Rumah banglo mewah dua tingkat itu terasa sunyi dengan hanya tiga orang sahaja penghuni yang ada di dalam banglo itu. Televisyen yang terpasang di ruang tamu hanya dibiarkan sahaja oleh Ashraf. Fikirannya kini langsung tidak tertumpu kepada televisyen yang sedang menyala di hadapannya itu. Sebaliknya, fikirannya sekarang sedang asyik memikirkan tentang mamanya yang masih belum pulang ke rumah.
'Mama ni langsung tak ingat nak balik rumah ke? Dah seronok sangatlah tu duduk dengan anak sedara kesayangan dia. Aku kat rumah ni dah macam anak Mak Jah dengan Pak Jamal pulak. Huh..' keluh Ashraf di dalam hati.
Sedang hatinya geram memikirkan tentang mamanya, telefon rumahnya berdering. Dia sudah dapat meneka siapa yang sedang menelefon. Tetapi oleh kerana emosinya yang sukar dikawal saat ini, dia hanya membiarkan sahaja telefon itu berdering tanpa mahu menjawabnya.
"Ash, kenapa tak jawab telefon? Rasanya mesti mama Ash yang call tu. Ash tak nak jawab ke? Ash kan dari tadi tunggu mama Ash call?" Mak Jah yang berada di dapur bergegas ke ruang tamu sebaik sahaja mendengar telefon rumah berdering beberapa kali.
"Takpe, Mak Jah jelah yang jawab." Jawab Ashraf pendek, cuba menyorokkan emosi sebenarnya di hadapan Mak Jah.
"Hmm, yelah..." Apabila Mak Jah mendengar jawapan ringkas daripada Ashraf, dia seakan dapat menduga yang emosi anak majikannya itu sedang dalam keadaaan yang tidak baik.
Jadi, tanpa membuang masa, Mak Jah pun segera menjawab panggilan telefon itu."Hello, assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam... Mak Jah, saya nak beritahu Mak Jah ni.. Saya dah on the way balik rumah tau. Lima belas minit lagi saya sampai. Nanti, masak lauk banyak sikit ye untuk dinner. Sebab saya bawak Ika sekali ni. Ika akan bermalam kat sana hari ni." kedengaran teruja suara Datin Zuraidah di hujung talian.
"Ohh, Datin dah nak sampai lah ni ye? Ash mesti happy ni. Dia dah lama tunggu Datin tau. Dari pagi tadi. Ok, Datin jangan risau, nanti Mak Jah siapkan lauk-lauk yang sedap untuk malam ni. Untuk sambut tetamu khas." Mak Jah bersuara riang. Dia sangat gembira apabila majikannya itu memberitahu, Ika akan bermalam di rumah ini. Semestinya dia akan menyambut kedatangan anak saudara majikannya itu dengan baik kerana walaupun Ika jarang bertandang ke rumah ini, tetapi dia memang suka akan sikap gadis itu yang ceria dan selalu menghormatinya itu. Tambahan pula, arwah mama Ika juga selalu melayaninya dengan sangat baik. Dia tahu gadis itu pasti masih lagi sedang bersedih, Tapi dia sedikit lega kerana setelah dua minggu berkurung di rumah, akhirnya anak saudara majikannya itu mahu juga keluar menghirup udara luar.
"Beritahu Ash, saya minta maaf ye sebab tak dapat balik pagi tadi. Takpe, nanti tahulah macam mana saya nak explain kat dia. Lagipun, nanti bila dah sampai rumah, ada berita gembira yang saya nak beritahu." suara Datin Zuraidah masih kedengaran teruja.
"Wah, berita gembira apa Datin? Tak sabar pulak Mak Jah nak tahu." tanya Mak Jah, juga ikut teruja.
"Takpe, bila kat rumah nanti, lepas dah makan malam, baru saya beritahu. Ok?"
"Ok Datin. Hati-hati bawak kereta ye Datin. Ok, bye."
Sebaik sahaja Mak Jah menamatkan panggilan telefon dengan Datin Zuraidah, Ashraf yang sedari tadi mendengar perbualan mereka di telefon lantas bersuara.
"Mama dah on the way balik rumah ke?" tanya Ashraf dengan suara yang dingin.
