Suasana di Cafe Ria Kolej Sinaran Bintang riuh rendah dan padat dengan pelajar-pelajar yang sedang menikmati makanan tengah hari di situ.
Makanan yang terhidang di atas meja makan dibiarkan sahaja oleh Ashraf tanpa disentuh. Fikirannya masih lagi memikirkan tentang apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi di dewan pendaftaran kursus ekonomi.
*
"Ash?! Riz dengan Ray pun ada?! Korang pun ambil course ni jugak ke? Wah, baguslah... Nanti kita boleh belajar sama-sama. Ash dapat kelas apa? Ika kelas 2." tanya Ika teruja dan bersemangat sebaik sahaja mengetahui sepupunya Ashraf serta dua orang sahabat baik Ashraf juga turut mengambil kursus yang sama dengannya.Ashraf diam tidak menjawab kerana dalam hatinya dia sudah berasa sangat marah dan tidak puas hati dengan apa yang baru sahaja didengarinya.
'What?! Kelas 2?! Kenapa dia mesti sekelas dengan aku?! Why?!!'
"Kitorang bertiga pun dapat kelas 2 jugak." Azray menjawab pertanyaan Ika itu setelah melihat Ashraf hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Dia sudah mengenali gadis itu sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi, sewaktu sekolah rendah, dia tidak pernah sekelas dengan Ika. Sewaktu sekolah menengah, barulah mereka berempat sama-sama sekelas iaitu dari tingkatan 4 sehinggalah ke tingkatan 6. Dia tahu Ashraf tidak menyukai Ika. Dia dan Rizal juga tidak berapa suka akan gadis itu. Dia tidak menyukai Ika disebabkan penampilan gadis itu yang agak kolot pada pandangan matanya. Tetapi, dia tidak sampai hati pula sekiranya tidak menjawab pertanyaan Ika itu.
"Wah, baguslah kalau macam tu. Ika suka sangat dapat sekelas dengan korang lagi." luah Ika dengan teruja walaupun dia tahu yang Ashraf dan rakan-rakan baik Ashraf itu sebenarnya tidak menyukai dirinya. Apatah lagi apabila mereka terpaksa belajar di dalam satu kelas yang sama sekali lagi dengannya. Tetapi dia yakin, Ashraflah orang yang paling mahu menghindarinya. Walaupun begitu, Ika berasa dia tetap harus berbuat baik dengan Ashraf kerana walau apa pun, Ashraf itu tetap sepupunya dan dia sudah menganggap mama Ashraf seperti mamanya sendiri kerana ibu saudaranya itu telah melayannya dengan sangat baik dan telah banyak berjasa terhadap dirinya dan juga mamanya.
"Ika tahu kan, Ash menyampah tengok muka Ika? So satu jek Ash nak pesan kat Ika, walaupun kita sekelas, Ash nak Ika ingat peringatan Ash yang sama masa kita sekolah menengah. Pertama, tolong jangan masuk campur urusan Ash. Ika buat hal Ika, Ash buat hal Ash. Kedua, jangan memandai-mandai beritahu orang lain yang kita ni sepupu. Ika tahu kan sebab apa? Ash malu ada sepupu macam Ika. Yang ketiga dan yang paling penting sekali, jangan cari masalah dengan Ash dan jangan menyusahkan Ash." tegas Ashraf, memberi peringatan kepada Ika.
Ika sunggguh sakit hati mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Ashraf itu.
'Kenapa Ash benci sangat dekat Ika? Apa salah Ika kat Ash? Dah macam-macam yang Ika buat supaya Ash tak bencikan Ika lagi, tapi semua tu sia-sia jek. Ash tetap masih tak berubah. Masih bencikan Ika.' luah hatinya sedih.
"Ash jangan risau, Ika ingat lagi peringatan Ash tu. Ika tahu Ash malu dengan Ika, tapi Ika nak Ash tahu satu benda jek. Tak ada manusia yang sempurna pun dalam dunia ni. Termasuk Ash. Mungkin Ash ingat hidup Ash dah cukup sempurna, dah cukup bahagia, tapi Ika tak fikir macam tu. Sebenarnya Ika kesian dekat Ash, sebab Ika rasa hidup Ash membosankan. Membosankan sebab Ash sendiri tak tahu apa makna sebenar hidup yang bahagia. Memang Ash anak orang kaya, banyak duit, boleh beli apa-apa jek yang Ash nak. Tapi satu benda jek yang Ash tak akan dapat beli dengan duit Ash yang banyak tu. Maruah dan harga diri orang lain. Walaupun Ika ni banyak kekurangan, tapi Ika masih ada maruah dan harga diri. Ash jangan ingat Ika masih lemah macam dulu. Cuma mampu diam bila kena hina dengan Ash. Tak Ash. Ika dah tak lemah macam dulu. Sekarang ni, Ika akan melawan dan pertahankan diri Ika bila Ika diejek ataupun dihina oleh orang lain. Ika akan ikut apa yang Ash suruh tu tapi tu tak bermaksud Ash boleh hina Ika sesuka hati Ash. Ika ikut cakap Ash cuma sebab Ika malas nak cari gaduh dengan Ash. Oh ye, Ika rasa Ika dah tahu apa benda yang kurang dalam hidup Ash. Kurang kasih sayang. Ash kurang dapat kasih sayang sebab Ash kurang memberikan kasih sayang." Sebaik sahaja Ika menamatkan luahan panjang isi hatinya itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan tiga orang sahabat itu. Niat awalnya yang hanya ingin bertegur sapa, terus hilang dan kini perasaannya bertukar menjadi marah dan hampir sahaja dia tidak dapat menahan emosinya sebentar tadi.
