AA | 43

5.1K 275 53
                                    

2 minggu kemudian

"Aku terima nikahnya Siti Rahmah binti Ali dengan mas kahwinnya RM100 tunai" imam Ali memandang para saksi yang duduk di sebelah mereka.

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah" semua tetamu yang hadir terus enadahkan tangan untuk berdoa. Air mata Siti menitik perlahan. Dia terharu memandang lelaki yang sudi menerima dia dan masa lalunya.

Selesai sahaja mereka membaca doa, Siti memandang suaminya itu membuat sujud syukur. Dia juga perasan apabila air mata lelaki kegemiraan milik suaminya jatuh.

Siti mengusap ubun-ubun Rizki yang leka bermain dengan patung barbie yang dihadiahkan oleh Airil.

"Alhamdulillah" ucap Airil sambil memeluk badan sahabatnya. Dia berasa amat gembira kerana segala urusan mereka pada hari ini berjalan dengan lancar.

"Terima kasih sebab terima saya sebagai isteri awak. Terima kekurangan saya." ucap Siti kepada suaminya yang telah duduk bersila dihadapannya.

Syakir tersenyum manis memandang Siti. Pantas tangan wanita itu dicapai dan disarungkan cincin emas dengan ukiran berjalur.

"Saya dah lama jatuh hati dekat awak. Saya dah lama terima awak semua kekurangan dan kelebihan awak" Siti terus menyium belakang telapak tangan Syakir lama. Dia berasa amat bersyukur kerana masih ada lelaki yang menerima kekurangannya.

"Pergi dengan abi baru awak tu sana" Airil melepaskan tangan Rizki yang sejak tadi dia pimpin.

'Nasib baik kau bagitahu aku awal-awal Syakir. Kalau tak memang Siti tu bukan jadi bini kau' Airil tersenyum sendiri melihat keluarga kecil milik Syakir.

"Boleh saya cakap dekat luar dulu dengan Airil?" pinta Syakir lembut kepada Imam Ali. Selepas mendapat anggukan daripada lelaki separuh baya itu, pantas tangan Airil ditarik kuat untuk mengikut dia keluar.

'Ni kalau Airil terima ni mampus melepas aku' kata Syakir di dalam hati. Mana boleh di sudah menyimpan rasa kepada Siti sejak pertama kali merek bertemu lagi. Walaupun tidk pernah menjadi teman rapat, Syakir yakin dia amat menyukai keperibadian Siti.

Langkah kaki mereka mengarah ke pangkin kayu yang berada di bawah pokok mangga.

Syakir melabuhkan punggungnya diikuti juga Airil yang duduk di sebelah dengan sedikit jarak di antara mereka.

"Kenapa kau beria sangat bantah? Aku belum fikir apa-apa lagi" Syakir membulatkan mata. Airil nak fikir tentang lamaran Imam Ali?

"Tak boleh jadi ni. Melepas pulak aku nanti" pantas kepala Airil menoleh ke arah Syakir dengan laju.

"Apa kau cakap tadi?" soal Airil lagi. Sebenarnya dia mendengar jelas apa yang Syakir katakan sebentar tadi, cuma dia mahu mendengarkan kata-kata itu sekali lagi untuk memastikan apa yang dia dengan adalah benar.

"Ha? Mana ada aku cakap apa-apa tadi" Syakir mengelak bertentangan mata dengan Airil. Sambil itu sempat lagi Syakir berperang dengan perasaannya sendiri.

'Jujur ke tak jujur ke tak?'

"Okay lah kalau macam tu aku nak cakap dengan imam Ali, aku setu--"

"Aku sebenarnya dah lama suka Siti" kedengaran geseran selipar yang dipakai oleh Airil dengan batu kerikil apabila dia berhenti dengan mendadak. Kepala Airil pusing memandang Syakir dengan pandangan tidak percaya.

Syakir langsung tidak pernah bercerita dengannya tentang  perasaan lelaki itu kepada Siti sebelum ini. Buktinya sekarang Airil sangat terkejut mendengar penjelasan oleh Syakir.

"Kenapa kau tak bagitahu perasaan kau dekat Siti, atau terus bincang dengan imam Ali?" soal Airil secara jujur. Jangan Syakir membuat lawak bodoh pada masa-masa begini pula. Memang ada kang yang kepala berlubang.

"Kau tengok muka aku yang suci ni. Ada nampak macam penipu? Penyangak? Tak ada kan?" soalan Airil turut dibalas dengan soalan oleh Syakir.

Airil hanya menjeling tajam wajah Syakir. Suci? Nampak macam berus jamban adalah.

"Muka kau suci? Lawak bodoh apa kau buat ni. Muka penyangak macam kau ni memang tak ada orng nak percaya" Syakir memutarkan bebola matanya ke atas

"Eleh pikir aku kisah muka aku macam penyangak pun, kau tolong eh tolak pinangan imam Ali. Lepas tu, kau calonkan aku. Please" Syakir mencantumkan kedua belah tanganya menunjukkan bahawa merayu da terdesak sangat dia pada waktu ini.

"Yela nanti aku tolong kau"

Syakir pantas mengejar langkah Airil yang sedang membuka pintu kereta Ranger Rover milik lelaki itu sendiri.

Bahu Airil ditepuk kuat. Lalu, dengan pantas tubuh kekar milik Airil ditarik ke dalam pelukan.

"Terima kasih sangat-sangat sebab kau dah banyak tolong aku" pelukan Syakir dibalas dengan pelukan erat. Walaupun pads luaran Airil dilihat dengan sosok seorang lelaki yang amat dingin dan beku, tetapi di dalam hatinya dia teramat menyanyangi sahabatnya yang satu ini.

Sahabat yang selalu ada di sampingnya disaat dia terdesak, kesusahan dan kesempitan. Syakir selalu akan menolong Airil untuk keluar dari situasi yang sukar.

"Kau anggap je semua ni aku balas sebab kau dah tolong aku masa susah senang aku dari zaman kolej dulu"

"Ha ni lagi satu, aku dah tolong kau. Kalau kau buat hal, curang dengan perempuan lain. Aku potong kau punya bawah tu. Biar mandul padan muka kau"




___



Airil's AngelWhere stories live. Discover now