Bab 19

85 5 1
                                    

Suasana di dalam kelas itu yang pada mulanya riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar, tiba-tiba sahaja menjadi senyap seketika sebaik sahaja munculnya tiga orang pelajar lelaki yang baru sahaja memasuki kelas itu. Beberapa orang pelajar perempuan di dalam kelas itu kelihatan teruja apabila melihat kelibat tiga orang pelajar lelaki popular itu di hadapan pintu kelas. Tidak lain dan tidak bukan, tiga orang pelajar lelaki popular itu ialah Ashraf, Rizal dan juga Azray.

"Itulah diorang yang Fifi beritahu Ika tadi. Yang tengah tulah Ashraf. Yang kanan tu Rizal, dan yang kiri tu Azray. Handsome kan diorang? Lagi-lagi Ashraf." Fifi berbisik perlahan di telinga Ika sebaik sahaja dia melihat tiga orang pelajar lelaki popular itu muncul di hadapan pintu kelas.

Ika hanya tersenyum sambil mengangguk sahaja apabila dia mendengar apa yang dibisikkan oleh sahabatnya itu. Nampak gayanya, sahabatnya itu benar-benar meminati sepupunya.

Baru sahaja Ashraf ingin menuju ke tempat duduknya, tiba-tiba, seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu menghalang laluannya.

"Ash! Kenapa you tak masuk kelas tadi? I ingatkan you memang tak datang kolej hari ni.. Risau I tau.. I ingatkan you demam.." pelajar perempuan yang bernama Bella itu bertanya kepada Ashraf dengan suaranya yang manja dan mengada-ngada.

Ashraf hanya diam, malas hendak menjawab pertanyaan daripada perempuan yang berdarah kacukan Cina dan Melayu itu.

Sebaliknya, Azray yang terkenal dengan sikap playboynya itu yang membalas pertanyaan Bella.

"Alah, Bella... Baru sekejap tak jumpa, takkanlah dah rindu I kot..."

"Hei, perasan... Buat apa I nak rindu you? Daripada I rindukan you, lebih baik I rindukan Ash... Kan, Ash?" balas Bella, kali ini dengan suara yang lebih manja.

"Perempuan gedik tu namanya Bella, dia tu suka kat Ash. Dia selalu cuba pikat Ash walaupun dah terang-terang yang Ash tu tak ada hati pun kat dia. Kesian kan... Perempuan cantik macam dia pun, Ash tak layan. Inikan pulak, perempuan macam kita ni. Jangan-jangan, nak pandang kita sebelah mata pun dia tak sudi..." Fifi berbisik lagi di telinga Ika, menerangkan kepada sahabatnya tentang siapakah perempuan yang sedang menegur Ashraf dengan bertingkah manja itu.

Ika hanya tersenyum kecil apabila mendengar penerangan Fifi itu.

"Mestilah dia tak akan layan perempuan lain. Sebab dia dah ada girlfriend." jawab Ika perlahan.

"Apa? Ash dah ada girlfriend? Mana Ika tahu?" tanya Fifi yang agak terkejut mendengar apa yang dinyatakan oleh sahabatnya itu.

"Haa? Hmm.... Maksud Ika... Ashraf tu kan handsome, popular pulak tu.. Jadi mestilah lelaki macam dia tu dah berpunya... Betul tak?" jawab Ika dengan sedikit tergagap. Dia tidak sengaja terlepas cakap. Dia terpaksa menipu sahabatnya itu untuk tidak memberitahu hal sebenar mengenai sepupunya yang telah pun mempunyai teman wanita. Dia tidak mahu Fifi mengesyaki hubungan sebenarnya dengan Ashraf.

"Ohhh... Ye tak ye jugak kan... Takkanlah lelaki handsome macam dia tu tak ada girlfriend... Sebab tulah, perempuan cantik and popular macam Bella tu pun, dia buat tak tahu jek. Untungnya perempuan yang jadi girlfriend Ash, kan?"

Ika sedikit lega apabila sahabatnya itu tidak mengesyaki apa-apa.

"Kenapa? Fifi kecewa ke kalau Ash tu memang betul-betul dah ada girlfriend?" tanya Ika kepada sahabatnya itu.

"Taklah... Buat apa Fifi nak kecewa... Fifi cuma minat jek kat dia. Langsung tak terfikir pun nak jadi girlfriend dia. Lagipun, Fifi tahu Fifi memang tak ada harapan pun nak jadi girlfriend dia..." jawab Fifi sambil ketawa kecil.

Ika hanya tersenyum sahaja mendengar celoteh sahabatnya itu.

"Ash, nanti kita lunch sama-sama nak tak?" tanya Bella kepada Ashraf. Dia masih tidak berputus asa untuk menarik perhatian lelaki itu.

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now