AA | 31

6K 241 15
                                    

AA 31 | Disneyland

"Abang harini kita nak pergi mana?" soal Atiqah sambil melihat wajah suaminya yang sedang melihat panorama yang berada di luar jendela.

Sekarang mereka sedang menetap di Marriott's Village d'ile-de-Frence. Hotel yang terkenal di kawasan mereka menetap di Romainvillers, Peranci . Dengan dekorasi kawasan hotel yang modern jadi tidak mungkin hotel itu tidak terkenal.

"Abang?!" panggil Atiqah sedikit kuat. Orang panggil dia lagi termenung. Sabarlah wahai hati.

"Ha? Ya sayang?" soal Airil balik. Nampaknya soalan yang diajukan oleh Atiqah dibalas dengan soalan juga.

"Abang fikir apa ni?" soal Atiqah lagi. Yelah suaminya itu termenung seperti memikirkan sesuatu saja. Tak akan tak tanya pula? Buatnya si Airil sedang memikirkan tentang perempuan lain?

"Abang terfikir pasal malam tadi" jawapan Airil membuatkan Atiqah merona merah. Malam tadi adalah perkara yang  sangat memalukan dirinya. Semakin terimbau pula.

"Abang ni janganlah! Eish!" marah Atiqah dengan menahan malu yang semakin kemuncak.

"Apa jangan-jangan? Sayang bukanya buat salah pun. Sayang cuma bagi hak abang kan" jawab Airil lalu menarik pinggang milik isterinya untuk dipeluk seketika. 

Waktu-waktu sebegini sahaja dia boleh bermanja-manja bersama dengan isteri yang tersayang. Nanti sudah pulang Malaysia tidak tahu bila lagi dia dapat bermanja-manja dengan isterinya yang tercinta ini.

Sebaik sahaj pulang pasti dia akan sibuk dengan segala urusan kerja di perjabat.

"Tau lah. Tapi janganlah ungkit-ungkit. Sebenarnya saya nak tanya abang ni. Harini kita nak pergi mana?" Tanya Atiqah sambil menahan sehabis baik rasa malu yang bertandang di dalam jiwanya.

"Abang rasa kita akan pergi Disneyland harini. Lagipun Disneyland bukannya jauh sangat dari sini kan? Ha nanti pack semua barang sekali. Malam nanti kita tidur hotel lain pula. Hotel tu dekat dengan destinasi kita yang seterusnya. Okay?" terang Airil panjang bagi menjawab pertanyaan sang isteri yang amat tercinta.

"Disneyland? Wah tak sabarnya! Sekejap saya nak pergi bersiap sekejap tau. Sekejap je" lantas itu Atiqah berlari ke arah laguage yang diletak ditepi almari. Mencari baju yang sesuai untuk dipakai.

___

"Abang jom naik benda tu!" Atiqah menunjuk ke arah roller coaster yang terletak di hadapan mereka sekarang ini. Sambil-sambil itu Atiqah memeluk erat lengan kekar milik Airil.

Dia diarah sebenarnya.

Airil kata takut Atiqah sesat pula nanti. Atiqah sangat dilayan seperti seorang puteri.

"Tak mahu lah sayang. Abang takut sayang muntah pula nanti naik roller coaster. Sudah lah benda tu berpusing-pusing abang yang tengok pun naik pening" Atiqah mencebik. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia merasa menaiki roller coaster.

"Alah bolehlah abang" Atiqah menggoncang tangan Airil dengan berharap Airil mahu membenarkannya menaiki roller coaster yang amat menakutkan.

"Yelah... Jom beratur dulu" 

"Yeay! Sayang abang!"

"Uwekk... Uwekk" Airil memicit tengkuk milik Atiqah supaya wanita itu dapat muntah dengan senang.

"Itulah pasal, abang dah cakap jangan naik. Degil. Ha inilah balasan ingkar cakap suami" Airil membebel sambil meneruskan urutan.

Selepas sahaja mereka turun dari roller coaster yang Atiqah ingin naiki, wanita itu terus belari pergi ke tandas. Nasib baik sempat dikejar oleh Airil. Kalau tak sia-sia saja wanita itu hilang. Badan sudah lah seperti budak sekolah. Kang diculik sudah satu hal.

