Sudah seminggu aku mula bekerja di Rionezz Cafe. Alhamdulilah hari pertama aku datang Encik Malik terus terima aku untuk bekerja dekat tempat ni. Aileen banyak juga tunjuk aku tentang selok-belok cafe ni. Aku masuk kerja pukul 9 pagi, balik pukul 8 malam everyday. Aku ni bukanlah sejenis yang peramah sangat. Aileen je yang aku rasa elok sikit kalau nak diajak bersembang dekat cafe ni."El! Two Java Chip Frappuccino, for table 8." Lelaki memakai uniform yang sama dengan aku sempat meletakkan dulang, Sebelum kembali menghantar pesanan untuk meja 4.
"El, lagi 2 minit kita rest. Kerja you dah habis?" Aileen yang mengukir senyuman nipis di hadapanku aku pandang sekilas.
"Jap." Lonceng di hadapan kaunter aku tekan. Pesanan untuk meja 8 segera dicapai oleh lelaki sebentar tadi. Manakala apron yang tersarung ditubuhku segera aku tanggalkan.
"Leen, jom."Rambutku yang agak kusut sempat aku rapikan sebelum mengatur langkah bersama Aileen ke kedai bakeri di sebelah jalan. Kedai itu telah menjadi tempat kegemaranku selepas Aileen ajak aku makan chocolate velvet cupcake pada hari pertama aku mula bekerja.
"Let's go babe!"
"Korang? Wait!" Langkah ku dan Aileen terhenti.
Tubuh seorang lelaki mula muncul di sisi Aileen. Tanpa pelawaan, Kami berjalan seiringan memasuki kedai Bakeri. Aku sekadar berdiam diri mendengar perbualan antara lelaki itu dan Aileen. Tiba-tiba aku takde idea untuk bersembang. Sometimes silence is better than a lot of chatting
Masuk sahaja.
Meja tepi tingkap menjadi pilihan lelaki itu dan Aileen melabuhkan punggung.
"Why not?...korang dua duduk je dulu. Biar I yang take order untuk kita." Lenggokan dari tubuh Aileen yang berua-ura ingin membuat pesanan menjadi tatapan aku dan lelaki itu.
"By the way, El. You tinggal sorang ke dekat rumah sewa you tu?" Aku sekadar mengangguk.
"You memang jenis kurang bersembang ke?..."
"Ya." Lelaki itu sekadar mengangguk faham. Dekat rumah mama dulu pun aku kurang bersembang, semuanya sebab aku takde kawan nak bersembang. Mama sibuk dengan persatuan Datin dia. Si Minah Selebeh tu pula. Halah! Lebih baik aku berbual dengan Rumput jelah dari berbual dengan dia.
"Yuhuu~ Makanan you guys dah sampai!" Aileen meletakkan dulang makanan di atas meja. Aku mula mencapai makanan milikku. Manakala makanan milik lelaki itu Aileen tolong hidangkan.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...