"Dua jantan tu dah berlepas?"Santan mula mengambil tempat duduk di hadapan meja tanpa pelawaan. Jari-jemari Frank yang bergerak di atas Macbook dipandang silih ganti dengan kunci di tangan.
Kotak tisu atas meja dicapai laju sebelum di baling dengan kasar.
Buk!
"Sial Kau pahal?" Frank mengutip kotak tisu di atas peha Sejurus di baling ke arah Santan kembali.
Santan tangkas bergerak ke kiri.
Prang!
Pasu antik Hadryl yang sudah berkecai di atas lantai di pandang sekilas.
"Bro! nyawa brother tu bro." ujar Santan tanpa rasa bersalah.
"Kesah pulak aku. Kau yang jadi babi dekat sini." Balasnya beralih membuka fail di atas meja. Lelaki itu tekun memeriksa fail kewangan. Kehadiran si bangsat di hadapannya dibiarkan tanpa perasaan.
"Aku bosan dengan hidup ni." Aduh Santan tiba-tiba. Jari menarik pen bulu ayam di atas meja.
Kepak Batman mula dilukis di telapak tangan.
"Kerja kau berlambak dalam office. Tak payah jadi sial dekat sini." Frank mengalihkan pandangan sekilas. Tahu nak kencing orang je bangsat ni.
"Tak! yang kau marah-marah ni kenapa. Period?" Santan menjeling Frank sekilas sebelum kembali melakar Saitan di atas kulit.
'Dah memang watak aku macam ni. Sial punya babi.'
"Had nak kita lawat rumah Elra malam ni." Terang Frank mendatar.
"Menarik cerita tu." Balas Santan menjuirkan bibir tanpa menoleh.
SWEDEN...
"Kau tak rasa perempuan tua tu ada muslihat?" Tebak Cupak tiba-tiba. Tubuh Hadryl di seat pemandu dijeling sekilas.
"Let's make it fun." Balas Hadryl mendatar. Pedal minyak dipijak kali terakhir sebelum menarik hand-brake. Deruman Gallardo di perkarangan rumah agam Mardons mula tenggelam.
Hadryl menapak keluar.
Usai menutup pintu kereta kaki diatur ke arah pintu rumah agam tersebut dengan laju. Susuk tubuh lima lelaki berbaju hitam di tepi pintu dibiarkan tanpa teguran.
Cupak di belakang melangkah bersama tangan dalam poket seluar. sunglasses di atas hidung diturunkan sedikit merenung otot lengan lima lelaki berbaju hitam di tepi pintu sekilas.
"Dude! I like your biceps. Bulat."Komennya tiba-tiba.
Lelaki berbaju hitam di tepi pintu itu hampir melepaskan sengihan namun dikawal laju.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...