AIRIL'S ANGEL 34| Gaduh.
Selesai membeli barang keperluan untuk projek rekaan yang bakal dihasilkan oleh Airil, Atiqah dan juga Qistina. Airil mengajak Atiqah makan ice cream yang berdekatan dengan kawasan yang meraka berada sekarang ini.
"Kau nak ice cream apa Atiqah? Aku belanja kau" mata Atiqah mula bersinar apabila Airil dengan ikhlas ingin membelanja dirinya ice cream. Serasa sudah lama dia tidak dapat memakan ice cream.
"Saya nak yang tu" tunjuk Atiqah ke arah ice cream yang berperisa strawberry. Nampak sedap!
"Okay, jap. Strawberry and chocolate mint. How much?" Selesai membayar kedua-dua ice cream Airil terus melangkah meninggalkan kaunter bayaran dan juga Atiqah yang tercengang dengang harga kedua-dua ice cream tersebut.
Kalau dia beli di kedai runcit yang berdekatan dengan rumahnya baru seringgit bagi satu ice cream. Tapi di sini dua ice cream harganya sudah mencecah hampir 20 ringgit Malaysia.
Jadi betul lah orang cakap kedai ice cream yang dibawa oleh Airil ini adalah tersangat mahal. Padahal ianya hanya diletakkan di dalam mangkuk saja berbanding di kedai runcit hanyalah ice cream batang.
"Err Airil nanti saya bayar balik ya duit awak. Mahal ni ice cream saya" ujar Atiqah. Untuk mengumpulkan 20 ringgit memerlukan selama 2 minggu baginya untuk mengumpul wang sebamyak itu.
Itu jika di mengikat perut dengan tidak memakan apa-apa di sekolah. Kerana ayahnya hanya memberi sebanyak 2 ringgit sehari.
Tapi Atiqah paham dengan situasi keluarganya yang susah buat masa sekarang.
"Aku cakap aku belanja kan tadi? Jadi kau tak payah bayar balik" Airil meletakkan ice cream berperisa strawberry milik Atiqah di atas meja makan.
"Tap--"
"Kalau kau nak bayar balik boleh. Taoi masa balik nanti kau jalan kaki" ugut Airil buat kali ke dua untuk hari ini. Apa istimewa ugutan ni? Istimewanya adalah Atiqah akan mengikut kata-kata Airil.
Itu yang istimewanya.
"Okay fine. Lepasni awak hantar saya balim terus ya. Saya takut ayah marah balik lambat" Atiqah menyuap ice cream yang dibeli oleh Airil tadi ke dalam mulutnya. Sedapnya.
Patutlah mahal!
"Aku baru nak ba--"
"Maaf lambat tandas penuh tadi. Eh aku punya mana? Tak belikan untuk aku pun ice cream" soal Shafiq yang baru pulang dari tandas. Airil hanya menjulingkan matanya ke atas. Potong line betul budak Shafiq ni.
'Aku bunuh juga kau kang' desis Airil di dalam hati.
"Kau nak beli sendiri. Ada tangan ada kaki" perli Airil kepada Shafiq lalu Aiirl hanya membuat muka tidak bersalah atas kata-kata yang dilontarkan olehnya.
"Tak apa lah aku kongsi dengan Iqah je. Bolehkan Iqah" Shafiq mula melabuhkan punggungnya di sebelah Atiqah. Jangan harap dia mahu duduk di sebelah Airil.
"Tak payah mengada. Dia tu perempuan kau tu lelaki. Tak tahu nak hormat dia ke?" Airil melukis senyuman sinis di bibirnya. Dia tidak akan membiarkan Shafiq berkongsi satu mangkuk bersama Atiqah.
Jelas tahu?
___
"Best tak harini keluar dengan aku?" Soalan pertama yang diajukan oleh Airil apabila mereka sudah sampai di bahagian parking lot. Shafiq yang mendengar soalan Airil hanya membuat muka menyampah.
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...