Sampai sahaja di hadapan pintu bilik mereka Atiqah mendengar suara Airil memanggil dirinya.
"Atiqah.." suara Airil kedengaran amat sayu ketika itu. Atiqah terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Ya saya, ada apa awak panggil saya ni ? Awak nak minum air ke awak nak pergi ke tandas ?" Tanya Atiqah selepas dia berada di hadapan Airil.
"Tak.. aku cari kau, aku takut kau tinggalkan aku.. aku takut.. " Airil kelihatan cemas apabila dia membuka mata sebentar tadi dan Atiqah tiada di sisinya. Airil juga cuba untuk duduk. Tetapi, dihalang oleh Atiqah.
"Eh.. eh.. awak jangan bangun. Awak kena rehat.. Airil, awak jangan risau saya ada dekat sini.. saya tak akan tinggal kan awak. Awak jangan risau okay ?" Atiqah cuba menenangkan Airil yang kelihatan makin cemas.
Atiqah terus membuat keputusan untuk baring di sebelah Airil. Selepas sahaja dia berbaring di sebelah Airil, lelaki itu terus menarik dirinya kedalam perlukan hangat nya. Atiqah yang tidak menjangka perbuatan Airil itu terkedu.
Dengan perlahan-lahan Atiqah membalas pelukan Airil. Lalu, belakang badan Airil diusap-usap sama juga dengan rambutnya di elus lembut oleh Atiqah. Dia cuba untuk menenagkan Airil.
"Kenapa pakai tudung ? Bukalah.. bukan nya ada orang lain pon dekat sini" kata Airil selepas sahaja perlukan di leraikan oleh Airil sendiri.
Dengan teragak-agak dia membuka tudung sarung yang dipakai oleh nya dan terserlah rambut nya yang diikat sanggul.
Tangan Atiqah ingin membuka ikatan rambutnya namun dihalang oleh Airil. Kerana Airil ingin membuka ikatan sanggul itu dengan tangannya sendiri.
Airil terus mengelus rambut panjang Atiqah.
"Err... Airil... saya nak tanya sikit boleh ? Tapi janji awak jangan marah saya" kata Atiqah. Dia berasa gugup untuk menyatakan tentang rawatan penyakit yang dialami oleh Airil sekarang.
"Tanya jelah. Aku tak marah pun" balas Airil lalu mendakap kembali tubuh Atiqah dengan lebih erat daru sebelum nya.
"Err.... awak kan sakit bipolar... jadi... awak nak tak ambil rawatan untuk penyakit awak ?" Airil terus meleraikan pelukan apabila mendengarkan kata-kata Atiqah sebentar tadi.
Dia merenung tajam wajah yang berada di hadapan nya itu. Seperti mahu terkam saja. Sementara Atiqah, menunduk takut dengan pandangan yang diberi oleh lelaki itu sekarang.
"Ouh, nanti kalau aku jalankan rawatan senang lah kau nak lari. Ye lah, mesti aku duduk dekat hospital 'mental' kan? ?" Tuduh Airil secara melulu.
"Tak.. tak.. saya tak tinggalkan awak pon. Rawatan awak tak perlu duduk sana pon. Betul. Saya tak tipu " kata Atiqah cuba untuk menstabilkan keadaan ketika itu.
Kerana dia merasakan sepertinya kemarahan Airil ingin meletus pada bila-bila masa sahaja. Jadi, dia harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya emosi Airil tetap di dalam keadaan yang terkawal.
"Tak nak. Benda yang kau panggil sebagai 'rawatan' tu boleh membuatkan aku menjadi lebih gila kau tahu. Lagipun, yang akan menghadap doktor psikologi tu nanti aku bukan kau. Jadi, kau jangan nak menyebok dengan hal aku. Cukup yang kau tahu yang kau tu milik aku. Fullstop. " bantah Airil.
"Airil saya janji saya teman awak semasa awak menjalani rawatan tu Airil. Saya janji. Tolong lah sekali. Sekali saja, percaya pada pada saya ?" Pujuk Atiqah lagi atau lebih tepat rayu Atiqah lagi.
