Bab 16

104 5 0
                                    

Ika yang sedang duduk di atas tempat duduk penumpang mengerling sekilas ke arah pemandu di sebelahnya. Sepupunya yang sedang fokus memandu itu sedikitpun tidak bersuara sejak dari tadi. Untuk kali yang kedua, dia berasa sangat canggung berada di dalam kereta milik sepupunya itu.

"Ika rasa Ash tak perlu pun buat-buat baik dengan Ika bila depan Mak Long. Tak penat ke terpaksa berlakon macam tu?" pertanyaan sinis yang diajukan oleh Ika telah memecahkan suasana sepi di dalam kereta itu. Dia bertanya sedemikian kepada sepupunya kerana dia tahu sepupunya itu hanya berpura-pura sahaja melayannya dengan baik sewaktu bersarapan tadi. Begitu juga dengan malam tadi iaitu ketika sedang makan malam, sepupunya itu yang selalu melayannya dengan dingin, tiba-tiba sahaja buat kali pertama telah mengukirkan senyuman untuknya dan berkelakuan baik terhadapnya. Dia tahu itu semua hanya lakonan semata-mata. Ashraf melayannya dengan baik apabila di hadapan Mak Longnya sahaja.

Sebaik sahaja Ashraf mendengar pertanyaan sinis daripada sepupunya itu, dia lantas merenung Ika dengan tajam.

"Habis tu, Ika nak Ash marah Ika?! Tengking-tengking Ika depan mama Ash?! Hmmm?! Hei Ika! Ash sudi layan Ika dengan baik pun dah cukup baguslah! Tak reti bersyukur ke?"

"Ika cuma tak suka Ash jadi hipokrit!"

Kata-kata daripada Ika itu membuatkan Ashraf serta-merta memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Apa Ika cakap?!! Ash hipokrit?!! Habis tu, Ika pulak macam mana?! Ash rasa, Ika lagi teruk daripada Ash.. Sebab sejak Ika masih budak-budak lagi, Ika dah mula jadi hipokrit... Dan sampailah sekarang, Ika masih lagi seorang yang hipokrit!! Ika selalu berlagak baik depan mama Ash... Lepas tu, Ika selalu cakap yang Ika dah anggap mama Ash tu macam mama kandung Ika sendiri... Padahal, Ika cuma tipu jek kan? Sebab, kalau memang betul Ika anggap mama Ash tu macam mama kandung sendiri, Ika takkan sanggup hancurkan kebahagiaan family Ash! Ika mengaku jeklah! Sebenarnya Ika suka kan, bila dah berjaya buat mama dan papa Ash bercerai?!" Ashraf meluahkan segala kemarahan yang selama ini terbuku dihatinya, kemarahannya terhadap sepupunya itu yang telah lama dia pendam.

"Hah?! Ika punca Mak Long dengan Pak Long bercerai? Tapi apa yang Ika dah buat?! Ika tak faham.." Ika sangat terkejut apabila mendengar tuduhan yang tidak masuk akal daripada sepupunya itu. Kenapa pula dia yang dituduh telah merosakkan rumah tangga ibu saudaranya sendiri?

"Kalau bukan sebab Ika yang bagi handphone tu kat mama Ash, mama Ash takkan jawab panggilan telefon daripada betina tak guna tu!! Kalau bukan sebab Ika, mama Ash takkan tahu yang papa Ash curang!! Dan kalau bukan sebab Ika jugak, mama Ash takkan mintak cerai dengan papa Ash!! Semuanya salah Ika!! Ika dah buat Ash kehilangan kasih sayang daripada papa Ash sendiri!!" Dia menahan air mata jantannya agar tidak mengalir keluar. Baginya, Ikalah punca utama yang telah menyebabkan mama dan papanya itu bercerai. Bercerai sewaktu umurnya itu baru berusia 10 tahun. Kerana itulah, dia membenci sepupunya sendiri. Dan sejak itu juga, dia akan rasa benci dan menyampah setiap kali dia melihat wajah gadis itu. Kerana setiap kali dia melihat wajah Ika, pasti dia akan teringat semula betapa kejamnya papanya yang sanggup menceraikan mamanya demi perempuan lain. Oleh kerana itulah, dia tidak suka mamanya itu terlalu rapat dengan Ika. Kerana dia takut sekiranya dia akan kehilangan kasih sayang mamanya pula.

Ika sangat terkejut mendengar pengakuan daripada sepupunya itu. Sekarang, barulah dia tahu perkara yang sebenar. Perubahan sikap Ashraf dan kebencian Ashraf terhadap dirinya sejak 10 tahun yang lepas, semua itu gara-gara sepupunya itu menganggap dialah yang menjadi punca keretakan rumah tangga Mak Longnya. Dia tidak tahu bagaimana harus menggambarkan perasaannya ketika ini. Pengakuan Ashraf itu serta merta mengingatkannya kembali tentang apa yang telah berlaku 10 tahun lepas, yang mana ketika itu, dia dan mamanya sedang duduk menumpang di rumah Mak Longnya kerana belum mampu menyewa rumah. Pada waktu itu, dia mengambil telefon bimbit bapa saudaranya yang tidak berhenti berdering untuk diberikan kepada Mak Longnya. Dia cuma risau sekiranya panggilan telefon itu daripada orang yang penting. Dia terus beredar sejurus selepas dia memberikan telefon itu kepada Mak Longnya. Jadi, dia tidak tahu pun apa yang telah berlaku selepas itu. Apa yang dia ingat hanyalah, seminggu selepas kejadian itu, bapa saudaranya sudah tidak tinggal lagi di rumah itu. Dia tidak menyangka, rupa-rupanya disebabkan panggilan itulah, ibu saudara dan bapa saudaranya itu bercerai.

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now