Dadaku sarat dengan pelbagai perasaan. Satu je yang boleh aku katakan saat ni, aku betul-betul rasa down gila. Dejavu...Jam tangan aku jenguk sekilas. 2:30 p.m waktu tempatan. Dengan berbekalkan duit yang mama bagi semalam aku ambil keputusan untuk berhijrah ke bumi Canada. Aku betul-betul tak tahu nak pergi mana.
Pada mulanya aku berniat untuk balik Malaysia. Tapi, aku tak tahu rumah papa dekat mana. Jangan katakan rumah, nombor telefon diorang pun aku takde. Waktu kecil dulu aku selalu impikan nak datang negara asal Opah. Harini impian aku dah jadi kenyataan.
Aku sekadar merayau di kawasan Toronto Street mengikuti arus manusia tanpa hala tuju. Kota yang besar ini sungguh mendamaikan.
Luggage hitam yang setia di genggaman aku tarik seiring dengan langkah.
Alunan lagu dari geng busker di hadapan, membuatkan aku tertarik untuk mendekati dan menghayati bait-bait lirik yang mereka dendangkan.
Don't go tonight...
Stay here one more time,
Remind me what it's like,
And let's fall in love one more time,
I need you now by my side,
It tears me up,
when you turn me down,
I'm begging please,
just stick around...I'm sorry,
don't leave me,
I want you here with me,
I know that your love is gone,
I can't breathe, I'm so weak,
I know this isn't easy,
Don't tell me that your love is gone,
That your love is gone...Bait lirik daripada lagu tu mengundang perasaan sebak di dadaku. Aku segera berpaling ingin meneruskan langkah.
Buk!
Tubuhku terus sahaja terdorong apabila seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam, melanggar bahuku dengan kuat dan berlalu tanpa meminta maaf. Aku memandang lelaki tersebut meneruskan langkah dengan laju. Cap yang berada di atas kepalanya juga segera ditarik menutupi wajah.
Lelaki tu tengah shooting ke?
Tak nampak ada kamera pun?
Sehelai kertas yang ditampal pada dinding jalanan itu seakan menarik aku untuk melihat isi kertas tersebut dengan lebih jelas.
: House For Rent
Contact us if you intresting!
: +1226758349Nombor yang telah ditinggalkan itu aku simpan ke dalam telefon. Senyuman nipis mula terlakar diwajahku. Kini aku ada destinasi untuk dituju.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...