AIRIL'S ANGEL END
Atiqah memandang lelaki yang sedang sibuk memotong bahan untuk dimasak. Tanpa memakai baju hanya seluar adidas panjang dengan apron hitam.
Atiqah tersenyum apabila mengingat kisah lama mereka.
Haih
Kadang-kadang manusia tidak sengaja melakukan kesilapan. Tapi tiada siapa yang tahu melainkan diri orang itu sendiri. Mengetahui apa yang mereka niatkan berserta apa yang sebenarnya belaku.
Ya, memang dunia ini kejam bagi semua manusia. Tapi itu sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk menjalani dan mengatasi masalah hidup mereka sendiri.
Tidak perlu membabitkan orang lain di dalam kisah hidup kita sendiri. Kerana, semua orang mempunyai kisah mereka kan?
"Cari apa?" Tanya Atiqah apabila terlihat lelaki yang sedang kusyuk memotong bahan masakan mula menjadi seperti mencari-cari sesuatu di dalam kabinet dapur.
"Your medicine" jawab lelaki itu pendek sambil badan dipusingkan beserta senyuman manis yang terukir. Atiqah hanya tertawa perlahan melihat perangai lelaki itu.
"It's okay. I will eat it later. One more hour before I must eat it honey" riak muka lelaki itu pantas berubah masam mendengar penolakkan dari wanita kesayangannya.
Dia sengaja ingin menyiapkan ubat bagi wanita itu awal supaya wanitanya tidak lupa untuk memakan ubat yang doktor bagi. Ubat yang penting bagi Atiqah supaya kekal sihat.
"Nope! I just want to make sure you eat your medicine on time babe" kata lelaki itu tegas. Tetapi dalam nada yang lembut.
Atiqah mengambil buah epal yang telah dipotong oleh lelaki itu. Diambil buah epal tersebut dan digigit perlahan supaya buah epal itu lumat sebelum ditelan.
"I already promise to your babe. I will treat you like a princess if you give me a chance. And if you leave that guy" sambil mengunyah Atiqah masih lagi ketawa perlahan.
Makin hari lelaki dihadapannya ini pandai saja untuk mengambil hatinya yang dulu pernah rosak ditahap kritikal.
"Up to you then" sontak itu, kucupan kilas didapatkan oleh Atiqah pada dahinya.
"Nak naik dulu. Penat. Nanti kalau dah nak gerak panggil je. Okay?" Lelaki itu pantas menggunguk kepala laju sambil melihat bayangan Atiqah yang mulai hilang dibaluk dinding.Dia telah berjanji pada dirinya sendiri akan melayan wanita itu seperti seorang ratu selagi mereka hidup bersama.
Pantas dia menghentikan lamunan dan segera menyambung tugas yang sedang dibuat sebentar tadi. Petang ini dia dan wanitanya akan pergi berkelah berdua di taman rekreasi. Saja ingin meluang masa terluang yang mereka ada sekarang sebelum makin sibuk pada hari mendatang dengan hal masing-masing.
___
"Babe! Aren't you done yet? We will be late honey!" Jerit lelaki itu dari tangga bawah melihat ke atas. Terdengar gema yang terhasil dari suara dia sendiri.
Hal ini kerana rumah yang mereka tempati adalah rumah agam dan mereka hanya tinggal beberapa orang saja di dalam rumah yang sebesar ini.
Hanya pada hari cuti, pembantu rumah akan datang untuk membersihkan rumah dan membuat pekerjaan yang sepatutnya. Kalau pada hari biasa pekerjaan rumah akan dilakukan oleh Atiqah. Tetapi hanya yang ringan.
Lelaki itu akan melarang keras Atiqah untuk melakukan pekerjaan yang berat. Baik di dalam rumah atau di luar rumah. Atiqah hanya tersenyum sambil mengiyakan permintaan atau lebih tepat arahan dari lelaki itu.
Kerana itu adalah untuk kebaikan dirinya juga.
Untuk keselamatan rumah, sudah ada tiga orang pekerja sekuriti yang akan menjaga pada waktu siang dan empat orang diwaktu malam.
Pengera dan kamera sekuriti rumah juga di check supaya tidak rosak. Seketat itu kawalan keselamatan yang lelaki itu berikan kepada Atiqah.
Jika wanita itu ingin keluar bersendirian, akan ada 2 orang bodyguard terlatih yang akan mengikuti Atiqah jika keluar tanpa lelaki itu.
Atiqah pernah membangkang soal bodyguard kerana ianya membazir. Namun, lelaki itu hanya membalas dengan tenang bahawa tiada apa yang membazir jika diluangkan untuk Atiqah, wanita kesayangannya.
"Okay, let's go. I'm ready"
___
"Thank you for giving me this second chance. I promise I will not make you hurt again honey. Abang janji, abang akan berubah. Abang akan cuba sedaya upaya abang untuk bawa keluarga kita ke syurga. Kita berempat" kata lelaki itu sambil mengambil tangan Atiqah dan mengucup lembut kedua-dua belakang tapak tangan itu. Atiqah memaparkan senyuman gembira.
Tangan lelaki itu diambil dan diletakkan diperutnya menjadikan automatik lelaki itu mengusap perut buncit milik Atiqah.
"I love you" ucap lelaki itu.
"I love you too Tengku Airil"
TAMAT SETAMATNYA
sebenarnya dekat lirik lagu yang putt letak tu ada ending dia klau korang hayati lagu dia HAHAHAHA. Jadi ramai yang tak paham, so inilah ending dia (◔‿◔).
bai, put nak tulis cerita lain pulak.
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...