Telefon bimbit Ashraf berdering menandakan seseorang sedang menelefonnya. Dia lihat pada skrin handphone nya. Tertulis di skrin, Mama. Dia pantas menjawab panggilan telefon dari mamanya itu.
"Hello, mama."
"Hello Ash. Ash kat mana sekarang? On the way balik rumah ke?" Kedengaran risau suara mamanya di hujung talian.
"Belum lagi mama, Ash masih ada kat kolej lagi ni." Ashraf menjawab dengan lembut.
"Masih ada kat kolej?? Kenapa belum gerak balik lagi? Patutlah Ash tak sampai-sampai rumah lagi. Risau mama dibuatnya tau. Dah, cepat balik. Hati-hati drive tu. Jalan tengah sesak sekarang." Suara Datin Zuraidah kedengaran agak lantang di telefon, mungkin gara-gara terkejut bercampur risau anaknya masih belum pulang ke rumah.
"Tadi, lepak kejap dengan kawan-kawan kat cafe. Ni Ash dah nak gerak balik rumahlah ni. Mama janganlah risau... Kejap lagi Ash sampailah."
"Oh ye, mama lupa pula nak tanya. Sekarang Ika masih ada kat kolej lagi ke? Ke dia dah balik rumah?"
Pertanyaan mamanya itu terus membuat mukanya berubah. Dia terus rasa menyampah apabila nama gadis itu disebut oleh mamanya.
"Entah. Dah balik kot." Dia menjawab dengan acuh tak acuh.
"Janganlah jawab macam tu. Cubalah tengok dulu dia ada tak kat situ."
Arahan dari mamanya itu terpaksa dituruti. Lalu matanya pun meninjau sekeliling dengan malas, mahu melihat sekiranya sepupunya itu masih ada di kawasan kolej ataupun tidak. Pada mulanya dia menyangka gadis itu sudah pulang ke rumah tetapi sangkaannya meleset apabila dia terlihat gadis yang dia cukup menyampah itu sedang duduk di sebuah gazebo yang berada di simpang jalan berhadapan dengannya.
'Aduhai, tak balik-balik lagi rupanya perempuan ni. Kenapalah dia masih ada kat sini? Patut ke aku tipu je mama, beritahu mama yang Ika dah balik rumah?' bisik suara hatinya.
Dia mahu sahaja menipu mamanya itu supaya mamanya tidak menyuruhnya menghantar perempuan itu pulang ke rumah.
"Kau tipu je mama kau, cakap Ika dah balik." Bisik Azray di telinga Ashraf.
Dia juga turut perasan yang Ika berada di gazebo itu."Tak baik kau tipu mama kau."
Tidak seperti Azray, Rizal lebih memilih untuk menasihati Ashraf. Rizal sememangnya mempunyai peribadi dan sikap yang lebih baik jika dibandingkan dengan dua orang sahabatnya yang lain. Dia lebih gemar menasihati rakan-rakannya itu. Dialah juga yang paling pendiam antara mereka bertiga.Ashraf sedikit mengeluh mendengar nasihat Rizal itu.
"Ma, dia masih ada lagi kat sini. Belum balik." Ashraf memilih untuk menjawab dengan jujur kepada mamanya setelah mendengar nasihat Rizal. Dia rasa bersalah pula mahu menipu mamanya itu.
"Hah?! Ika pun belum balik jugak? Kalau macam tu, Ash jeklah tolong hantarkan Ika balik rumah. Mama rasa, Mak Su busy kot kat tempat kerja. Tu yang tak sempat nak ambil Ika. Risau pulak mama kalau tak ada sesiapa yang hantar Ika balik rumah. Nanti, mama call Mak Su cakap Ash yang hantar Ika balik rumah. Ash boleh tolong kan?"
Ashraf sudah menjangka yang mamanya akan membuat permintaan sedemikian.
"Tapi mama, macam mana kalau dia yang tak nak Ash hantar dia balik rumah?"
"Alah, Ash pujuklah dia sampai dia nak. Cakap dengan dia, mama yang suruh."
Ashraf sudah tidak tahu mahu memberi alasan apa lagi. Nampaknya terpaksalah dia hantar juga gadis itu pulang ke rumah. Jika tidak, mamanya pasti akan terus mendesaknya.
"Ok fine. Ash hantar dia balik rumah. Dah, mama tak payah risau."
"Thank you sayang.. Hati-hati drive tau. Jangan drive laju-laju. Biar lambat asal selamat." Suara Datin Zuraidah kedengaran gembira di telefon apabila mendengar jawapan daripada anaknya itu.
