Kolej Sinaran Bintang merupakan salah sebuah kolej elit popular yang ada di Kuala Lumpur yang hanya mengambil pelajar-pelajar yang bijak dan kaya sahaja untuk belajar di sini. Hampir semua pelajar yang melanjutkan pengajian di sini, rata-ratanya merupakan anak Tan Sri mahupun anak Dato'. Hanya segelintir daripada mereka sahaja yang dapat belajar di kolej ini atas tajaan biasiswa. Ika merupakan salah seorang daripada mereka yang dapat belajar di kolej ini kerana mendapat biasiswa.
***
Kereta Proton Saga kepunyaan Puan Zarina betul-betul berhenti di hadapan pagar utama Kolej Sinaran Bintang. Ika keluar dari kereta itu dengan sedikit terburu-buru kerana dia hampir terlewat untuk mendaftar.
Dia mengenakan baju kurung berwarna hijau gelap dan dipadankan dengan tudung bercorak bunga-bunga pada hari pertamanya di kolej itu."Mama minta maaf ya sayang. Disebabkan kereta mama ni meragam tadi, tak pasal-pasal Ika lewat pergi kolej. Dahlah hari first." Puan Zarina tidak menyangka kereta kesayangannya ini boleh meragam pula awal-awal pagi pada hari penting seperti ini. Nasib baik ada jirannya yang sudi membantu membaiki keretanya itu. Jika tidak, mesti Ika sudah terpaksa menaiki bas untuk pergi ke kolej. Dia rasa bersalah telah menyebabkan anaknya itu terlewat.
"Takpe mama. Terlewat sikit jek ni. Lagipun nak buat macam mana kan, benda dah jadi."
"Time macam ni pulak kereta mama ni nak merajuk, meragam pagi-pagi. Kalau tak, mesti mama sempat temankan Ika daftar. Sekarang ni dah tak sempat dah. Mama dah lambat nak pergi kerja. Semua salah kereta nilah." Puan Zarina sedikit kecewa kerana tidak dapat menemani anaknya itu.
"It's okay lah mama. Janganlah salahkan kereta mama ni. Kesian dia. Kereta ni dah banyak berjasa kat kita tau. Normal lah tu kalau sekali sekala dia meragam. Takpe, Ika boleh pergi sendiri. Mama jangan risau ok?" Ika mencium tangan mamanya kemudian memeluk tubuh mamanya itu.
"Dah, cepatlah gerak. Nanti makin lambat pulak mama nak pergi kerja."
"Ok, mama gerak dulu ye sayang. Hati-hati tau." Puan Zarina berpesan kepada anaknya sebelum menghidupkan enjin keretanya.
"Ok.. Mama tu pun hati-hati jugak tau."
"Ok, bye sayang." Puan Zarina melambaikan tangannya dari dalam kereta sambil memandu meninggalkan kawasan kolej itu. Ika juga turut melambaikan tangannya kepada mamanya itu.
***
"Weh Ash! Kau kat mana ni? Kau belum sampai kolej lagi ke? Cepat weh! Dah ramai ni yang beratur nak daftar." Azray Hanif menelefon kawan baiknya yang masih belum kelihatan di kawasan pendaftaran pelajar baharu Kolej Sinaran Bintang."Aku baru jek sampai kolej ni. Sorry lah lambat sikit. Jalan jammed tadi. Korang tunggu jek kat situ. Kejap lagi aku sampailah."
"Ok, cepat sikit tau. Jalan laju sikit. Kejap lagi turn kitorang ni." giliran Rizal Amin, seorang lagi kawan baik Ashraf pula yang bersuara melalui speaker handphone.
"Ye, aku tengah cepat-cepatlah ni. Korang sabarlah sikit. Aku dah nak... Aduhhh!!" Belum sempat Ashraf menghabiskan kata-katanya, handphonenya telah terjatuh ke lantai akibat daripada seseorang yang telah menolak badannya dari belakang.
"Woi!! Buta ke?!!" jerit Ashraf sebaik sahaja badannya ditolak.
"Sorry, sorry... Sorry sangat-sangat.. Saya tak sengaja. Ada orang terlanggar saya tadi. Sebab tu saya tertolak awak."
"Lain kali, jalan tu..." Ashraf menoleh ke arah gadis yang telah menolaknya itu, tetapi kata-katanya terhenti sebaik sahaja dia melihat wajah gadis di hadapannya itu.
"Ika?!"
"Ash rupanya! Sorry Ash. Ika tak sengaja. Ash ok ke?" Ika agak teruja terserempak dengan sepupunya itu pada hari pertama di kolej. Tapi dia juga rasa bersalah tertolak Ashraf sehingga handphone sepupunya itu terjatuh.
"Lain kali jalan tu tengok-tengoklah sikit! Tengok apa yang Ika dah buat! Sampai terjatuh handphone Ash tau!"
Ashraf melampiaskan kemarahannya itu.'Hari pertama lagi dah buat aku sakit hati. Geram betul aku dengan dia ni.' Ashraf mengutuk di dalam hati.
"Ika minta maaf sangat-sangat. Ika betul-betul tak sengaja. Handphone Ash ok ke? Kalau rosak, biar Ika ganti." Ika bersungguh-sungguh meminta maaf kepada sepupunya itu kerana dia benar-benar rasa bersalah.
"Nak ganti? Huh, mampu ke nak ganti handphone Ash yang mahal ni? Tak mampu kan? Takpelah Ika. Tak payah ganti. Kesian pulak kalau nak suruh Ika ganti. Lagipun nanti, tak pasal-pasal ada orang tu mengadu pulak kat mama Ash, cakap Ash buli dia. Maklumlah, anak sedara kesayangan kan." balas Ashraf dengan sinis.
'Hmm.. dah mula dah perangai sombong Ash. Kenapa Ash suka sakitkan hati Ika? Padahal Ika selalu cuba jaga hati Ash. Tapi kenapa Ash tak pernah peduli pun pasal perasaan Ika? Sabar Ika, sabar... Dengan Ash, kau memang kena banyak bersabar...' bisik hati Ika, cuba menenangkan dirinya sendiri.
"Ash, Ika tak ada masa nak gaduh dengan Ash. Ika tahu Ika salah, tapi Ika dah minta maaf. Ash nak maafkan atau tak, terpulang kat Ash. Yang penting Ika dah minta maaf. Lagipun, Ika dah lambat dah ni, nak kena daftar. Ash pun mesti dah lambat jugak kan? So buat apa nak bazirkan masa Ash untuk gaduh dengan Ika, betul tak? Dahlah, Ika pergi dulu. Bye." Ika terus berlalu pergi tanpa menghiraukan lagi sepupunya yang sombong itu.
"Amboi, main blah macam tu jek bila dah buat salah?! Makin biadab dia sekarang ni."
Ashraf tidak menyangka akan terserempak dengan gadis yang paling dia menyampah itu pada hari pertama di kolej. Padahal, gadis itulah yang paling dia mahu hindari.
'Ok takpe.. Dia cuma satu kolej jek dengan aku. Asalkan dia tak sama course dan tak sekelas dengan aku, it's gonna be okay. Aku still boleh avoid dia. Kenapalah pagi-pagi lagi dia dah buat darah aku naik?!' hatinya menjerit geram.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...