AA | 45

5.5K 230 48
                                    

"Betul ke Aiman nak mandi pantai harini? Panas tau" tanya Atiqah kepada anaknya hanya untuk mendapatkan kepastian.

Sebab, ya memang benar sekarang cuaca tersngatlah panas. Aiman ini perangainya bukan lah seperti kanak-kanak lelaki yang lain.

Aiman terlalu cerewet seperti

Airil.

Ya, Airil

Aiman sangat menyerupai dengan Tengku Airil. Dari segi wajah dan sifat mereka. Macam copy paste.

Aiman memandang wajah ibunya dengan pandangan sayu. Manakala tangan Aiman sibuk mengentel hujung bantal busuk kesayangannya.

"Ibu sebenarnya tak bagi Aiman nak pergi pantai ke? Ibu busy ea harini? Kalau ibu busy tak apalah. Kita tak payah pergi. Nanti lain kali je" hati Atiqah mula cair dengan nada sayu yang Aiman keluarkan.

Kesian pula dengan anak bujangnya itu. Dia bukan tidak mahu untuk membawa Aiman ke pantai. Tapi, Atiqah takut setiba saja di sana nanti, Aiman mula meragam ingin pulang kerana tidak tahan panas.

"Ibu tak sibuk sayang. Jom kita gerak sekarang ya?" hati Aiman mula berbunga. Lakonan yang dibuat-buat telah berjaya. Sebenarnya Aiman ke pantai hanya ingin bertemu dengan Rizki.

Kerana dalam diam Aiman telah merasakan bahawa dia terlalu minat dengan Rizki.

Walaupun, Rizki mempunyai watak yang agak 'annoying' , tapi Aiman tidak kisah. Asalkan Rizki tetap ada berada di sekitarnya.

Aiman mula mengukirkan senyuman yang paling manis untuk ibunya.

"Yeay! Terima kasih ibu!" Aiman terus memeluk badan Atiqah sambil mengucapkan terima kasih.

"Kasih diterima"

___

"Ibu bentang tikar sekejap, Aiman pergilah main dulu. Nanti ibu ikut. Ingat, jangan main jauh-jauh tau" pesan Atiqah kepada anak terunanya itu. Aiman tersenyum manis dengan penuh makna ke arah Atiqah.

Badan anaknya ditarik lembut. Apple tagged diletakkan di dalam poket seluar Aiman. Senang sekiranya Aiman bermain sedikit jauh dan mudah untuk dia mencari Aiman kelak. Disamping menjaga keselamatan Aiman dengan mengetahui dimana keberadaan Aiman jika dia tidak sedap hati.

Aiman yang sudah terbiasa dengan kegiatan itu hanya melihat. Sudah terbiasa dan dia juga tidak kisah kerana untuk kebaikkan dirinya juga. Sungguh anak yang baik.

Tanpa berlengah pantas kaki kanak-kanak kecil itu berlari meninggalkan ibunya. Nak cari sahabat tadikanya yang sudah berjanji akan datang sekali!

Setelah sedikit jauh dari Atiqah, Aiman memusingkan kepala ke kiri dan kanan sambil berjalan perlahan.

"Mana Rizki ni" kata Aiman perlahan. Matanya tidak lekang memandang persekitarannya untuk mencari gadis kecil bernama Rizki itu.

Tidak dapat datangkah gadis itu?

Setelah berjalan mencari selama 10 minit, Aiman melabuhkan punggungnya ke atas bangku kayu. Mata Aiman masih lagi tidak henti meliar di kawasan pantai yang luas itu.

"Dah jauh sangat ni dari ibu. Mungkin Rizki tak dapat datang kut" Aiman mengangkat badan dari kerusi kayu. Muka Aiman mulai kelihatan muram kerana tidak dapat berjumpa dan meluangkan masa dengan Rizki.

Kaki Aiman mula menatapak perlahan meninggalkan kawasan duduk itu.

"Aiman!" panggil satu suara nyaring. Aiman memandang ke arah suara tersebut. Suara itu berasal sedikit jauh dari tempatnya.

Airil's AngelWhere stories live. Discover now