"Baiklah mamaku sayang. Jangan risau, ok? Dah, Ash nak gerak ni. Ash letak phone dulu tau. Bye.."
Setelah menamatkan panggilan telefon dengan mamanya, Ashraf segera menaiki keretanya dan menghidupkan enjin kereta baharunya itu.
"Weh korang, aku gerak dulu tau. Jangan lupa malam ni. Ingat Ray, kau dah janji nak belanja kitorang malam ni." Ashraf sempat berpesan kepada dua orang rakannya itu sebelum keretanya bergerak.
"Ye aku ingat. Kau tu yang jangan lupa." jawab Azray.
Ashraf pun segera memandu keretanya menuju ke arah gazebo yang sepupunya itu sedang duduk.
***
Puan Zarina memandu keretanya laju.
Dia memotong semua kenderaan yang berada di hadapannya termasuklah lori-lori besar yang hanya akan melambatkan perjalanannya ke kolej anaknya itu. Dia mendengar telefonnya yang berada di dalam beg tangan berdering beberapa kali. Dia mahu segera menjawab panggilan telefon itu kerana dia yakin, pasti anaknya yang sedang menelefonnya. Lantas dia segera mencapai beg tangannya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu itu lalu mencari telefon bimbitnya. Sedang dia mencari handphonenya itu untuk menjawab panggilan telefon, dia tidak sedar yang ketika itu dia sedang memotong kenderaan lain. Dia tidak memandang ke hadapan ketika memandu gara-gara mencari telefonnya itu. Dan sebaik sahaja dia memandang ke hadapan, ada sebuah lori sedang menuju laju ke arah keretanya.***
Ika duduk menunggu kedatangan mamanya di gazebo kolej itu dengan hati yang gelisah. Dia mulai risau apabila mamanya itu tidak menjawab panggilan telefonnya.'Kenapa mama tak jawab call? Mungkin mama busy kot kat pejabat, sebab tu dia tak jawab call. Hmm, takpelah.. Tunggu setengah jam lagi, kalau mama tak sampai jugak, baru call lagi.' Ika cuba menyedapkan hatinya itu.
Sedang dia duduk menunggu di gazebo itu, tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya. Apabila tingkap kereta itu diturunkan, dia melihat wajah seorang lelaki yang amat dikenalinya.
"Ika tunggu mama Ika ke?" tanya lelaki itu tanpa memandang wajahnya.
"Haah." pendek Ika menjawab. Hairan pula dia, selama ini tidak pernah pula sepupunya itu memulakan perbualan dengannya apatah lagi ingin mengambil tahu hal berkenaan dirinya.
"Mama Ash suruh Ash hantar Ika balik rumah." Ashraf bersuara malas sambil matanya memandang ke arah lain.
"Oh, takpelah. Tak payah susah-susah. Ika tunggu mama Ika datang. Rasanya dia dah on the way kot." Ika menolak pelawaan Ashraf itu. Tidak mahu dia menyusahkan sepupunya itu kerana dia tahu, Ashraf mempelawanya hanya kerana dipaksa oleh Mak Longnya.
"Rasanya mama Ash dah call mama Ika, cakap tak payah ambil Ika sebab Ash yang akan hantar Ika balik rumah. Sebab tu mama Ika tak sampai-sampai lagi. Dahlah Ika, naik jeklah, tak payah banyak songeh. Nanti mama Ash bising pulak kalau tak hantar Ika balik rumah." dingin suara Ashraf berkata-kata.
'Banyak songeh pulak dia ni. Aku dah sudi nak tolong hantar dia balik rumah pun dah cukup baik dah.' bisik hati Ashraf yang menyampah dengan sepupunya itu.
"Mak Long dah call mama Ika? Tapi kenapa mama Ika tak jawab call Ika?" tanya Ika pelik. Sekiranya ibu saudaranya itu sudah menelefon mamanya, sudah pasti mamanya akan menelefonnya untuk memaklumkan tentang perkara itu.
"Manalah Ash tahu. Dia busy lah tu kot. Dah, naik jeklah! Tak payah banyak tanya!"
Ashraf sudah meninggikan suara kepada Ika kerana dia malas hendak menjawab apa-apa pertanyaan daripada Ika. Dahlah dia dipaksa oleh mamanya, sekarang Ika pula membuatnya marah dengan pertanyaan itu.
Akhirnya Ika terpaksa juga naik ke dalam kereta Ashraf setelah dimarahi oleh sepupunya itu. Mungkin benar, mamanya itu sibuk sehingga tidak sempat menelefonnya.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...