Noted : Qistina adalah Fariza.. nama dah ditukar ya:v
AIRIL'S ANGEL 35| Sakit.
"Abang?" Atiqah memanggil Airil yang tenggelam di dalam lamunanya.
"Ya" sahut Airil pendek. Semenjak kejadian mereka terserempak dengan Shafiq, Airil kelihatan lebih banyak berdiam diri. Atiqah ada juga beberapa kali bertanya dengan Airil kenapa diam sahaja.
Tapi Airil selalu menukar topik bila ditanya soal hal itu. Walaupun kini mereka sudah pulang ke tanah air
"Boleh Atiqah tanya abang? Atiqah ada buat apa-apa yang buatkan abang marah ke? Kalau ada, Atiqah memang mintak maaf sangat-sangat. Mungkin saya ada tersalah kata ke" Atiqah pantas menarik tangan Airil.
Dicium belakang tapak tangan itu berkali-kali bagi menunjukkan dirinya betul-betul ingin mengetahui kesilapan yang telah dilakukan olehnya.
"Kalau abang tanya pada sayang, janji ya jawab dengan jujur?" soal Airil sambil mantanya melihat ke dalam anak mata Atiqah.
"Saya janji akan jawab dengan jujur" Atiqah mengeluarkan pinky promise. Airil hanya tergelak kecil melihat telatah isterinya itu.
"Sayang pernah ada rasa apa-apa perasaan tak pada Shafiq dulu ataupun sekarang?" soal Airil didalam nada serius. Dia amat takut jikalau Atiqah mempunyai apa-apa perasaan terhadap Shafiq. Cukuplah Qistina yang telah memnggangu hubungan mereka.
"Betul abang nak tahu apa perasaan sayang pada Shafiq?" Atiqah membalas soalan suaminya dengan soalan juga.
Sementara Airi menjadi semakin risau. Apa yang dia rasakan Atiqah akan berkata benar, tapi bagaiman jika Atiqah memberitahu dirinya yang dia ada mempunyai perasaan cinta terhadap shafiq? Mampukah Airil ingin menerima kenyataan?
Airil mengganguk sedikit bagi menjawab persoalan Atiqah. Atiqah merebahkan punggung di birai katil betul-betul berada sebelah Airil.
"Sebenarnya sayang tak pernah ada perasaan lebih daripada seorang kawan dengan Shafiq. Sayang hanya anggap dia sebagai seorang kawan baik yang ada semasa susah senang dan juga seorang abang yang mampu melindungi sayang sejak zaman persekolahan.
Dan perasaan sayang untuk Shafiq jauh lebih berbezan dengan perasaan sayang pada abang. Abang adalah suami sayang, imam sayang dan mungkin kalau ada rezeki abang akan menjadi ayah kepada anak-anak kita pada masa akan datang nanti"
Air mata jantan milik Airil mula kelihatan di tubir matanya. Sekarang dia mulai sedar yang dia tidak perlu untuk memaksa isterinya untuk menghadirkan rasa cinta terhadap dirinya.
Kerana jika satu masjid dibina kerana Allah pasti perasaan cinta itu terbut didalam hati pasangan kita sendiri.
"Abang.. abang ingat tak janji abang dengan sayang?" tambah Atiqah lagi sambil tanggangnya mengelap air mata Airil yang berada di tubir mata.
"Ingat" Airil menjawab pendek. Janjinya untuk mendapatkan rawatan psikologi supaya dia dapat mengawal emosinya dengan lebih baik pada masa akan datang.
"Jadi hujung minggu ni kita pergi cari pakar psikologi tau. Tapi, saya tak mahu perempuan saya nak lelaki yang rawat abang. Kalau perempuan boleh tapi tak mahu yang muda" Airil menarik senyuman kecil sambil memandang ke arah isterinya. Cemburu lah tu.
Airil hanya mengganguk kecil. Dia tidak gesah asalkan Atiqah ada di sampingnya.
___
"Hiks.. hiks.. hiks.." terhinjut-hinjut bahu Atiqah melihat cerita yang ditonton olehnya itu. Sangat menyedihkan! Entah kenapa dia selalu cepat terasa hendak menangis walaupun untuk perkara yang kecil.
Perkara ini telah pun berlarutan sejak beberapa hari ini. Semalam, Airil memakan ice cream kegemaran Atiqah sedikit dan hal itu tetap membuat Atiqah menangis teresak-esak. Atiqah memandang ke arah jam dinding. Sudah hampir 6 p.m.
