"Mak Long, kenapa Ash belum turun lagi? Dia tak nak sarapan ke?" Ika mengajukan pertanyaan itu kepada ibu saudaranya apabila dia melihat kerusi yang berhadapan dengannya di meja makan itu kosong. Selalunya, Ashraf yang akan duduk di situ.
"Entah. Biarlah dia... Suka hati dialah... Dia tak nak pergi kolej kot." ringkas jawapan Mak Longnya itu. Dia tahu, sebenarnya Mak Longnya itu masih marahkan Ashraf dengan apa yang dah berlaku petang semalam. Ini semua gara-gara dirinya. Dia rasa sangat bersalah.
'Ash, Ika minta maaf... Ni semua salah Ika..' luah hatinya itu dengan perasaan kesal.
"Takpelah, Mak Long. Biar Ika yang panggilkan Ash."
"Eh, jangan... Tak payah... Ika tak payah panggilkan dia. Mak Long tak nak nanti dia marah Ika. Biarkan jek dia tu. Nanti, dia turunlah tu." Mak Longnya itu segera melarangnya agar tidak pergi ke bilik Ashraf.
Ika yang baru sahaja berdiri, kembali duduk di kerusinya.
"Ash tu memang ego. Susah nak minta maaf dengan orang lain walaupun dia tahu dia yang salah. Sepatutnya dia kena minta maaf kat Ika pasal hal semalam. Apa yang dia buat tu memang dah melampau. Mak Long minta maaf ya bagi pihak dia..." ucap ibu saudaranya itu dengan muka yang sedih. Mungkin, Mak Longnya itu kecewa dengan sikap Ashraf yang telah pun menghinanya semalam dengan menggelarnya 'anak luar nikah'.
"Mak Long, sebenarnya Ika tak kisah sangat pun pasal semalam tu. Lagipun, memang patut pun Ash marah Ika. Ika tak patut sentuh barang-barang dia. Ika rasa bersalahlah Mak Long." Dia meluahkan rasa bersalahnya itu kepada Mak Longnya.
"Kenapa pulak Ika rasa bersalah? Ika tak salah pun. Ika dah minta maaf, tapi Ash tetap jugak marah-marah Ika. So, dialah yang sepatutnya rasa bersalah sebab dah marah Ika." balas Mak Longnya dengan suara yang tegas.
"Tapi..."
"Dah, tak payah tapi-tapi. Ika sambung makan, habiskan sarapan ni. Dah siap makan nanti, Mak Long hantar Ika pergi kolej." beritahu Mak Longnya itu.
"Mak Long nak hantar Ika? Tapi Mak Long kan kena pergi kerja. Tempat kerja Mak Long jauh dari kolej Ika. Kalau Mak Long hantar Ika, nanti Mak Long terlambat nak pergi kerja..." Ika memberikan alasan. Sebenarnya, dia tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya itu.
"Alah, takpe kalau lambat sikit. Lagipun, Pak Jamal tak dapat nak hantar Ika sebab dia tengah hantar kereta Mak Long yang lagi satu tu pergi bengkel. Dan Mak Long tak akan minta tolong lagi kat anak Mak Long yang ego tu untuk pergi kolej dengan Ika."
"Takpelah Mak Long. Ika tak nak menyusahkan Mak Long. Ika pergi kolej naik basikal jeklah. Boleh exercise sikit." jawabnya secara baik.
"Ika... Mak Long tak kisahlah. Setakat hantar Ika pergi kolej, langsung tak menyusahkan Mak Long pun." Mak Longnya itu masih berkeras hendak menghantarnya ke kolej.
"Mama tak perlu risau. Ash boleh pergi kolej dengan Ika. Macam selalu."
Tiba-tiba ada suara yang mencelah perbualan antara dia dan Mak Longnya itu. Dia dan Mak Longnya serentak menoleh ke arah suara itu.
'Ash...' bisik hatinya. Dia sedikit terkejut dengan kata-kata Ashraf itu.
'Betul ke apa yang aku dengar ni? Ash nak pergi kolej dengan aku? Tapi dia kan masih marah aku?' bisik hatinya lagi.
"Tak payah. Mama boleh hantar Ika." balas Mak Longnya itu kepada Ashraf dengan suara yang dingin.
"Mama... Ash minta maaf... Ash minta maaf pasal semalam. Ash sayang mama..."
Ibu saudaranya itu kelihatan terkejut mendengar ucapan yang baru sahaja keluar daripada mulut Ashraf itu.
"Ash betul-betul minta maaf..." Suara sepupunya itu kedengaran lirih. Dia dapat melihat keikhlasan Ashraf dalam ucapan maafnya itu.
'Alhamdulillah... Maknanya, Ash dah tak marah kat aku lagi.' hatinya melonjak gembira.
***
"Ash, Ash dah tak marah kat Ika lagi kan?" tanya Ika kepada sepupunya itu sambil tersenyum.Ashraf yang sedang memandu keretanya itu hanya diam, tidak menjawab pertanyaan Ika.
Ika hairan melihat sepupunya yang tidak mengendahkan pertanyaannya itu.
