Bab 6

169 7 0
                                    

Sebaik sahaja Ika melangkah masuk ke dalam Kelas Ekonomi 2, kelas itu sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar degree semester 1 yang baru sahaja selesai mendaftar pagi tadi. Dia segera mencari tempat duduk yang masih kosong. Dia berharap dia akan terus mendapat kawan pada hari pertama dia di dalam kelas itu.

Setelah dia mendapat tempat duduk, dia melihat Ashraf sudah pun berada di dalam kelas itu tanpa sedikit pun memandang ke arahnya. Dia sudah sedia maklum tentang sikap sepupunya yang sebegitu. Selama ini, memang Ashraf tidak pernah ambil peduli tentang dirinya. Walaupun dia selalu diejek oleh budak-budak lelaki ketika di sekolah menengah, Ashraf sama sekali tidak pernah mempertahankannya apatah lagi membantunya. Jadi, wajarlah sekiranya sekarang Ashraf berpura-pura tidak mengenali dirinya. Tambahan pula, dia sudah membuat Ashraf marah dengan kata-katanya tengah hari tadi. Sebenarnya, dia langsung tiada niat untuk menyakitkan hati sepupunya itu. Cuma tadi dia terlalu mengikut emosi sehingga tidak sengaja berkata sedemikian. Dia rasa bersalah dengan apa yang dia sudah lakukan.

Suasana di dalam kelas itu yang sedikit bising dengan suara pelajar-pelajar berubah sepi seketika apabila seorang pensyarah perempuan masuk ke dalam kelas itu.

"Ok, assalamualaikum semua. Nama saya Rashidah Binti Ahmad. Saya merupakan penasihat akademik untuk semua pelajar dalam kelas ni, iaitu pelajar-pelajar Kelas Ekonomi 2. Kamu semua boleh panggil saya Puan Shida. So first of all, saya sangat teruja untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar yang ada kat depan saya ni. Tapi saya tak nak kamu sendiri yang memperkenalkan diri masing-masing. Saya nak kamu semua cari seorang rakan dan rakan kamu itu yang akan memperkenalkan diri kamu di hadapan kelas dan begitu juga sebaliknya. Boleh?"
Puan Shida yang merupakan penasihat akademik kelas itu memperkenalkan diri.

"Boleh!" Pelajar-pelajar menjawab dengan bersemangat.

Mereka mula mencari rakan untuk memperkenalkan diri sesama mereka.

"Hai, nama saya Fifi Aulina. Awak?"
Seorang pelajar perempuan berkaca mata dan berambut tocang menegur Ika dan memperkenalkan dirinya.

"Hai, saya Syafikah Balqis. Boleh panggil saya Ika." Ika sangat teruja apabila ada pelajar yang sudi menegurnya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan pelajar perempuan itu. Fifi Aulina pun segera menyambut huluran tangan Ika.

"Ika boleh panggil saya Fifi. Saya tak pandai cari kawan sangat sebab tak ramai orang yang sudi nak kawan dengan saya. Tapi kalau Ika sudi kawan dengan Fifi, Fifi happy sangat."

"Mestilah sudi. Ika pun happy kalau dapat kawan dengan Fifi. Sebab Ika pun tak pandai cari kawan jugak. Nasib baik Fifi tegur Ika, kalau tak mesti Ika masih terpinga-pinga nak cari kawan." Ika tersenyum gembira kerana sudah mendapat kawan pertama pada hari pertamanya di kolej.

Setelah selesai sesi ice-breaking, Puan Shida selaku penasihat akademik menerangkan sedikit sebanyak tentang subjek-subjek yang bakal diambil oleh pelajar-pelajar Kelas Ekonomi 2. Kemudian kelas ditamatkan setelah semua penerangan selesai pada petang itu.












***
Kelihatan sebahagian daripada pelajar Kolej Sinaran Bintang sudah balik ke asrama dan rumah masing-masing setelah kelas mereka tamat. Hanya Ika dan beberapa orang pelajar sahaja yang masih lagi menunggu di kawasan kolej untuk dijemput pulang oleh ibu bapa masing-masing. Selain itu, ramai juga pelajar yang membawa kenderaan sendiri dan sudah pun pulang ke rumah.

