AA | 19

8.7K 329 3
                                    

"So, how King's conditions right now Doc ?" Atiqah amat risau akan keadaan Airil.

"He's fine. Queen...." belum sempat Doktor Syakir berkatakan sesuatu dengan pantas Atiqah memotong percakapan doktor itu.

"No, jangan panggil saya Atiqah. Saya tahu King yang mengarahkan tapi ni nama saya, dan saya tak mahu orang panggil saya Queen. Okay, continue" suara Atiqah sengaja di buat-buat dingin supaya Doktor Syakir tidak memanggilnya Queen.

"O..okay, Atiqah. Saya nak minta tolong awak. Saya harap awak nak tolong saya, sebab ini untuk kebaikan awak dan Airil juga" pinta Doktor Syakir. Dia mempunyai satu cadangan yang mungkin berguna dan mempunyai kebaikan pada masa akan datang.

"Okay, apa sahaja pertolongan yang Doktor nak saya boleh cuba untuk tunaikan." balas Atiqah.

"Saya nak awak pujuk King supaya dia mahu menjalani rawatan psikologi untuk rawat penyakit bipolar yang di alami sekarang" terang Doktor Syakir pendek.

"Tapi Doktor... saya tengok dia macam tak mengalami apa-apa penyakit pun." bingung Atiqah dibuatnya. Kerana dia tidak pernah melihat seseorang yang mengalami penyakit itu.

Sejujurnya, dia tidak tahu apa itu penyakit 'bipolar' . Kerana dia hanya berlajar sehungga tingkatan 5 sahaja. Selepas itu, dia langsung tidak menyambung pembelajarannya lagi. Walaupun banyak kolej dan universiti yang menawarkan dia untuk berlajar di sana karena dia antara pelajar top di dalam peperiksaan SPM. Tapi, dia terpaksa menolak semua tawaran itu kerana masalah kewangan yang dialami oleh keluarganya.

"Atiqah, sebenarnya tahu ke tidak apa maksud penyakit bipolar sebenarnya ?" Tanya Doktor Syakir. Kerana kebanyakkan orang dia tahu kewujudan penyakit bipolar tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya maksud penyakit 'bipolar'.

"Errr.. aaa... saya.. tak tahu" malu sebenarnya apabila dia tidak tahu tapi berpura-pura seperti tahu apa perkara itu.

"Baiklah, jom kita duduk di ruang tamu. Saya terangkan pada awak di ruang tamu. Saya takut King dengar perbualan kita dan habislah saya" kata Doktor Syakir terselit nada ketakutan kepada Airil.

Doktor Syakir membututi Atiqah sehubgga mereka sampai di ruang tamu yang besar itu. Atiqah menjemput Doktor Syakir untuk duduk di salah satu sofa yang diletak elok die ruang tamu itu.

"Awak nak air ? Saya boleh buatkan" pelawa Atiqah namun ditolak oleh Doktor Syakir dengan gelenggang.

"Baiklah. Saya nak terangkan dekat awak apa yang dimaksudkan dengan penyakit 'bipolar'. Penyakit 'bipolar' ni satu gangguan emosi yang sama juga seperti penyakit 'mental'. Tapi, penyakit bipolar ni tidak seteruk penyakit 'mental'. Cuma, bila emosi seseorang yang mengalami penyakit bipolar terganggu dia akan bertindak di luar jangkauan kita.

Penyakit bipolar juga dikenali sebagai 'manic - depressive illnes'. Manic - depressive illnes adalah gangguan otak yang menyebabkan pergeseran yang luar biasa dalam mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan menjalankan tugas sehari-hari. Okay, penyakit bipolar ini berpunca dari faktor persekitaran (environmental) dan juga daripada faktor genetik". Terang Doktor Syakir panjang.

Semantara Atiqah, hanya mengangguk sebagai tanda dia paham dengan apa yang dibicarakan oleh Doktor Syakir sebentar tadi.

"Ada apa-apa perkara yang awak tak paham lagi ?" Tanya Doktor Syakir.

"Err.. apa yang kita boleh lakukan untuk hilangkan penyakit bipolar Doc ?" Atiqah menanyakan hal itu supaya dia boleh membantu Doktor Syakir di dalam merawat Airil.

"Jenis perubatan ada dua. Pertama, rawatan secara susulan. Dengan berjumpa denga pakar psychotheraphy di sana dia akan di ajar cara-cara untuk mengawal emosi apabila dia mengalami tekanan atau gangguan emosi.

Kedua, pengambilan ubat. Ubat yang akan diberi adalah Lithium, Antipyshotics and Anticonvulsants. Ketiga-tiga ubat ini akan merawat dan mangawal emosi King apabila dia mengambilnya secara berjadual. Dan, seeloknya awak berada di samping dia sepanjang sistem rawatan dijalankan" terang Doktor Syakir mengenai rawatan dan ubat yang akan diambil oleh Airil.

Atiqah tidak menanyakan tentang kos rawatan yang perlu dibayar nanti. Dia tahu Airil mempunyai harta yang bisa membayar semua itu.

Sebagai bukti, lihat lah di garage rumah itu. Banyak kereta mewah di sana yang sememangnya berjenama Ferarri, Lamborghini dan banyak lagi. Tidak pernah dia melihat Airil memakai kereta itu.

Kadang-kadang saja.

"Baiklah. Saya akan pujuk Airil untuk menjalankan rawatan dan mengambil ubat secara berjadual." Kata Atiqah pendak. Jadi, selepas ini dia mempunyai satu tugas besar. Iaitu, memujuk Airil untuk melakukan semua itu.

"Kalau macam tu saya balik hospital dulu lah. Saya sebenarnya banyak pesakit yang hendak dirawat ni" pamit Doktor Syakir sambil menilik sebentar jam yang berada di tangannya.

"Terima kasih Doktor" ucap Atiqah lalu menghantar pemergian Doktor Syakir sehingga muka pintu sahaja.

Selepas Doktor Syakir pergi Atiqah terus melangkah ke bilik Airil.











________

[#719words]

Maaf pendek. Minggu ni Min Exam tu yang tak sempat nak buat panjang ii.

Minggu depan Min buat panjang ii

JANJI !

Plus chap ni hambar sikit

vote | comment


Airil's AngelWhere stories live. Discover now