AIRIL'S ANGEL 33| Shafiq
"Iqah?"
Atiqah memalingkan wajahnya memandang kearah orang yang memanggil namanya itu dengan tanda tanya. Kerana hanya ada seorang sahaja yang memanggilnya dengan nama panggilan 'Iqah'.
"Fiq?" Atiqah memanggil nama panggilan lelaki itu. Nama panggilan yang dia sahaja guna sama seperti nama panggilan yang diberi olehnya juga. Tapi Shafiq sendiri yang memaksa dirinya untuk memanggil lelaki itu dengan nama panggilan 'Fiq'.
"Ha'ah ni Fiq lah Iqah. Ingatkan?" Soal Shafiq apabila melihat muka Atiqah yang kelihatan resah itu. Atiqah sedang tergamam sekarang ini. 'Kenapa Fiq boleh muncul sekarang ni Fiq?' Atiqah takut jikalau Airil mengapa-apakan Shafiq.
Kerana mereka pernah bergaduh besar kerana merebut dirinya.
"Ah mestilah ingat. Perkenalkan ni suami Iqah, Airil. Fiq ingatkan? Senior kita dulu" Airil memandang Shafiq dengan pandangan yang tajam. Airil tidak gemar jika isterinya bercakap dengan laki di hadapannya ini.
Sebab dia kenal dengan pandangan yang diberi oleh Shafiq. Pandangan yang sarat dengan perasaan rindu dan
cinta.
"Abang ni Shafiq kawan saya dari sekolah dulu. Abang ingat tak?" Atiqah cuba menghilangkan rasa kekok apabila Airil dan Shafiq memandang dengan satu sama lain dengan pandangan yang mengingatkan dia kembali kepada pergaduhan besar itu.
"Iqah petang ni keluar jom?" Shafiq memandang Atiqah dengan pandangan penuh dengan harapan. Moga-moga Atiqah mahu keluar dengan dia.
"Tak boleh lah Fiq petang ni Iqah nak buat projek Sains untuk pertandingan nanti. Farizah tak ada, jadi Iqah nak kena bincang pasal projek tu dengan senior Airil yang satu kumpulan dangan Iqah tu. Jadi lain kali ya kita keluar" kata Atiqah kepada Shafiq. Dia sangat berharap suapaya Shafiq paham dengan situasinya sekarang ini.
Bukan sengaja dia menolak ajakan Shafiq. Tapi, Atiqah benar-benar mahu meletakkan sepenuh perhatian kepada projek Sains yang bakal berlangsung beberapa minggu daripada sekarang.
"Tapi minggu ni dah masuk tiga kali Iqah tolak bila Fiq ajak Iqah keluar" soal Shafiq kedengaran tidak berpuas hati apabila kali ini Atiqah turut menolak ajakkan yang Shafiq beri.
"Ya Iqah tahu. Haritu Iqah hanya sempat pilih tajuk pasal projek yang akan kitaorang buat. Lepastu, Iqah dengan yang lain sempat pilih projek yang jimat kos dan masa pembuatan tak makan masayang banyak. Harini pula, Iqah dengan senior nak keluar pergi beli barang untuk buat projek" terang Atiqah seperti Shafiq itu adalah kekasih ataupun abangnya.
Semuanya harus diberi tahu. Kadang-kadang dia berasa seperti dirinya dikongkong juga apabila semua benda Shafiq ingin tahu. Seperti dirinya tiada privasi.
"Iqah nak beli barang projek? Fiq nak ikut lah kalau macam tu. Boleh tak Iqah?" tidak boleh dia benarkan Atiqah keluar berdua dengan Airil a.k.a budak pandai tetapi nakal di sekolah mereka itu. Kerana Airil selalu mengambil kesempatan ke atas perempuan.
Satu sekolah tahu akan perangai buruk lelaki itu. Merokok, ponteng kelas, dan kaki perempuan sudah menjadi satu tabiat bagi Airil.
Dia sendiri pernah nampak semasa Airil ingin memanjat pagar sekolah sambil mengepit satu putung rokok yang berasap.Walaupun Airil mempunyai semua perangai buruk itu dia tetap menjadi top student dalam bidang akademik mahupun sosial.
Jadi tak akan dia nak biarkan gadis pujaannya senang-senang keluar dengan Airil pula.
"Itu Iqah tak tahu. Fiq kena tanya sendiri senior sebab Iqah nak pergi sana pun Iqah tumpang dia" Atiqah mula meramas hujung baju miliknya. Kenapa pula Shafiq tiba-tiba nak ikut? Bukankah lelaki itu sendiri cakap yang dia tidak suka atau anti kepada senior mereka yang bernama Airil itu?
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...