AIRIL'S ANGEL 41 | bingung
"Malam esok kamu datang rumah imam ya? Makan malam dekat rumah imam" Airil hanya mengganguk sambil tersenyum kekok. Bukan apa, pandangan yang Siti berikan sejak sebelum mereka makan makanan yang dibawa oleh Siti,
Gadis itu hanya merenung lama wajahnya sambil tersenyum ayu. Hal itu membuat Airil tidak selesa.
'Kenapa dengan anak imam Ali ni?' desis Airil di dalam hati. Jujur sangat-sangat dia tidak selesa dengan pandangan gadis itu.
"Saya balik dulu lah ya imam. Saya ada hal sikit dekat office" pamit Airil dengan sopan sambil menghulurkan tangannya untuk menyalami imam Ali. Sebenarnya Airil tidaklah sibuk pada petang ini, tapi dia sengaja ingin melarikan diri dari pandangan anak imam Ali yang seakan cuba untuk menggodanya.
"Ha kamu balik lah dulu. Imam pun dah nak balik juga. Jngan lupa esok malam makan malam dekat rumah imam ya" setelah menyalami tangan imam Ali, dengan pantas Airil memboloskan diri ke dalam kereta Audi miliknya.
Ingatkan ingin mahu menghantar imam Ali pulang sekali, tapi lupa pula sebentar tadi Siti sudah membawa keretanya untuk menghantar makanan.
"Jangan pandang anak teruna orang macam tu Siti. Tak elok. Kamu tu dah ada anak, dia tu anak teruna" Siti mengeluh perlahan mendengar teguran abinya.
Kenapa suka sangat abinya itu mengukit hal silam?
"Tapi abi, Siti rasa Siti minat dekat Airil tu. Baik je orangnya" imam Ali hanya menggelengkan kepalanya perlahan mendengar kata-kata anaknya.
"Kamu jangan nak macam-macam. Ingat Rizki anak kamu dekat rumah tu"
"Dah lah abi ni. Malas Siti nak layan. Jomlah balik" susah betul jika bercakap dengan abinya itu. Semua yang dia buat, semua salah.
___
"Anak buah kau macam mana sekarang?" soal Syakir memandang wajah Airil yang tenang sambil mengunyah makanan. Lelaki itu tiba-tiba mengajak dirinya makan malam bersama last minute. Nasib baik hari ini dia cuti.
Kalau tak makan lah kau sorang-sorang.
"Lepas aku hantar dorang uruskan anak syarikat aku dekat Sarawak, Alhamdulillah semuanya okay" Syakir hanya bersyukur di dalam hati.
Alhamdulillah selepas dipujuk oleh Syakir untuk menamatkan aksi kumpulan gelap milik Airil. Syakir juga bernasib baik apabila Airil mahu mendengar katanya.
Tapi susah juga apabila lelaki itu ingin menamatkan semua ini. Kerana Airil terlalu banyak musuh yang sentiasa ingin membunuh lelaki itu.
"Aku ingat hujung minggu ni aku nak pergi rumah anak yatim. Kau ikut aku hujung minggu ni. Kita pergi beli barang dapur untuk dorang"
"Mana pembantu pribadi kau. Asyik ajak aku je pergi mana-mana dah macam orang bercinta pula berkepit 24 jam" serentak itu Airil mula mengelus lembut tangan Syakir.
Dengan pantas Syakir menarik laju tanggannya dari terus-terusan dielus oleh Airil. Ghei.
"Eh eh eh.. Aku tak gay. Kalau kau nak cari pasangan gay, cari orang lain" mengancam sungguh Airil sekarang. Dah macam orang tak betul.
Entah setan apa yang merasuki teman baiknya itu.
"Aku pandang kau pun tak ada selera lah. Tak ingin aku. Aku ajak kau sebab kau tu kawan aku. Jadi aku ajaklah kau. Nanti aku belanja lah kau makan gila" Airil menjeling muka Syakir. Apa lelaki itu ingat dia hamak sangat dengan Syakir?
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...