Airil terus bangun dan bergerak ke arah bilik air dan dia berhenti sebentar di muka pintu kamar mandi.
"Biar aku pikir-pikirkan dulu" kata Airil pendek lalu dia melangkah masuk ke dalam kamar mandi.
'Ya Allah, ya tuhanku kau bukakan lah hati Airil untuk menjalani rawatan psikologi untuk merawat penyakit 'bipolar' yang di alami oleh dia Ya Allah. Aku sanggup membuat apa-apa sahaja supaya dia mahu untuk melakukan rawatan itu Ya Allah. Amiinn' doa Atiqah di dalam hati.
Dia sungguh berharap supaya Airil mahu melakukan rawatan itu.
Atiqah mula tersenyum apabila dia mendapat satu idea yang amat bernas baginya.
'Apa kata, aku bagi dia tawaran kalau dia nak buat rawatan tu aku akan kahwin dengan dia secepat mungkin' dia sanggup membuat apa-apa sahaja !
Atiqah mula melelapkan matanya. Kerana, dia berasa amat ngantuk ketika itu. Selalunya, jarang dia tidur pada waktu-waktu seperti sekarang ini.
_______
Airil melangkah keluar dari kamar mandi dengan hanya mengenakan tuala yang melilit pinggang hingga ke paras bawah lutut.
Dia melihat ke arah sekeliling mencari Atiqah. Lalu matanya jatu ke arah seorang wanita yang sedang berbaring di atas katil. Ya, itu Atiqah.
Dia terus melangkah ke arah birai katil lalu melihat wajah polos Atiqah yang sedang enak dibuai mimpi. Airil mencapai comfortener yang berada di paras pinggang ditarik perlahan sehingga paras bawah bahu Atiqah.
Airil melabuhkan ciuman pada ubun-ubun Atiqaah buat beberapa saat. Atiqah seakan terganggu di dalam tidurnya apabila Airil mencium ubun-ubun miliknya.
'Aku akan pikir tentang rawatan tu' ujar Airil di dalam hati. Dia akan memikir masak-masak(?).
__________
"Kau tak nak cari Atiqah ? Kau tahu tak ? Dia hilang macam tu saja ! Sudahlah batang hidung kakanya pun aku tak namapak. Dah dekat 3 bulan kita tak jumpa dia langsung ! Dia menghilang macam tu saja ! Dia kawan kita... Tolong lah Syuhadah.. kita lapor dekat polis pasal kehilangan Atiqah ?" Kata wanita bertudung itu sambil membetulkan cermin mata bulat miliknya supaya tidak terjatuh.
"Ya, aku tahu Husna. Tapi, kita tiada bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa Atiqah dan kakak dia hilang. Setakat rumah dia kosong tiada orang tu bukan bukti. Siapa tahu mereka pindah ?" Balas Syuhadah untuk menenangkan kawannya seorang itu.
"Tolong Syuhadah. Kita cari mereka. Aku rindu Atiqah. Aku rindu sangat-sangat dengan Atiqah."
Mereka mula berkawan pada tingkatan 5 apabila dia melihat Atiqah bergaduh besar dengan Farizah di kantin.
Kabar angin mengatakan; Atiqah merampas teman lelaki sahabatnya itu. Tetapi, perkara yang sebenarnya tidak lah seteruk itu.
Atiqah sudah menceritakan perkara sebenarnya kepada Husna dan Syuhadah. Dan, mereka sudah membuat keputusan untuk berkawan dengan Atiqah.
Lama-kelamaan mereka bertiga menjadi semakin rapat. Farizah pula, sudah berubah menjadi musuh utama kepada Atiqah. Atiqah pernah juga untuk menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Farizah.
Namun, wanita itu hanya menghina nya di hadapan khalayak ramai.
_______
[#956words]
Yuhuuuu.... hai awak-awak.... Min dah fikir dah ending cerita ni.... sooooo.... cuba teka...
Happy ending / Sad ending
???Teka-teka... babaiii
Vote | Comment
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...