AA | 37

5.4K 248 18
                                    

Airil's Angel 37 | Melaka

"Assalamualaikum mak cik boleh tak saya nak tumpang tidur sini?" selepas manahan mak cik yang solat sebelahnya tadi. Atiqah langsung menanyakan soalan itu. Malam ini sungguh dia tiada tempat untuk berteduh.

Apa yang dikhabarkan mak cik itu adalah isteri ketua kampung. Dengan tidak langsung membawa sehelai baju mebuat Atiqah buntu. Wang di dalam dompet tinggal RM 50 ingin menyewa motel atau bilik langsung tidak cukup.

"Kamu nak tidur sini?" Atiqah menjawab soalan yang diaju itu hanya dengan anggukan laju. Terpaksa menebalkan muka jikalau tidak Atiqah langsung tidak tahu mahu tidur di mana kerana sekarang sudah menginjak jam 10 malam.

"Kamu tunggu sini sekejap ya? Mak cik jumpa pak cik sekejap" Atiqah tersenyum dan memandang kepergian wanita itu dengan ekoran mata.

Selepas keluar dari rumah Airil dia terus memutuskan hendak ke Melaka. Atiqah sendiri tidak tahu kenapa dia memilih melaka. Perjalan menaiki bas mengambil masa beberapa jam sudah cukup membuatkan dia penat. Nasib baik ada tiket bas kerana dia membeli pada waktu-waktu terakhir.

Khuwatir jika tidak pergi sejauh mungkin Airil akan menjumpai dirinya.

___

"Ya Allah pakcik betul ke ni?" mata Atiqah melilau di segenap ruang tamu rumah ini. Tidak terlalu kecil atau besar untuk Atiqah menetap untuk beberapa bulan.

"Makcik sebenarnya nak ajak kamu tinggal serumah aje dengan makcik kamu tu. Tapi lupa pula dekat rumah tu ada anak bujang" Atiqah tersenyum memahami. Tidak manis jika dia duduk serumah dengan lelaki bujang walaupun ada ibu bapa mereka. Kalau untuk semalaman masih lagi boleh.

Atiqah tidak tahu berapa lama dia akan menetap di sini. Lagipula, Atiqah masih isteri Airil yang sah.

"Nanti saya cari kerja dan cukup bulan saya bayar duit sewa rumah ni ya pakcik?" kata-kata Atiqah cukup mendapatkan gelengan laju dari lelaki dan wanita separuh abad di hadapannya ini.

"Mulai sekarang kamu tak perlu panggil kami 'makcik pakcik' panggil saja Pak Samad dan Mak Tijah. Dan pasal duit sewa rumah ni kamu jangan risau, Pak Samad tak minta. Kamu duduk lah sini selama mana yang kamu mahu. Asalkan, jangan buat benda yang tak senonoh. Ahh.. hampir terlupa. Dari tadi berborak nama kamu ni siapa?"

Atiqah merasa seperti dirinya sudah menyusahakan Pak Samad dan Mak Tijah pula jikalau tinggal di dalam rumah sewa mereka yang kosong ini tanpa bayaran.

"Nama saya Atiqah. Mana boleh macam tu Pak Samad. Tak apa nanti saya dah dapat kerja dan cukup bulan saya bayar" Mak Tijah yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka mampu tersenyum dengan budi bicara Atiqah yang lemah lembut.

Agaknya anak gadis siapakah ini. Terlalu manis dan menghormati orang tua. Rugi siapa yang mensia-siakan gadis seperti Atiqah.

Tanpa mereka tahu perkara yang sebenar.

___

"Angkatlah call!" marah Airil sambil telefon pintar direnung tajam. Jangan harap dia akan membiarkan Atiqah lari bersama anak mereka yang berada di dalam kandungan.

Urat-urat hijau mula timbul di sekitar dahi dan leher Airil menandakan perasan sangat marah yang sedang di kawal supaya tidak terlepas kepada orang yang tidak bersalah.

Telefon pintar miliknya digengam erat dan sekelip mata

PRANG!

Airil's AngelWhere stories live. Discover now