Bab 4

214 8 1
                                    

Suasana di dalam dewan pendaftaran pelajar baharu Kolej Sinaran Bintang semakin riuh dengan kehadiran hampir seribu pelajar baharu yang datang mendaftar. Masing-masing berpakaian kemas pada hari pertama mereka di kolej. Semua pelajar lelaki memakai kemeja lengkap bertali leher manakala ramai pelajar perempuan yang memakai baju kurung.

"Haa! Itupun dia dah sampai!!" Rizal berkata kepada Azray dalam keadaan suaranya separuh menjerit kerana suasana di dalam dewan yang agak bising sambil menunjukkan jarinya ke arah lelaki yang sedang berlari-lari anak menuju ke arah mereka.

"Sorry weh. Ada problem sikit tadi, tu yang lambat." Ashraf menyapa dua orang sahabatnya itu dalam keadaan suaranya yang sedikit keletihan.

"Problem susah nak bangun pagi kan?" Perli Azray.

"Hello, kau cakap baik sikit eh. Aku dah bertolak dari rumah tepat pada waktunya tau. Kalau bukan sebab traffic jam plus ada gangguan tadi, aku takkan lambat lah weh!"

"Dah dah.. Yang penting sekarang kau dah sampai sebelum tiba turn kitorang untuk daftar. Kitorang siap dah reserved lagi kerusi untuk kau tau." Rizal mencelah.

"Fine. Thank you sahabat-sahabatku sanggup tunggu aku and jagakan kerusi untuk aku." Ashraf berterima kasih sambil menayangkan senyuman palsu kepada dua orang sahabatnya itu.

"Thank you jek? No way. Aku nak kau belanja kitorang lunch. Penat tau kitorang tunggu kau." Azray seolah-olah memberikan arahan yang wajib dituruti oleh Ashraf.

"Amboi amboi... Melebih-lebih pulak kau ni kan. Ok, fine. Aku belanja korang nanti. Chill lah, aku banyak duit kot." jawab Ashraf bersahaja.

"Dah mula dah sifat riak dia.." Azray membuat muka annoying yang kemudiannya disambut oleh ketawa Rizal.

"Kau ni Ray. Karang tak dapat makan lunch, dapat makan penumbuk aku baru kau tahu."

"Hehehe, relaxlah Ash.. Aku gurau-gurau manja jek dengan kau. Takkan itu pun nak sentap." Azray tersengih menayangkan giginya yang tersusun.

"Banyaklah kau punya gurau manja. Tak ingin aku nak bermanja dengan kau. Dahlah aku tengah panas hati sekarang ni. Kenapalah aku terserempak dengan dia tadi. Buat spoil mood aku jek."

"Dia? Siapa??" tanya Rizal kehairanan.

"Nantilah aku cerita. Lepas settle daftar semua ni."













***
Setelah pelajar-pelajar baharu selesai mendaftarkan diri, mereka dipecahkan dan dibahagikan ke tempat-tempat yang berlainan mengikut kursus masing-masing yang diambil oleh mereka untuk menentukan kelas mereka.

Ashraf terpaksa memilih kursus ekonomi kerana menghormati permintaan mamanya yang beria-ia mahu dia ambil kursus tersebut. Sebenarnya dia lebih meminati kursus mekanikal tetapi disebabkan mamanya yang tidak henti-henti meyakinkannya untuk mengambil kursus ekonomi, dia hanya mampu menuruti sahaja kehendak mama kesayangannya itu. Lagipun, dia bukannya tidak suka dengan kursus yang diambilnya ini cuma dia hanya kurang berminat sahaja. Nasib baik juga dua orang sahabat baiknya sejak dari sekolah rendah ini turut bersetuju mengambil kursus yang sama dengannya.

"Aku tengok macam tak ramai sangat jek budak perempuan yang ambil course ni. Lelaki jek ramai, perempuan dua tiga kerat jek." Azray sedikit hampa apabila melihat tidak ramai pelajar perempuan yang mendaftar kursus ekonomi di dalam dewan tersebut.

"Kau ni, asyik fikir pasal perempuan jek, tak habis-habis dengan perangai playboy kau tu. Kita kat sini untuk belajar Ray, bukannya untuk cari perempuan." Rizal hanya mampu menggelengkan kepala melihat kerenah Azray yang dia tahu Azray itu memang sangat terkenal dengan sikap playboynya sejak dari sekolah menengah lagi.

"Alah, chill lah Riz.. Belajar, belajar jugak, tapi tak salah kan sambil menyelam minum air?" Azray mengangkat keningnya sambil tersengih-sengih.

"Kau ni, kalau cakap pasal perempuan, terus otak kau berfungsi kan? Tiba-tiba pandai pulak berperibahasa." kutuk Ashraf bersahaja.

"Hoi! Kejam sangat ayat kau tu, Ash. Kecil hati aku tau." Azray memuncungkan mulutnya seolah-olah merajuk dengan kata-kata Ashraf lalu terus disambut oleh ketawa dua rakannya itu.

"Eh, kejap.. betul ke apa yang aku nampak ni?" Mata Azray berkelip-kelip tidak percaya apabila dia terlihat sosok seseorang yang dikenalinya baru sahaja masuk ke dalam dewan pendaftaran kursus ekonomi itu. Sungguh dia tidak menyangka perempuan itu boleh ada di sini.

"Kau ni dah kenapa? Apa yang kau nampak?" Ashraf bertanya pelik.

"Tu.. tu bukan ke... sepupu kau? Dia buat apa kat sini? Dia pun belajar kat sini?" Azray memuncungkan mulut menunjuk ke arah perempuan yang dilihatnya itu sambil bertanya kebingungan.

Ashraf pula segera menoleh ke arah tersebut lantas cuba untuk melihat raut wajah perempuan yang dimaksudkan oleh Azray itu. Sebaik sahaja dia melihat dengan jelas wajah perempuan itu, riak mukanya terus berubah. Rasa tidak percaya, geram dan menyampah mula bercampur baur di dalam hatinya.

"Dia pun ambil course ni jugak?! Huh!! Banyak lagi course lain kat kolej ni, course ni jugak yang dia nak ambil." kata Ashraf menahan geram.

"Kau tahu Ika pun belajar kat sini? Kenapa tak beritahu kitorang?" Rizal juga agak terkejut apabila melihat sepupu Ashraf iaitu Ika turut berada di dalam dewan itu. Dia tidak tahu pula Ika juga dapat belajar di Kolej Sinaran Bintang ini.

"Aku tahu dia dapat belajar kat kolej ni, tapi aku tak tahu pulak dia pun ambil course yang sama." Ashraf menjawab pertanyaan Rizal itu dengan hati yang sedang menahan emosi.

'Oh, patutlah mama beria-ia suruh aku ambil course ni. Aku rasa mama mesti dah tahu awal-awal yang perempuan ni ambil course ekonomi sebab tu mama pun nak aku ambil course ni jugak... Ni semua plan mama. Mama, kenapa mama buat macam ni kat Ash? Mama kan tahu Ash tak suka perempuan tu!!' batinnya menjerit tidak suka dengan situasinya ketika ini.

 Mama, kenapa mama buat macam ni kat Ash? Mama kan tahu Ash tak suka perempuan tu!!' batinnya menjerit tidak suka dengan situasinya ketika ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga HatiWhere stories live. Discover now