Airil masih tidak balik. Tangisan yang sudah reda tadi kian menjadi-jadi kerana rindu sang suami. Tapi dengan sekelip mata tangisan milik Atiqah terhenti apabila mendengar deruman enjin kereta milik Airil.
Airil yang baru sahaja menguak pintu rumah terkejut apabila tubuhnya di peluk erat oleh sang isteri.
"Kenapa ni hm?" soal Airil di dalam nada perlahan. Terlihat di atas meja hadapan sofa, disana terdapat beberapa tisu yang kelihatan sedikit basah.
Sah isterinya menangis.
Dilihat Atiqah yang masih tidak mahu mengangkat kepalanya dari melekat di dadanya.
"Sayang.. hiks.. rindu.. huwaaa" Airil sengera menjadi gelabah mendengar tangisan yang makin menggila milik Atiqah. Airil menggangkat Atiqah dengan gaya bridal style menuju ke arah sofa.
Tubuh genit milik isterinya diletakkan di atas pangku sambil tangan Atiqah masih lagi tidak lepas dari memeluk leher Airil dan muka Atiqah masih lagi melekap pada dada bidang Airil yang ditutupi oleh kemeja ungu. Baju kemeja itu dipilil oleh Atiqah juga tadi pagi.
"Sayang dah okay?" Airil memandang Atiqah yang sudah berjaya menahan tangisan miliknya sedikit.
"Hm.. dah. Tapi nak duduk macam ni je. Nak cium dada abang. Wangi huu" kepala Atiqah di usap penuh kasih sambil Airil ketawa perlahan. Padahal bajunya itu sudah dipenuh peluh kerana sudah seharian bekerja. Walaupun bekerja di bawah aircond tetapi peluh tetap keluar.
"Esok abang kena jumpa doktor Khalidah. Sayang nak ikut?" Atiqah menganguk laju apabila Airil mengajukan soalan itu. Dia suka dengan Doktor Khalidah yang baik itu.
Wanita setengah abad itu sangat baik padanya walaupun baru sebulan Airil menjalankan rawatan di hospital tempat Doktor Khalidah berkerja. Kadang-kadang Atiqah akan membawa sedikit makanan untuk diberi kepada Doktor Khalidah atas balasan kerana sudah merawat Airil.
Walaupun itu sudah semestinya tugas wanita itu sebagai seorang doktor psikologi tapi dengan cara rawatan yang berkesan membuatkan Atiqah berasa sangat berterima kasih kepadanya.
"Okay my little princess" Atiqah hanya tersengih malu.
___
"Welkk.." Atiqah menahan diri supaya tidak termuntah di atas katil miliknya. Hari ini dia telah berjanji dengan Airil ingin mengikut lelaki itu pergi menjalankan rawatan. Nampaknya, dia tidak boleh ikut untuk hari ini.
Dengan lekas Atiqah berlari masuk ke dalam tandas ingin mengeluarkan semua isi perut. Kepala Atiqah juga sudah berdenyut-denyut entah kenapa.
"Sayang? Okay tak?" Airil mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Airil baru sahaj keluar dari bilik pejabat rumah kerana ingin menyiapkan sedikit tugas sebelum pergi ke rawatannya nanti. Hari ini dia tidak akan masuk pejabat dengan niat petang nanti bolehlah meluangkan masa dengan isteri tercinta.
Pintu bilik air di buka dari dalam. Airil memandang wajah Atiqah yang sedikit pucat. Masa sarapan pagi tadi elok saja.
"Sayang okay. Sayang tak ikut abang tau. Tak sedap badan sikit" Airil mengganguk paham tangangnya mengusap sedikit kepala Atiqah. Lalu, Airil membantu isterinya berjalan ke arah katil untuk rehat seketika.
"Abang dah nak bersiap. Sayang rehat ya? Balik nanti abang belikan coklat kegemaran sayang okay?" Atiqah hanya mengganguk bagi menjawab kata-kata Airil itu. Bukan sahaja tidak sedap badan malah Atiqah juga merasakan bahawa dia tidak sedap hati. Entah apa yang akan berlaku nanti.
___
[#1022words]N
ext chap :-
"Abang lagi bela perempuan tak guna ni dari sayang?!" Atiqah turut menaikkan suaranya juga seoktaf.
"Atiqah watch your mouth!"
'Perempuan' itu tersenyum sinis memandang pergaduhan di antara mereka.
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...