AA | 29

6.1K 251 17
                                    

AIRIL'S ANGEL 29 | "Kejadian"


Sesudah sampai ke parking lot yang disediakan oleh pihak hotel, Airil bergegas menuju ke lift dan dengan cepat keadaan seperti orang dikejar hantu saja dia melangkah.

Tujuanya hanya satu; secepatnya sampai ke bilik miliknya dan Atiqah. Difikirannya hanya risau. Risau jikalau Atiqah teringat kembali peristiwa itu.

Knock

Knock

Knock

"Sayang..." panggil Airil lagi. Diketuk pintu itu sehingga orang dari dalam menyahut dan sesekali dipulas-pulas tombol pintu yang berkunci.

Baru sahaja dia ingin mendorong memacahkan pintu bilik itu

"Tunggu, saya ada dekat dalam." terbantut niat Airil. Lalu, ditunggu wanita itu untuk membuka pintu. Mukanya masih lagi terlihat cemas dan peluh miliknya menurun dengan laju.

Setelah pintu dibuka, ddengan pantas Airil mendapatkan Atiqah yang berdiri di hadapan muka pintu. 

"Sayang okay? Sayang tak sihat ke? Sayang sakit kepala?" Atiqah hanya menganguk sebagai jawapan. Ditarik tangan wanita itu ke birai katil dan Airil terus melangkah ke arah beg laguage miliknya sendiri.

Pada bahagian yang paling tersorok dia mengeluarkan sebotol ubat yang memang sengaja dia bawa untuk Atiqah sebagai langkah percegahan kepada 'sesuatu' yang paling membuatkan Airil berasa sangat takut.

Jika perkara 'itu' terjadi pasti wanita itu meninggalkannya.

Dibuka penutup botol, dikeluarkan beberapa biji ubat dan dihulurkan kepada Atiqah.   

"Ubat apa ni awak ?" Soal Atiqah. Tak akan mahu telan saja. Dia harus tahu apa ubat yang diberikan dan fungsinya untuk apa.

"Ini ubat sakit kepala. Ingat doktor Syakir? Dia yang amanahkan untuk aku bagi kau ubat ni kalau kau sakit kepala" sejak bila pula ? Sungguh dia tidak ingat. Bahkan doktor itu hanya pernah memberinya ubat sekali saja.

Semasa dia datang beberapa bulan yang lalu.

"Jangan paksa diri sayang untuk ingat. Mungkin sayang dah lupalah tu. Nah, ambil ni. Makan jangan buang" dengan itu serentak Airil menghulurkan segelas air putih.  

Terpaksa dia berbohong dengan Atiqah. Semua ini demi masa depan mereka juga.

Setelah menelan ubat yang diberikan oleh Airil, kepala Atiqah berasa sangat berat. Terlalu berat.

Kesan sampingan dari ubat skait kepala yang diberikan oleh Airil ke ? Tidak mahu mengambil pusing tentang hal itu. Dengan pantas Atiqah melabuhkan kepalanya di atas bantal.

"Abang minta maaf sayang. Abang tepaksa. Abang tak mahu sayang ingat apa yang abang dah buat dekat sayang. Abang takut kehilangan sayang" Airil menyimpan lebihan ubat tidur yang diberikan kepada Atiqah sebentar tadi di dalam beg laguage miliknya.

"Lepas ! Aku cakap lepas ! Tolong..." rintih Atiqah sambil meronta-ronta dengan tangannya masih digari dan badannya diangkut seperti guni beras.

Dia meronta-ronta yang sebaik boleh supaya dirinya jatuh. Sekarang ini dia di dukung oleh Airil yang membawanya entah ke mana saja.

"Diam ! Aku cakap diam kan ! Apa susah sangat kau ni nak diam !" Jerkahan milik Airil membuatkan Atiqah membatukan diri.

Patutnya dia yang marah Airil ni terbalik pula.

Airil meletakkan badan Ariqah di atas satu meja papan yang dilengkapkan dengan gari pada bahagian tangan dan kaki.

Airil's AngelWhere stories live. Discover now