Ashraf mengambil telefon bimbitnya yang disimpan di dalam beg. Lalu, dia segera menghidupkan kembali telefon bimbitnya yang telah dimatikannya selama dua jam itu. Baru sahaja dia hendak menelefon mamanya, tiba-tiba telefon bimbitnya itu berdering. Sudah diagak, mamanya itu yang menelefonnya.
"Hello mama..." dia mengeluarkan suara yang perlahan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon itu. Takut hendak memberitahu mamanya tentang apa yang telah berlaku.
"Ash!!! Ash ok ke sayang?! Kenapa Ash tak jawab call? Ika pun tak jawab call... Ya Allah... Mama risau tau!! Ash kat mana sekarang?! Kenapa Ash dengan Ika tak masuk kelas?! Apa yang dah jadi sebenarnya?! Ash dengan Ika ada kat mana sekarang ni?!!" jelas suara mamanya itu kedengaran sangat cemas dan risau.
"Mama... Ash... Ash kat hospital..." jawabnya, dengan suara yang sangat perlahan. Masih lagi takut untuk memberitahu mamanya tentang Ika.
"Hospital?!! Ash buat apa kat sana?! Ya Allah... Apa yang dah jadi?!!" suara mamanya itu kedengaran semakin cemas.
"Ika... Ika... Ika accident..." akhirnya, dia memberitahu juga mamanya itu tentang apa yang telah terjadi kepada Ika.
"Apa?!! Acc... Accident?!! Ya Allah... Macam mana boleh accident?!!"
"Mama... Bertenang, mama... Ash akan explain semuanya kat mama bila mama dah sampai hospital nanti... Tapi mama tolong jangan terlalu cemas... Ika ok. Alhamdulillah, dia tak cedera teruk. Cuma..."
"Cuma apa Ash?!!"
"Nanti Ash beritahu mama... Sekarang ni, Ash tak nak mama cemas... Ash nak mama bertenang... Ash sekarang kat Hospital Taman Indah. Mama datang sini ya... Dan tolong, mama jangan drive sendiri kereta... Suruh Pak Jamal yang drive, ok?" pesan Ashraf kepada mamanya itu. Dalam keadaan mamanya yang sedang cemas itu, tidak mungkin dia akan membiarkan mamanya memandu kereta.
"Ok... Tunggu mama kat sana..." jawab mamanya itu dengan suara yang lemah sebelum meletakkan telefon.
***
Ashraf menatap sayu wajah Ika yang masih belum sedarkan diri itu. Perlahan tangan gadis itu dicapai lalu digenggam olehnya."Ika... Ash minta maaf, Ika... Ash banyak buat salah kat Ika... Ika jadi macam ni pun disebabkan Ash..." luah Ashraf dengan suara yang sebak. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Dia sangat menyesal atas semua perlakuannya terhadap Ika selama ini. Sekarang baru dia sedar, sebenarnya selama ini, dia tidak pernah pun membenci Ika. Tiba-tiba, dia teringat akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Rizal kepadanya sewaktu di tingkatan tiga.
*
Loceng rehat telah berbunyi. Sebaik sahaja gurunya keluar dari kelas, Ashraf cepat-cepat menutup bukunya itu, lantas segera mengajak dua orang sahabatnya, Azray dan Rizal untuk pergi makan di kantin. Perutnya itu sudah lapar."Kau yang belanja kan hari ni?" tanya Azray kepadanya dengan teruja.
"Ya... Hari ni aku yang belanja. Tapi esok, giliran kau pulak tau yang belanja makan." jawabnya kepada sahabatnya itu.
"Ok bos! No problem."
Dia dan sahabat-sahabatnya itu pun keluar dari kelas dan berjalan bersama-sama menuju ke kantin.
Dalam perjalanan ke kantin, dia ternampak seorang gadis yang dia kenal sedang diganggu oleh seorang lelaki. Gadis itu ialah Ika, sepupunya. Dan lelaki yang sedang mengganggu Ika ialah Zack, seorang kaki buli di sekolahnya, yang kerap membuli pelajar-pelajar lelaki nerd dan mengganggu pelajar-pelajar perempuan.
"Zack kata bagi, bagi jeklah!"
"Tak boleh! Ini jek duit yang Ika bawak hari ni! Kalau Ika bagi Zack, habis tu Ika nak makan apa?"
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...