AIRIL'S ANGEL 38 | rumah.
"Dah siap solat dah?" Atiqah yang baru di muka pintu bilik tetamu itu hanya tersenyum manis sambil menggangukan kepala.
"Meh sini Mak Tijah nak bagi kamu baju sikit ni. Nanti kalau kamu dah balik rumah kamu terus mandi tukar baju. Paham?" baju yang berada di dalam kotak-kotak itu dipandang oleh Atiqah.
"Mak Tijah ada anak perempuan ke? Mana dia saya tak nampak pun. Tadi saya nampak anak Mak Tijah yang lelaki tu je" soalan yang Atiqah ajukan membuat Mak Tijah mengukir senyuman tawar sambil tanggannya masih ligat mengalihkan beberapa baju yang ingin diberi kepada Atiqah.
"Anak Mak Tijah dah meninggal dua tahun lepas sebab lemas mandi sungai" serentak tangan Atiqah menepuk perlahan belakang badan Mak Tijah.
"Innalillah. Atiqah mintak maaf Mak Tijah, Atiqah tak tahu"
"Tak apalah nak. Mak Tijah tengok kamu ni pun dah macam anak Mak Tijah dah walaupun baru kenal kan. Anak Mak Tijah tu pun baya-baya kamu ni je" di akhir percakapan terselit tawa kecil milik Mak Tijah yang kedengaran hambar. Hanya untuk menunjukkan bahawa Mak Tijah sudah menerima kepergian anak perempuanya dua tahun lepas
"Yang kamu ni asal mana? Macam mana boleh sampai kampun Mak Tijah tak bawa apa-apa?" bertalu-talu soalan yang Mak Tijah berikan, Atiqah hanya menjawab dengan sengihan seperti kerang busuk.
Tidak bersedia lagi untuk menjawab soalan yang Mak Tijah ajukan. Bukan kerana tidak mempercayai wanita separuh abad itu, tetapi belum tiba waktunya Mak Tijah ketahui apa yang berlaku semalam.
Mak Tijah memandang Atiqah yang tersengih. Paham lah wanita itu bahawa Atiqah belum mahu menjawab soalan yang dia ajukan.
"Assalamualikum Jah. Abang dah balik ni" belum sempat Mak Tijah bertanya soalan lain, kedengaran Pak Samad memberi salam dari luar.
"Kamu tunggu sini dulu. Mak Tijah nak tengok Pak Samad kamu tu. Nanti kita sambung lagi kemas baju ni" pamit Mak Tijah. Atiqah menghantar pemergian Mak Tijah melalui ekoran mata sahaja.
Baju yang masih berada di rak dipandang, perlahan tangan Atiqah mengambil satu persatu baju dan disusun ke dalam kotak yang Mak Tijah letakkan sebentar tadi.
Sementara Mak Tijah melihat Pak Samad biarlah Atiqah menyambung sedikit supaya tidak tergendala begitu saja kerja mengemas baju.
___
"Iskandar! Tolong Atiqah angkat baju-baju ni. Hantar pergi rumah dia"
"Eh tak payah lah Mak Tijah. Saya boleh angkat sendiri ni. Takpe" Atiqah tidak mahu menyusahkan Iskandar anak lelaki Mak Tijah pula. Sudah lah dia datang tidak dijemput.
Lalu, Mak Tijah sudah memberi dia baju dan telekung. Tak akan sekarang diaahu menyusahkan anak lelaki Mak Tijah pula. Segan.
"Alah tak ada apa lah Atiqah. Daripada si bujang tu duduk terperap dalam bilik, lagi bagus dia tolong kamu angkat ni hah kotak-kotak semua. Iskandar dengar tak Mak panggil ni!?" Iskandar pantas keluar dari biliknya sambil menyarung baju t-shirt berlengan pendek dipadankan dengan seluar track adidas.
"Kejap mak. Is datang lah ni"
"Datang pun ingat dah pekak dah telinga tu. Ni kamu angkat semua kotak ni. Jangan bagi Atiqah yabg angkat" Atiqah hanya tersenyum memandang Mak Tijah mengeluarkan ceramah kepada anak lekakinya.
Masih tidak lagi wanita separuh abad itu mengeluarkan bebelan kepada Iskandar yang hanya terperap di dalam bilik.
"Bukan orang tak nak kerja mak. Orang dah apply dah kerja dekat Kuala Lumpur tu. Tapi dia orang tak balas lagi e-mail" balas Iskandar sambil tangan lelaki itu dengan mudah mengangkat tiga kotak yang mengandungi baju yang diisi dengan baju yang Mak Tijah beri kepada Atiqah.
