Datin Zuraidah kelihatan sangat gelisah apabila tiada sesiapa yang menjawab panggilan telefonnya itu. Dia sudah beberapa kali menelefon adiknya untuk memaklumkan tentang Ika yang telah dihantar pulang ke rumah oleh anaknya tetapi langsung tidak dijawab oleh adiknya itu. Hatinya mulai dibelenggu kerisauan.
"Jawablah Rina. Dah banyak kali Kak Long call ni, kenapa tak jawab? Kak Long risau ni." Datin Zuraidah sudah mulai panik. Fikirannya mula terganggu dengan bermacam-macam andaian. Dia risau dan takut sekiranya terjadi apa-apa kepada adiknya itu.
Dia cuba mendail sekali lagi nombor telefon adiknya dan kali ini dia sedikit lega apabila ada seseorang yang menjawab panggilan telefonnya itu.
"Hello, Rina. Rina ke tu? Kenapa Rina tak jawab call? Kak Long risau sangat tau. Ni Rina kat..."
"Hello.."
Kata-katanya terhenti apabila dia mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.
"Siapa ni?" dirinya bertanya kehairanan.
"Saya Inspektor Zaki. Ini salah seorang ahli keluarga Zarina Binti Arsyad ke?"
Datin Zuraidah terkejut sebaik sahaja lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai seorang inspektor. Dia hairan sekali mengapa pegawai polis yang menjawab panggilan telefonnya.
"Ya, saya kakak Zarina. Kenapa inspektor yang jawab telefon? Adik saya mana? Tak ada apa-apa yang berlaku kat dia kan?"
Dia bertanya dalam keadaan suaranya yang menggigil kerana hatinya sudah tidak keruan memikirkan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada adiknya itu. Jantungnya pula sudah berdegup kencang kerana takut hendak mendengar jawapan daripada pegawai polis itu.
"Puan, sebelum saya beritahu berita ni, saya nak puan bertenang dulu. Saya nak puan banyakkan bersabar dan terima apa yang saya nak beritahu puan ni."
***
Suasana yang canggung mula terasa di dalam kereta mewah itu. Walaupun ada radio yang diputarkan di dalam kereta itu, Tetapi ia masih tidak dapat menghilangkan perasaan kekok antara mereka berdua.
Ika hanya berdiam diri di dalam kereta sepupunya itu tanpa memulakan apa-apa perbualan. Dia sebenarnya sangat teringin hendak berbual dengan Ashraf untuk meghilangkan perasaan kekok dalam dirinya itu, tetapi apabila melihat sikap Ashraf yang begitu dingin dengannya, dia rasa lebih baik sekiranya dia tidak berkata apa-apa kerana kemarahan lelaki itu sukar dijangka."Ish, jammed lah pulak. Sengaja nak buat aku marah! Dahlah hari ni memang banyak benda yang buat aku marah!" Ashraf meluahkan kemarahannya sambil mengetuk stereng keretanya itu. Dia sangat bengang apabila terperangkap dalam traffic jam. Dia mahu segera menghantar sepupunya pulang ke rumah kerana dia tidak mahu duduk terlalu lama dengan sepupunya itu di dalam keretanya.
Apabila Ika melihat Ashraf dalam keadaan marah, Ika pun cuba memulakan perbualan dengan sepupunya itu.
"Ash, Ika nak minta maaf pasal tadi." Dia memulakan perbualan dengan meminta maaf kepada sepupunya kerana mungkin hanya dengan meminta maaf, barulah kemarahan lelaki itu akan sedikit reda. Lagipun, dia memang sepatutnya meminta maaf kepada Ashraf disebabkan oleh kata-katanya tengah hari tadi yang dia yakin telah membuat Ashraf sakit hati.
Ashraf hanya diam tanpa menjawab apa-apa.
"Ika tak sengaja cakap macam tu." Ika bersuara lagi apabila melihat Ashraf hanya diam tidak menghiraukannya.
"Ika cakap macam tu sebab mama dengan papa Ash dah bercerai kan? Ika, mungkin betul apa yang Ika cakap tu.. Ash kurang dapat kasih sayang daripada papa Ash. Tapi, kalau Ika rasa yang Ash ni kesian, Ash pulak rasa yang Ika ni lagi kesian daripada Ash. Sebab sekurang-kurangnya, Ash masih ada ayah." Sungguh sinis kata-kata yang dilontarkan oleh Ashraf itu. Cukup untuk membuatkan Ika rasa tersinggung.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
DragosteZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...