AIRIL'S ANGEL 23 | Akad nikah
"Aku terima nikahnya Nur Atiqah binti Mohd Azli dengan mas kahwin senaskah Al-Qur'an. Tunai"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulillah"
Dengan satu lafaz, Airil sudah menjadi suami yang sah kepada Atiqah. Mereka menadahkan tangan untuk berdoa kepada yang Esa. Kerana sudah memberi mereka melakukan majlis akad nikah tanpa sebarang masalah.
"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin di jari pengantin perempuan"
Mendengarkan itu, Airil terus bangun dari duduknya. Lalu, dia bergerak menuju Atiqah, wanita yang baru sahaja di nikahinya sebentar tadi.
Majlis mereka amat meriah. Airil menjemput semua rakan perniagaannya dan orang-orang suruhannya juga.
Airil mencapai tangan Atiqah dengan perlahan dia menyarungkan cincin berwarna perak. Di atas cincin itu terletak satu batu berlian yang menambahkan lagi seri pada cincin itu.
Kini, giliran Atiqah pula untuk menyarungkan cincin berwarna perak yang tidak mempunyai sebarang perhiasan di cincin itu. Cincin yang boleh di pakai oleh lelaki.
Setelah menyarungkan cincin pernikahan, Atiqah terus sahaja menyalami tangan Airil.
Airil mencium ubun-ubun milik Atiqah lama. Mungkin, memberi peluang bagi pihak jurugambar untuk mengambil gambar mereka. Mungkin.
"Oit, dah lah tu. Nanti sambung dalam bilik je" celah Arash sepupu Airil yang baru pulang dari Australia.
Airil hanya menghadiahkan jelingan tajamnya untuk lelaki itu. Sibuk saja ! Baru nak feeling-feeling .
Airil hanya membuat majlis pernikahan sahaja. Walaupun hanya majlis pernikahan, para tetamu sungguh ramai. Kira-kira lebih dari dua ribu orang yang menghadiri majlis pernikah mereka sekarang ini.
Ni semua kerja Airil. Atiqah hanya menyiapkan dirinya sahaja. Airil yang menyusun atur semua yang berlaku di majlis mereka. Catering, ballroom, perhiasan dan juga undangan untuk tetamu.
"Congrats Airil" Ucap Arash selepas sahaja dia menjamu makanan yang dihidangkan di meja yang meletakkan pelbagai jenis makanan. Atau, lebih tepat ialah 'melantak'.
"Thanks, budak. Eh aku nak tanya sikit ni, tadi kau makan ke melantak ? Dua pinggan kau makan tahu tak budak. Dahlah dua pinggan penuh ! Kau kalau makanan tak cukup untuk tetamu aku siap kau ea. Aku suruh kau yang masak !" Airil mengakhiri percakapannya itu dengan tawaan perlahan. Saja mahu bergurau dengan budak tak cukup umur tu.
"Amboi-amboiii.... sedap sikit mulut kau eh.. sepupu tak guna. Aku dah 18 tahun kau tahu tak. Muda setahun je dari bini kau ! Aku sepak kau kejap lagi kang" balas Arash lagi. Ya ! Dia sudah 18 tahun. Dia sudah besar plus matang !
Sesedap mulut saja Airil mahu kata begitu denggannya.
"Budak lah jugak" Airil terus lari meninggalkan Arash di belakang dan berlari mendapatkan isterinya; Atiqah lah siapa lagi.
Takkan Farizah pula, memang tak lah.
"Sayangg..." Airil terus memeluk pinggang ramping isterinya sejurus sahaja dia menjumpai gadis itu.
"Ai..airil jangan lah peluk saya dekat sini. Sini ramai orang lah, Airil" kata Atiqah sambil tangannya merungkaikan perlukan ketat yang diberikan oleh Airil di pinggangnya.
"Airil, saya mintak maaf sebab tuduh awak tanpa minta penjelasan awak semalam. Saya betul-betul menyesal dengan tindakan saya. Kejap lagi kita dah nak sah untuk jadi pasangan suami isteri.
Jadi, saya minta nak maaf dengan awak. Saya tak mahu lah kita bergaduh sampai kita sudah sah dalam beberapa jam seterusnya nanti. Saya mintak maaf Airil.
P/s : saya nak jumpa awak tapi bodyguard tak bagi saya jumpa awak. Saya nak message awak tapi saya tak ada phone. Jadi saya tulis lah surat... hehe... bye my future husband... "
Airil tersenyum membaca surat yang diberi oleh Atiqah. Cute !
Tunggulah nanti lepas nikah pasti wajah itu digomol sepuas hatinya. Haha !
Airil mencapai sebatang pen dan sehelai kertas yang berada di sisi meja.
"It's okay. Sekurang-kurangnya aku dah tau yang kau pun suka dekat aku juga. Orang kata kalau marah tu tandanya cemburu. Jadi, kau cemburu lah ni ? "
Airil melipat kertas itu lalu diberi kepada orang suruhannya untuk di beri pula kepada Atiqah.
"Queen, this for you. It's from King" kata orang suruhan Airil kepada Atiqah.
"Thanks" ucap Atiqah. Lelaki itu hanya mengganguk lalu dia bergerak ke luar dari bilik persiapa Atiqah
'Amboi sedap-sedap je nak cakap aku cemburu !' Atiqah mula membuat muka masamnya.
"Amboi pengantin kita ni. Jangan lah buat muka masam macam tu. Jangan macam-macam rosak solekkan dekat muka kau siap kau. Aku solek kau macam pontianak nanti !" Marah Jay merangkap mak andam yang menconteng wajahnya dari tadi.
Tapi, solekkan itu tetap kelihatan natural. Cantik !
"Tak lah, Jay. Kau tengok korang punya king ni. Annoying sungguh ! Menyampah aku, Jay !" Jelas Atiqah. Pada mulanya Jay memanggilnya Queen. Namun, lelaki itu dimarahi olehnya.
"Gesah apa aku ! Kau kalau rosak solekkan dekat muka kau siap ye kau !" Marah Jay lagi. Lalu, menyambung bebelan panjang.
"Wahai raja sehari jangan nak berpeluk dekat sini boleh tak. Respect yang masih single ni. Jangan macam-macam depan yang single ni tau !" Tegur salah seorang rakan Airil; Emelya.
Airil dan Atiqah tersentak apabila mereka di tegur. Mereka tersedar dari lamunan mereka sebentar tadi. Atiqah terus menolak tangan Airil yang memeluk pinggangnya.
"Ah kau. Duduk lah jauh-jauh sana." Halau Airil kepada Emelya.
"Amboi ! Huh ! Kalau macam ni aku nak pergi makan lah ! Menyampah !" Omelnya sendirian.
___
[#817words]
Vote | Comment
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...