AA | 32

5.3K 233 6
                                    


AA 32|  Eiffel Tower

"Wah abang besarnya rumah ni" kata Atiqah sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam kondo yang entah milik siapa.

"Cantik kan? Ini kondo abang. Dulu masa abang belajar dekat Perancis abang duduk dekat sini lah" terang Airil.

Ya dia mempunyai mansion yang lebih besar dari rumah kondo dua tingkat ini. Tapi, rumah ini adalah rumah pertama miliknya ketika hendak menyambung pembelajaran di Perancis.

Terdetik juga niat untuk menjual atau menyewa kondo miliknya ini. Namun dia masih lagi sayang jika ada orang lain yang tinggal di rumah ini nanti.

Biarlah dia terpaksa menyuruh beberapa orang maid di mansion ke kondonya dan membersihkan semuanya.

Suapaya tidak berhabuk.

"Ouh.. abang angkat tau semua beg-beg ni. Saya nak pergi dapur tengok apa yang ada" sebenarnya niat Atiqah hendak membalas dendam kepada Airil.

Iyalah mereka pergi ke Perancis ini dalam masa seminggu sahaja. Tapi Airil menyuruh dia membawa baju seperti hendak pindah terus ke Perancis.

Ha rasakan!

Airil menjeling Atiqah yang sudah menghilangkan diri. Tunggulah malam nanti giliran dia pula yang akan membalas. Airil tersenyum dengan penuh makna.

___

"Abang! Jom makan saya ada masak spaghetti untuk abang ni" Atiqah di meja makan yang sedang menyajikan makanan mula menjerit kuat memanggil suaminya sendiri.

"Ab-"

"Ya sayang. Abang nak turun lah ni" balas Airil memotong percakapan Atiqah. Sudah pasti dia tahu bahawa wanita itu ingin memanggil namanya lagi.

"Ha turun pun. Jom makan. Saya dah masak ni. Tapi saya masak ni jela sebab nak masak makanan yang lain bahan habis. Itupun nasib baik saya ternampak ada bahan-bahan ni sikit" Atiqah berjalan ke arah meja makan sambil mengelap tangannya pada kain yang di sediakan khas untuk mengelap tangan.

"Takpe semua masakan sayang sedap. Abang tak kisah pun sayang masak apa. Asalkan masak" memang lah masakan Atiqah semuanya sedap. Berani pula lelaki itu mahu mengatakan masakan milik Atiaah tidak sedap.

Nak tidur luar ke ?

____

"I nak jumpa boyfriend I. Dia ada?" Soal Qistina kepada pembantu peribadi Airil iaitu Zafran. Airil memang tidak suka mempunyai pembantu peribadi seorang perempuan.

Bukannya buat kerja. Malah, digoda Airil habis-habisan.

"Maaf cik, Tengku tak ada. Tengku telah ambil cuti panjang" Zafran meneliti pemakaian Qistina dari atas sampai bawah.

Gadis itu memakai baju berlengan pendek besertakan seluar jeans paras peha. Tidak lupa juga tattoo menghiasi lengan gadis itu.

'Tangan cantik-cantik pergi conteng pula dengan benda haram tu. Harap muka je cantik. Tapi akai takda' desis Zafran di dalam hati. Bukan dia tidak tahu Qistina adalah seorang yang beragama islam.

Airil's AngelWhere stories live. Discover now