"Papa Fifi dah sampai tu, Ika nak tumpang sekali tak? Fifi boleh tolong hantarkan Ika balik rumah." Pelawa Fifi kepada rakan barunya itu sebaik sahaja dia melihat kereta Vios bapanya memasuki perkarangan kolej. Dia sungguh tidak sangka, walaupun baru sahaja berkenalan dengan Ika, tetapi dia sudah rasa sangat selesa berkawan dengan gadis itu.

"Takpelah Fifi. Ika tunggu mama Ika. Kalau Fifi nak balik dulu, baliklah.. Ika tak kisah pun." Ika menolak pelawaan Fifi secara baik. Dia tidak mahu menyusahkan rakannya itu.

"Ok, kalau macam tu Fifi balik dulu tau.. Jumpa esok, bye!"

"Ok, bye!" Mereka saling melambai tangan sebelum Fifi menaiki kereta bapanya lalu meninggalkan perkarangan kolej.

Ika pula setia menunggu kedatangan mamanya untuk menjemputnya pulang ke rumah.












***
Puan Zarina sedang sibuk menyiapkan tugasan kerja yang diberikan oleh majikannya di pejabat. Sehinggakan dia tidak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia baru sahaja teringat yang dia perlu menjemput Ika di kolej.

'Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ni. Mesti Ika dah lama tunggu. Kesian dia.' hatinya mula risau dan serba salah.

Lantas dia terus meminta izin kepada majikannya untuk pulang ke rumah setelah dia selesai menyiapkan semua tugasan kerjanya itu. Setelah majikannya membenarkan dia pulang, dia laju menuju ke kereta dan dengan segera menghidupkan enjin kereta lalu memecut meninggalkan kawasan bangunan pejabatnya itu.












***
"Wow Ash! Kereta baru nampak! Alah ruginya aku bawa Y-suku hari ni. Kalau tak, dapat aku merasa naik kereta baru kau ni." Azray teruja melihat kereta Audi keluaran terbaharu sahabatnya itu.

"Well, hadiah dari mama aku sempena aku dah dapat lesen." jawab Ashraf dengan gayanya yang sedikit berlagak.

"Jomlah malam ni kita lepak kat tempat biasa, naik kereta aku ni. Amacam?"

"Ok, cantik!" Laju sahaja Azray bersetuju dengan cadangan Ashraf itu. Tetapi Rizal pula menolak ajakan sahabatnya itu.

"Malam ni aku tak boleh lah. Ada hal sikit." Rizal memberi alasan.

"Alah, hal apa pulak ni? Penting sangat ke hal tu sampai kau tak boleh nak join kitorang? Kalau kau tak join, tak best lah Riz.. Jomlah, malam ni aku yang belanja." Azray bersungguh-sungguh memujuk Rizal supaya rakannya itu bersetuju untuk turut serta melepak di sebuah kelab malam mewah yang sudah menjadi port kebiasaan mereka berhibur.
Mereka selalu melepak di kelab malam itu untuk sekadar menari dan bermain snooker tanpa memesan minuman keras.

"Entah kau ni Riz.. Mana boleh kalau kau tak join, aku dah janji tau nak kalahkan kau main snooker." Ashraf juga turut memujuk rakannya itu.

"Ok, fine. Aku join. Tapi aku tak boleh lama sangat tau." Akhirnya Rizal terpaksa juga bersetuju setelah dipujuk oleh rakan-rakannya itu.

"Ok, baiklah Encik Cinderella. Encik Cinderella nak balik pukul berapa? 12 malam? Baiklah, patik sudi hantar Encik Cinderella balik rumah tepat pukul 12 malam." Azray memerli Rizal dengan gurauannya lantas mereka bertiga pun saling ketawa serentak.













***
Jalan raya pada petang itu sangat sesak dengan kenderaan. Traffic light dari tadi hanya menyalakan lampu merah. Puan Zarina sudah gelisah menanti. Dia harus segera sampai di kolej anaknya. Anaknya itu pasti sudah menunggunya terlalu lama. Setelah hampir 20 minit dia terperangkap dalam traffic jam, akhirnya lampu trafik menunjukkan warna hijau dan dia pun dengan segera terus memecut laju keretanya.

 Setelah hampir 20 minit dia terperangkap dalam traffic jam, akhirnya lampu trafik menunjukkan warna hijau dan dia pun dengan segera terus memecut laju keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penjaga HatiWhere stories live. Discover now