Ashraf terkedu seketika sebaik sahaja Ika berlalu pergi. Dia seperti kehilangan kata-kata. Sebenarnya dia ingin membalas semula kata-kata Ika sebentar tadi tapi entah kenapa lidahnya menjadi kelu secara tiba-tiba. Seolah-olah apa yang diperkatakan oleh Ika itu benar belaka tanpa dapat dia menentang.
*"Hoi, apa yang kau termenungkan tu? Kenapa nasi kau macam tak luak-luak jek? Kau tak ada selera nak makan ke? Kalau kau tak ada selera, biar aku yang habiskan nasi kau tu." suara Azray dengan segera menghentikan flashback Ashraf tentang kejadian sebentar tadi. Dia tidak tahu kenapa dia masih memikirkan tentang kata-kata tajam Ika yang dituju khas kepadanya itu.
"Kau masih bengang pasal tadi ke?" kedengaran suara Rizal pula bertanya kepadanya.
"Aku betul-betul tak puas hati dengan dia Riz! Makin besar kepala dia sekarang. Dah berani cari pasal dengan aku!" luah Ashraf dalam keadaan yang sangat marah.
"Alah, chill lah weh... Aku rasa sepupu kau tu memang sengaja nak buat kau marah. Sajalah tu nak seek attention. Tapi, memang dia dah makin berani sekarang kan? Terkejut aku dengar dia cakap macam tu kat kau. Yang kau ni pulak, kenapa diam je masa dia cakap macam tu? Kau patutnya balas balik." Kata-kata dari Azray itu hanya membuat hati Ashraf semakin panas.
"Aku malas nak gaduh dengan dia. Kalau tak tadi, memang aku dah buat dia malu depan orang ramai. Korang tahu tak, hari ni jek dah dua kali dia cari pasal dengan aku."
"Dua kali?" Rizal bertanya pelik.
"Pagi tadi, dialah punca aku lambat masuk dewan. Time aku tengah on call dengan korang, boleh pulak dia langgar aku sampai phone aku jatuh. Nasib baik phone aku ok, kalau tak meranalah dia nak ganti handphone aku yang mahal ni." Ashraf semakin bengang apabila mengingat kembali kejadian pagi tadi.
"Oh, patutlah kau macam bad mood je pagi tadi. Tapi, macam mana dia pun boleh belajar kat sini jugak? Dia dapat biasiswa ke? Setahu aku, dia tu bukannya pandai sangat pun. Result STPM dia biasa-biasa je kan?" tanya Azray ingin tahu.
"Kau rasa sebab apa? Huh, kalau bukan sebab mama aku, jangan harap dia dapat belajar kat sini."
"Maknanya mama kau yang tolong dia sampai dia boleh masuk sini?" Azray bertanya lagi.
"Exactly. Dia memang dapat biasiswa tapi tu pun sebab mama aku yang tolong. Mama aku kan orang penting kat kolej ni. Dia yang selalu sumbang dana untuk kolej ni. Sebab tulah senang jek dia tolong Ika dapatkan biasiswa kat sini. Aku pun tak faham kenapa mama aku tu baik sangat dengan Ika. Sampai layan perempuan tu macam anak kandung sendiri." Ashraf meluahkan rasa tidak puas hatinya itu.
"Dahlah Ash. Tak guna kau marah-marah kat dia. Just ignore her like you always do." Rizal bersuara memberikan pendapat.
"You're right. Buat apa aku nak serabutkan kepala aku fikir pasal dia. Selama ni pun, bukannya aku pernah ambil peduli pun pasal dia. Aku tak kisah dia nak buat apa pun kat sini, asalkan dia tak ganggu hidup aku dan tak menyusahkan aku."
Ashraf cuba menenangkan dirinya sendiri. Walaupun sebenarnya dia masih marah memikirkan kata-kata Ika yang memerlinya tadi, dia tetap cuba berlagak tenang.
'Yes, you got my mother's attention. But I will make sure you'll never get my mother's love.' bisik hati Ashraf.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...