AIRIL'S ANGEL 42 | muka sebenar
"Alhamdulillah. Selesai sudah kita solat ya. Mari Airil dan Syakir, kita pergi ruang tamu. Ada benda yang Imam nak bincang sedikit. Rizki nak ikut atuk tak?" Airil dan Syakir hanya mengganggukkan kepala. Sejadah dilipat dua.
Selesai sahaja mereka siap makan, terus Imam Ali ajak mereka untuk solat bersama. Katanya nanti senang kalau sudah selesai solat.
Airil sejak tadi hanya persoalan bermain dimindanya. Siapa budak perempuan yang bernama Rizki tu. Apa hubungan dia dengan Imam Ali sekeluarga? Kenapa Imam Ali membahasakan dirinya sebagai 'atuk' ketika berbicara dengan Rizki sebentar tadi.
Airil meenjadi malas ingin memikir hal itu lagi. Lagipun, dia tiada kena mengena dengan budak perempuan itu. Bahkan, menyentuh budak perempuan itu pun tidak pernah. Kerana Aiirl tidak mahu teringat kepada isterinya dan anaknya yang sudah entah kemana.
Takut air matanya gugur, jika diingat tentang dua insan yang amat dia sanyangi itu disini.
"Sakit gila"
Sesampainya di ruang tamu, pantas tangan Airil menjitak perlahan kepala Syakir yang sudah duduk di atas sofa sebelum dijemput. Malah, Imam Ali pun belum melabuhkan punggung di atas sofa.
Imam Ali hanya tertawa perlahan apabila melihat karenah Airil dan Syakir sejak sebelum mereka menjamu makanan lagi.
Airil sudah terlihat seperti seorang bapa keada Syakir yang kelihatan seperti budak-budak itu.
"Ada-ada je kamu berdua ni" kepala digeleng-gelengkan perlahan.
Rizki yang berada di atas pangkuan Imam Ali hanya melihat perbuatan Airil dan Syakir sejak tadi.
'Macam best je apa yang uncle tu buat. Esok boleh try ni dekat kawan school nanti' kata hati Rizki perlahan sambil tersenyum tanpa disedari siapa pun.
"Apa yang Imam nak bincangkan tu" kata Airil sambil merebahkan punggung di sebelah Syakir setelah melihat Imam Ali duduk di atas sofa berhadapan dengan mereka.
Imam Ali menjadi gelisah di dalam hati. Patukah dia kata pada Airil tentang hajatnya yang satu itu?
Tangan Imam Ali mengusap lembut kepala cucunya Rizki dengan penuh kasih sayang. Imam Ali cuba untuk mengumpul segala kekuatan yang ada di dalam dirinya. Kerana apa yang bakal dia ucapkan ini melibatkan masa hadapan keluarganya dan yang paling penting
Rizki.
"Kamu mahu menjadikan Siti sebagai isteri kamu?" Imam Ali mengucapkan ayatnya itu di dalam satu nafas. Dia turut melihat riak wajah Airil yang berubah drastis itu.
"Apa maksud Imam Ali?" soalan yang diajukan oleh Imam Ali dibalas dengan soalan oleh Airil. Tidak mahu jika dia tersalah dengar apa yang Imam Ali tanya sebentar tadi.
Dia tidak salah dengar.
Kan?
Kahwin dengan Siti?
Kahwin?
Siti?
Habistu bini aku nak campak mana?
"Saya tak setuju!" bantah Syakir yang duduk di sebelah Airil. Syakir pasti Airil juga tidak akan menerima hajat yang Imam Ali minta itu.
Syakir yakin sangat!
Sebab dia sudah membeli confident dari shopee! Kau apa tau.
Pada awalnya dia turut ternganga apbila mendengar jelas apa yang Imam Ali katakan. Namun setelah melihat Airil yang seakan mempertimbangkan keputusan yang bakal di buat, pantas dia membantah dengan keras.
Airil sudah mempunyai isteri dan anak. Walaupun Imam Ali tidak tahu, sekarang dia akan memberi tahu kepada lelaki itu.
"Kenapa pula?" tanya Imam Ali dengan nada lembut. Yelah tak akan dia mahu menengking sahabat Airil pula kerana membantah. Mungkin Syakir ada sebab yang dia tidak tahu.
"Kalau Airil kahwin dengan Siti. Isteri pertama Airil nak campak mana?" kata Syakir selafas. Kalau Airil menyetujui perkahwinan ini, dia akan merajuk dengan Airil selama setahun.
"Tak apa, Siti sanggup bermadu" serentak dengan itu semua mata tertuju kepada Siti yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang tamu. Syakir menunjukkan muka benggangnya kepada Siti. Tidak tahu malu kah anak imam Ali ni?
Sudahlah dia kata semua itu di hadapan ayahnya sendiri. Ternyata semu sangkaan Syakir kepada Siti adalah salah.
Syakir ingatkan Siti adalah sosok seorang gadis yang pemalu dan bersopan santun. Namun kini segala tanggapan itu automatik ditepis oleh dirinya sendiri apabila melihat pernhai sebenar Siti.
"Saya sanggup buat semua ini hanya untuk anak saya" Airil tergamam apabila Siti mula melibatkan nama Rizki di dalam hal ini.
___
"How your first day at new school honey?" tanya Atiqah lembut kepada anaknya yang baru sahaja masuk ke dalam kereta. Aiman menyambut huluran tangan Atiqah da menyium lembut tangan sang ibu dengan gembira.
"Best! Aiman ada banyak new friend!" tangan Atiqah pantas menggosok kepala Aiman perlahan. Menyalurkan rasa kasih sayang kepada anaknya.
"That's sound great!" ucap Atiqah dalam nada gembira apabila mendengarkan kata-kata Aiman. Dia sangat bersyukur apabila Aiman senang bergaul dengan rakan-rakan baru dan mudah selesa dengan persekitaran yang baru.
Bukan semua kanak-kanak sebaya dengan Aiman yang dapat menyelesakan diri kepada persekitaran baru dengan cepat.
"Ibu tengok tu! Tu pun kawan baru Aiman tadi masa dekat dalam kelas" jari Aiman ditundingkan kepada seorang budak perempuan yang ingin melintas jalan bersama dengan ibunya. Mungkin?
"Comelnya. Siapa nama dia sayang?" soal Atiqah lembut kepada Aiman. Pandangan Atiqah teralih dari budak perempuan yang memakai tudung sarung itu sambil tangan dipimpin oleh ibunya.
"Nama dia macam pelik lah ibu" Atiqah terus memandang anaknya dengan tatapan pelik.
Tak pernah-pernah Aiman cakap macam ni. Pelik sangat ke nama budak perempuan yang comel tu?
Nama dia
Handy Sanitisha ke?
Curina ke?
"Apa nama dia sayang?"
"Rizki. Pelik kan nama dia ibu. Macam lelaki" pantas menepuk dahinya sendiri setelah mendengar jawapan dari Aiman. Dia ingatkan pelik sangatlah nama budk perempuan tu.
Cuma nama macam lelaki je hm.
"Sayang, nama Rizki tu boleh guna untuk perempuan dan lelaki. Sama juga macam nama Iman lelaki perempuan boleh guna" terang Atiqah panjang lebar. Harap lepasni Aiman tak adalah cakap nama orang pelik lagi ya.
07082021,
Sabtu,
2029.
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...