"Alah kau tak apayh nak membongak! Abang kau tu pun sebelum dapat kerja ha sebelum kahwin dengan akak Nur kau tu, elok je dia kerja kedai runcit dulu. Kau ni yang memilih" pantas tangan Mak Tijah menarik telingan Iskandar yang sedang mengangkat kotak-kotak.
"Sakit lah mak..." dengan meleret Iskandar berkata. Boleh tahan tarikan telinga yang mak dia beri.
Apa kes dia ada Master dalam bidang architecture tapi bekerja di kedai runcit? Kalau abang. Dia Isaac memang lah sebab abang dia tidak memilih!
Walaupun, Isaac ada PhD dalam bidang perubatan dan sekarang sudah menjadi seorang pakar bedah buah pinggang. Itu semua adalah semangat yang diberi oleh Kak Nur isteri abang Isaac sendiri.
Kak Nur yang menasihati abang Isaac supaya berlajar bersubgguh-sungguh. Dan wanita itu yang sentiasa berada di sisi abang Isaac walaupun abang Isaac di dalam kesusahan.
"Dah pergi hantar semua baju ni"
"Saya balik dulu ya Mak Tijah" tangan dihulur untuk menyalami Mak Tijah. Lalu, tangan wanita itu dicium oleh Atiqah.
Iskandar yang telah melangkah laju dihadapan, Atiqah mengejar dengan berjalan sedikit laju.
"Ni Is letak luar je ya? Nanti Atiqah angkat sikit-sikit bawa masuk. Boleh?" sampai sahaja di hadapan pintu rumah Atiqah yang masih tertutup Iskandar cepat memulakan percakapan.
"Eh.. tak apa ni awak dah tolong angkat sampai sini pun tak kira bersyukur dah saya. Kalau ikutkan sayya boleh je angkat sendiri tapi Mak Tijah tu yang tak bagi. Katanya orang meng-" pantas percakapan Atiqah terhenti apabila tersedar dari keterlanjuran percakapan.
"Kalau Mak Tijah tanya ni kamu jangan marah ya" tangan Atiqah yang sedang melipat beberapa seluar track terhenti seketika mmendengar pertanyaan Mak Tijah.
"Tak perlu lah Mak Tijah nak minta izin kalau nak bertanya pada saya. Apa soalan Mak Tijah tu?" senyuman masih lagi tidak lekang di bibir Atiqah.
"Sebenarnya, Mak Tijah tahu yang kamu ni dah berbadan dua kan?" senyuman di wajah Atiqah perlahan mengendur bersama tangan yang berhenti melipat baju.
Atiqah memandang wajah Mak Tijah yang sudah dimamah usia dengan pandangan tidak percaya. Bagaimana Mak Tijah tahu sedangkan dia tidak pernah beritahu hal itu kepada Mak Tijah mahupun Pak Samad.
"Jangan terkejut. Mak Tijah tahu sebab Mak Tijah dulu adalah bidan dekat kampung ni. Jadi Mak Tijah tahu kalau orang tu berbadan dua hanya tengok dari postur badan dia" Atiqah sudah mati kata ingin menjawab soalan Mak Tijah.
Haruskah Atiqah memberi tahu hal yang sudah berlaku?
"Saya sebenarnya sudah berkahwin pun Mak Tijah" jadi benar tekaan Mak Tijah kepada gadis di hadapan dia ini. Dengan berbadan dua gadis ini sangat bahaya jika tinggal berseorangan.
"Tak apa nak. Mulai sekarang biar Mak Tijah saja yang tengokkan kamu kalau ada apa-apa terjadi. Tapi hanya satu pesan Mak Tijah
Kalau kamu ada masalah dengan suami kamu bincang elok-elok. Jangan bawa diri macam ni. Tak elok. Bahaya untuk diri kamu dan bayi kamu ni hah" pesanan Mak Tijah diterima dengan hati yang terbuka. Mungkin nanti pada saat hatinya sudah terbuka baru Atiqah akan pulang ke dakapan Airil.
"Meng apa Atiqah?" terhenjut bahu Atiqah mendengar suara Iskandar.
"Ha.. apa kaki saya ni membengkak sikit tu yang tak boleh angkat bawa benda berat" bohong Atiqah.
___
[#1080words]Next chap:-
"Lepaskan lah Airil! Isteri you yang lari kan! Kenapa you nak buat macam ni dekat I pula!?"
All vote and comment motivate me ;)
vote | comment | follow me
on wattpad and instagram;")
Sabtu, 13th March 2021
10PM
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...