AIRIL'S ANGEL 26 | Gila"Abang gurau je... abang tahu la sayang teringin sangat kan nak pergi Prancis kan ?" Airil memujuk Atiqah dengan melembutkan suaranya.
Membulat mata Atiqah mendengarkan tempat yang di sebutkan oleh Airil. Jadi lelaki itu bermain-main dengannya.
Bencilah !
"Abang ni ! Kata tak tahu ! Tipu je ! Jahat lah abang ni !" Makin bertambah cemberut wajah Atiqah. Yalah, orang betul-betul dia main-main pula.
"Memang lah abang tau. Dari sebelum abang kahwin dengan saya lagi abang dah tau. Sayang je yang tak pernah nak perasan yang abang ni suka saya kan" balas Airil sambil melihat anak mata bundar milik Atiqah.
"Macam mana abang tahu ni ?" Soal Atiqah. Sebelum ni dia memang tidak memberitahu sesiapapun tentang tempat yang dia ingin sangat untuk pergi. Semasa Airil kata yang dia tahu tempat yang Atiqah teringin mahu pergi, Atiqah berasa terkejut juga namun dikawal sebaik boleh riak wajahnya.
"Dulu abang pernah terbaca diari sayang. Abang terjumpa dan abang tak sengaja baca. Abang minta maaf ya ?" Takut juga bila menceritakan hal ini kepada Atiqah. Takut gadis itu marah pula.
Privacy kan ?
"Kalau sekarang ni saya tak kahwin lagi dengan abang mungkin saya akan marah. Tapi sekarang ni saya dah kahwin dengan abang kan ? Kita dah sah. Jadi saya tak kisah pun. Kerana apa rahsia saya adalah rahsia abang juga." Tutur Atiqah.
Ya, dia tidak kisah. Kerana dia baru sedar, bertapa bodoh dirinya di masa lalu kerana tidak menyedari akan cinta Airil terhadpa dirinya yang mengunung.
"Abang, saya nak minta maaf. Sebab sebelum ni saya tak pernah nak hargai apa yang abang dah korbankan untuk saya. Segala janji yang saya taburkan semuanya saya mungkiri. Tapi, abang masih tunggu saya sehingga hari ini" Atiqah menahan airi mata dari mengalir keluar dari kelopak matanya.
Sedih mengingatkan perkara yang lepas.
"It's okay sayang. Masa dah berlalu kan ? Abang pon nak minta maaf dengan sayang. Sebab abang dah ragut kehormatan sayang tanpa sebarang ikatan yang sah dan paksaan" Airil menatap Atiqah sayu.
"It's okay. Abang dah buktikan pada saya yang abang inginkan saya bukan atas nafsu. Tapi, abang memang ingin halalkan saya" Atiqah menatap anak mata Airil cuba menyampaikan apa yang dirasai oleh hatinya.
"Jadi... bila kita nak pergi ? "
Tersenyum sendirian Airil apabila mengingati terlatah Atiqah yang satu itu. Selalu mencuit hatinya.
"Hah ! abang termenung apa tu !" jerkah Atiqah kepada Airil. Airil terus memegang dadanya. Terkejut !
"Sayang ! Abang terkejut tau ! Da pandai eh dia ni ! Tumbuk kang !"ugut Airil. Membulat mata Atiqah. Secara spontan dia memberikan Airil cubitan berapi miliknya kepada suami yang 'tercinta'.
"Ohhh... abang nak cubit saya ya ! Rasakan cubitan berapi milik saya !" Atiqah memberikan Airil cubitan berapinya berkali-kali pada bahagian perut dan lengan lelaki itu.
Airil mengelak. Namun, dirinya tetap terkena dengan cubitan milik Atiqah. Memang lah mula-mula tak sakit, tapi lama-lama sakit oi !
"Arghhhh... sakit ! sakit ! sakitttt !" terjerit-jerit Airil dibuatnya. Nak balas balik lah macam ni. dia mula menangkap badan Atiqah lalu dipeluk badan kecil milik isterinya. Dengan segala rasa dendam yang di simpan sebentar tadi dibalas pula dengan geletekan yang diberikan oleh Airil pula.
YOU ARE READING
Airil's Angel
Romance[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya kerana ingin akan kebebasan dunia luar. __________ When a love turn to obssession __________ "Woi pe...