"Dah jom balik" ajak Airil sambil melihat Atiqah yang sedang mengelap mulutnya bagi menghilangkan sisa muntah.

"Tak nak. Saya nak pergi tengok Tree House. Tadi masa sebelum kita naik roller coaster saya ada nampak ada tulisan Tree House. Jom pergi sana abang" Atiqah memandang muka Airil yang merenungnya tajam.

"Sayang kan sakit. Lain kali kita pergi lah sini lagi. Sayang boleh main semua permainan masatu. Tapi sekarang kita bertolak ke Champ de Mars dulu ya. Nanti kita boleh pergi tengok Eiffel Tower. Orang cakap Eiffel Tower malam-malam cantik sangat" Airil memujuk Atiqah dengan cara halus.

Dia tahu Atiqah sememangnya mahu pergi ke Eiffel Tower sejak dulu lagi.

"Tak nak!" Bantah Atiqah lagi. Memang keras kepala wanita ini. Sudah muntah-muntah pun masih tidak mahu pulang.

Bahkan mahu mengajak sang suami pergi ke tempat lain pula tu.

"Saya tak nak balik lah awak. Dah lah masuk sini mahal-mahal lepastu nak balik macam tu je. Tak mahi lah! Membazir!" Tambah Atiqah lagi dengan membantah ajakan Airil.

"Abang boleh bawa sayang pergi Tree House tu. Tapi, no more roller coaster after this. Deal?" Airil mengeluarkan jari kelingkingnya sebagai tanda pinky promise.

Dia tahu bahawa Atiqah sangat berpegangang pada janji. Jika wanita itu sudah berjanji pasti dia akan menepati perhjanjian yang disetujui.

"Yeah. I will okay? Jadi, jom pergi Tree House" Atiqah lantas menarik tangan kekar milik Airil supaya lelaki itu berjalan dnegan lebih cepat.

"Perlahan-lahan jalan tu sayang. Kenapa laju sangat ni? Tree House tu tak lari pun sayangku" hampir-hampir saja Airil tersandung akibat tarikan Atiqah yang amat laju.

"Tak boleh lambat! Nanti orang ramai!" Airil tersenyum melihat karenah Atiqah yang terlalu gembira kerana dapat memasuki Tree House yang dipuja-puja sebentar tadi.

___

"Abang! Tengok tu abang!" Atiqah menunjukkan ke arah sebuah awan yang berbentuk hati. Atiqah tersenyum riang apabila awan itu tidak rosak bentuknya walaupun dilanggar sebuah kapal terbang.

Airil melihat ke arah yang ditunjukkan oleh isterinya sebentar tadi. Dia turut tersenyum.

Mereka kini sedang dalam perjalanan ke Champ de Mars dimana disana adalah kawasan yang dekat dengan Eiffel Tower.

Sekarang sudah pun menjangkau ke 7p.m. dan langit sudah bertukar warna keperangan. Such a beatiful views.

"Awan tu tak cantik pun abang tengok. Tapi, isteri abang lagi cantik dari awan tu" tersipu-sipu Atiqah menahan malu kerana kata-kata suaminya itu.

"Ada-adalah awak ni!" Marah Atiqah. Airil memandang seketika Atiqah yang duduk di sebelahnya sambil tersenyum kecil. Lalu, dia kembali memfokuskan ke arah pemanduannya.

Accident pula kang!

Pada Atiqah pula, bila Airil memuji dirinya pasti lelaki itu mahu meminta sesuatu. Bukan dia tidak tahu bahawa  suaminya itu suka mengambil kesempatan.

"Abang tadi dekat Disneyland tu best sangat! Lain kali kita pergi lagi tau" ajak Atiqah. Siapa tahu balik sahaja dari Perancis dirinya sudah hamil?

Dapatlah mereka datang lagi ke Perancis bersama dengan Airil's junior. Tak begitu?

"Boleh tapi kita kena dapat Airil's junior dulu baru kita boleh datang sini lagi. Baru best nanti. Dapat teman Airil's junior main permain dekat taman tema di sini" ah Airil seperti tahu saja apa yang terlintas di minda Atiqah sekarang ini.

Memahami betul.

____

[#1020words]

Vote | Comment | Follow


Airil's AngelWhere stories live. Discover now