'Pelik... Kat rumah tadi ok jek. Macam dah tak marah kat aku lagi. Tapi kenapa sekarang ni, dia tak nak bercakap dengan aku?' bisik hatinya, hairan.
Ika bertambah hairan apabila Ashraf tiba-tiba sahaja memberhentikan kereta di tepi jalan.
"Turun."
"Hah?" mulut Ika ternganga. Dia tidak faham, apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh sepupunya itu.
"Ika nampak kan bus stop kat sana tu?" jari telunjuk Ashraf menunjuk ke arah sebuah pondok menunggu bas yang terletak di seberang jalan.
"Nampak. Kenapa?" tanya Ika yang masih kehairanan.
"Ash nak sekarang jugak Ika turun dari kereta ni, dan pergi duduk kat situ." jawab Ashraf dengan suara yang tegas.
"Hah? Kenapa pulak Ika kena duduk kat situ?" Ika mengerutkan dahinya. Dia tidak faham, mengapa Ashraf mengarahkannya dengan arahan yang sebegitu.
"Ika pergi tunggu teksi kat sana. Nah, duit tambang." Ashraf menghulurkan sekeping duit berjumlah lima puluh ringgit kepada Ika.
"Maksud Ash, Ash nak Ika pergi kolej naik teksi?" Ika inginkan kepastian.
"Ya, cik Syafikah... Sebab tulah Ash turunkan Ika kat sini. Ika ingat, Ash nak sangat ke jadi driver Ika? Hah?! Ika lupa ke apa yang Ika dah buat semalam? Disebabkan Ikalah, Ash kena tampar dengan mama! Ika ingat, senang-senang jek Ash boleh maafkan Ika?!" Ashraf mula meninggikan suara kepada Ika.
"Tapi... Tadi..."
"Kenapa? Ika ingat, bila Ash minta maaf kat mama Ash, tu bermakna Ash dah tak marahkan Ika? Macam tu?" ucap Ashraf dengan suara yang sinis.
"Kenapa Ash susah sangat nak maafkan Ika? Padahal Ika dah minta maaf kat Ash banyak kali! Benci sangat Ash kat Ika kan? Ash beritahu Ika, apa lagi yang Ika patut buat untuk hilangkan rasa benci Ash tu? Beritahu Ika..." balas Ika sambil dia cuba menahan kesedihan di hatinya.
"Jangan bagi Ash tengok muka Ika... Baru Ash boleh hilangkan kebencian Ash ni..." jawab Ashraf dengan suara yang tenang.
Ika terkedu mendengar jawapan sepupunya itu.
"Buat masa sekarang, Ash tak nak tengok muka Ika... So, tolonglah... Kalau Ika tak nak Ash makin benci kat Ika, tolong turun dari kereta ni... Ambil duit ni untuk naik teksi pergi kolej." Ashraf menghulurkan duit yang masih dipegang olehnya itu kepada Ika.
"Ok... Kalau ini jek cara untuk hilangkan rasa benci Ash tu, Ika sanggup naik teksi pergi kolej. Tapi Ika tak nak duit tu. Ika ada duit sendiri. Ika boleh bayar tambang teksi guna duit sendiri. Sebelum Ika turun, Ika nak minta maaf sekali lagi kat Ash... Ika harap Ash dapat maafkan Ika..." balas Ika kepada sepupunya itu. Setelah itu, dia pun segera turun dari kereta Ashraf.
'Melampau sangat ke aku ni? Tapi apa yang dia buat semalam tu lagi melampau. Lagipun aku turunkan dia kat sini pun dah cukup baik. Senang dia nak dapat teksi.' detik hati Ashraf, ragu-ragu dengan apa yang dilakukannya itu.
"Ash tunggu apa lagi? Geraklah. Kan Ash tak boleh tengok muka Ika." sindir Ika kepada Ashraf apabila kereta sepupunya itu masih belum bergerak meninggalkannya.
Sindiran sepupunya itu membuatkan Ashraf nekad dengan keputusannya. Dia tetap akan membiarkan Ika menaiki teksi untuk pergi ke kolej. Lalu, dia pun memandu keretanya itu meninggalkan Ika seorang diri di tepi jalan.
Ika melepaskan satu keluhan berat.
"Sampai hati Ash buat Ika macam ni..." Ika memandang sayu kereta Ashraf yang sudah pun jauh meninggalkannya itu.
Dengan hati yang sedang terluka, Ika berjalan perlahan menuju ke pondok menunggu bas itu. Dia melintas jalan raya yang lengang itu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Sedang dia melintas jalan dengan langkah kaki yang perlahan, tiba-tiba, kedengaran bunyi hon kereta yang kuat datang dari arah kanannya. Ika segera menoleh. Tetapi, sebaik sahaja dia menoleh, dia terus dilanggar oleh sebuah kereta. Lalu, dia pun jatuh rebah ke tanah.
YOU ARE READING
Penjaga Hati
RomanceZaman kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... Dia selalu dihina dan diejek oleh rakan-rakan sebaya disebabkan oleh status dirinya sebagai seorang 'anak luar nikah'. Namun, Syafikah Balqis tetap tabah menjalani hidupnya yang penuh deng...