lama sangat. Pening kitorang nanti nak layan perangai tuan puteri kau tu." kali ini, Azray pula yang berpesan kepada Ashraf.
"Jangan risau, aku tak lama pun. Thanks, korang."
***
Ika perlahan-lahan menggerakkan kerusi rodanya itu, hendak menuju ke dapur untuk minum air. Biliknya yang dekat dengan ruang tamu, memudahkan dirinya yang menggunakan kerusi roda itu untuk pergi ke dapur. Di ruang tamu, dia melihat ada seorang lelaki sedang bersandar di sofa sambil menonton televisyen. Apabila dia lalu di sebelah lelaki itu, lelaki itu segera menoleh ke arahnya."Eh, tuan puteri nak pergi mana ni? Tuan puteri tak sepatutnya keluar dari bilik tau. Kalau tuan puteri nak apa-apa, panggil jeklah patik. Biar patik tolong ambilkan. Jangan susahkan diri tuan puteri. Takut nanti, tuan puteri penat. Tuan puteri tak boleh penat tau. Kalau tuan puteri penat, patik yang akan kena marah nanti dengan ketua dayang." bebel Azray, yang rancak menyakat gadis di hadapannya itu.
Ika menajamkan mata dan mengerutkan dahinya mendengar kata-kata mengarut Azray itu.
"Ray ni dah kenapa? Kalau Ray saja nak buat lawak, sorry. Lawak Ray tak kelakar pun. Ika nak pergi dapur, ambil air. Ika boleh ambil sendiri. Dan, Ika. Bukan. Tuan. Puteri." marah Ika kepada Azray dengan suara yang tegas.
"Janganlah marah. Ray cuma gurau jek." jawab Azray dengan suara yang perlahan, rasa serba salah dengan gurauannya yang agak melampau itu.
"Biar Ray yang ambilkan air untuk Ika. Ika pergilah masuk balik dalam bilik." Azray cuba berbuat baik kepada Ika apabila dia melihat gadis itu masih marah kepadanya.
"Tak payah. Ika cakap Ika boleh ambil sendiri." jawab Ika dengan tegas. Lalu dia segera menggerakkan kerusi rodanya itu menuju ke dapur.
"Aduh, apa kau buat ni, Ray?" Azray melepaskan keluhan berat sambil menyesali perbuatannya yang telah menyinggung perasaan Ika itu. Dia sedar dia tidak sepatutnya berlebihan dalam bergurau.
***
"Kenapa Ika pergi dapur?" tanya Rizal yang berada di dapur, kepada gadis di hadapannya itu.Ika mengeluh. Soalan yang sama sekali lagi. Tadi dari Azray, sekarang dari Rizal pula.
"Ika nak ambil air. Haus." jawab Ika, acuh tidak acuh.
"Biar Riz ambilkan. Ika tunggu dalam bilik. Nanti Riz hantarkan."
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...