"Haah, Ash. Mama Ash dah nak sampai rumah dah. Ni Mak Jah nak pergi dapur, nak siapkan lauk-lauk untuk makan malam." Mak Jah menjawab dengan suara yang ceria.
"Ash dengar tadi, Mak Jah cakap ada tetamu khas malam ni, siapa tetamu tu?" Ashraf masih lagi bertanya dengan suaranya yang dingin. Dia seperti dapat mengagak siapa tetamu khas yang dimaksudkan oleh Mak Jah itu.
"Rahsia. Nanti Ash akan tahu jugak siapa tetamu tu. Ash tunggu jek lah dulu, ok?"
Jawapan daripada Mak Jah itu membuatkan Ashraf semakin tertanya-tanya.
'Aku harap bukan dia.' detik hati Ashraf.
***
"Ash!! Mama Ash dah sampai tu! Tetamu khas yang Mak Jah cakap tu pun dah ada kat bawah. Jomlah turun. Kita makan malam sama-sama!" Mak Jah mengetuk pintu bilik Ashraf yang berada di tingkat atas rumah sambil memanggil anak majikannya itu supaya turun ke bawah untuk makan malam bersama-sama."Ok, lima minit lagi Ash turun!" jawab Ashraf yang berada di biliknya sambil dia sedang mengenakan baju T-shirt pada tubuhnya sebaik sahaja dia selesai mandi.
"Ok, nanti turun tau." ucap Mak Jah ringkas, kemudian dia pun menuruni tangga untuk menuju ke dapur.
***
Sebaik sahaja selesai menyiapkan diri selepas mandi, Ashraf laju menuruni anak tangga rumahnya dan terus menuju ke dapur untuk melihat siapakah tetamu khas yang dibawa oleh mamanya itu.Dia sangat ingin tahu siapa sebenarnya tetamu khas mamanya itu yang diajak makan malam di rumahnya ini.
***
"Mana Ash, Mak Jah? Dia tengah mandi lagi ke? Lauk semua dah siap ni. Tinggal tunggu dia turun jek." tanya Datin Zuraidah kepada pembantu rumahnya itu sambil dirinya sedang menyediakan pinggan-pinggan dan gelas-gelas untuk makan malam."Saya dah panggil dia tadi, Datin. Dia kata lima minit lagi dia turun." jawab Mak Jah.
"Hei, bersiap mengalahkan perempuan anak teruna saya tu." keluh Datin Zuraidah.
"Kesian Ika kena tunggu Ash dulu. Mak Long minta maaf ye Ika. Mesti Ika dah lapar."
"Eh, takdelah Mak Long. Ika ok jek. Ika tak kisah pun." jawab Ika sambil tersenyum.
"Mak Jah masak banyak lauk malam ni tau. Ika kena makan banyak-banyak. Jangan malu-malu tau." Mak Jah menghidangkan nasi dan lauk pauk yang telah dimasaknya di atas meja makan.
"Wah, banyaknya lauk. Buat susah Mak Jah dengan Mak Long jek siapkan semua ni. Rasa bersalah pulak Ika." Ika berasa seronok dapat makan malam bersama-sama di rumah Mak Longnya itu tetapi dalam masa yang sama, dia juga rasa bersalah kerana telah menyusahkan Mak Jah dan Mak Longnya itu dengan terpaksa memasak dan menyediakan semua lauk-lauk kegemarannya.
"Buat apa pulak nak rasa bersalah. Lauk-lauk ni semua memang Mak Jah masak khas untuk Ika. Semuanya memang lauk-lauk yang Ika suka." ucap Mak Jah kepada anak saudara majikannya itu dengan suara yang riang.
"Betul cakap Mak Jah tu Ika. Ika tak payah rasa bersalah pun. Kami ikhlas buat semua ni. Lagipun sekarang, Ika memang dah jadi tanggungjawab Mak Long. Mak Long sayang Ika." Datin Zuraidah ikhlas menzahirkan perasaannya itu. Dia tidak mahu anak saudaranya itu terus-menerus rasa bersalah.
"Oh, jadi nilah tetamu khas mama tu?!" suara yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan mereka bertiga yang berada di dapur lantas menoleh ke arah suara tersebut.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...