Elra PovAku mula menghampiri meja mamat mata hazel itu perlahan-lahan. Setelah jarak tubuh berbaki 1 meter. Aku segera menghentikan langkah.
"Ehem! Sebenarnya say-..."
"Kau takde punggung nak duduk?"Potongnya laju.
Dengan perasaan malu aku mengambil tempat duduk.
"Ada tak barang say-..."
"That ancient stuff?" Aku menarik nafas dalam seraya mengukir senyuman manis.
Aku tanam juga mamat ni karang.
"Yah pakcik. Benda purba tulah barang saya." Balasku lancar. Aku dah pasang riak munafik tu kira bagus dah. Reaksi tiba-tiba dari mamat tu buatkan aku berkerut dahi. Sawan ke pandang aku macam tu?
"Ka...kau okey ke?" Soalku ragu-ragu. Karang tertelan penampar cakap kasar-kasar.
"Ehem!" Dehemnya kuat. Reaksi terkejut cepat-cepat aku kawal. Allahuakhbar! Nasib tak melayang je beg sandang ni.
Tanpa balasan. Mamat tu mula membuka laci bawah meja Sejurus mengeluarkan Barang Purba kepunyaanku dengan laju.
Aku mengintai sedikit.
Biarlah dia nak fitnah barang purba sekali pun.
Tak habiskan biskut aku dekat rumah tu juga.Telefon jenama samsung yang sudah dikeluarkan itu, diletak kasar di atas meja. Sebelum ditolak ke arah aku tanpa rasa bersalah. Ewah, ewah! Nak rasa kena terajang ke macam mana?
Baru sahaja aku berniat ingin menarik benda purba tersebut. Mamat tu kembali menarik dengan kasar.
"Kau nak buruk siku ke? Dah bagi pastu tarik balik." Dengan yakin aku mengutarakan ayat. Reaksi terkejut diwajah mamat tu mengingatkan aku pesan encik Malik seketika.
Apa aku cakap ni?
Sedar akan keterlanjuran diri. Aku mengunci mulut seraya menundukkan pandangan. Tali beg sandang aku genggam dengan erat.
"I can return it. But." Ujarnya berjeda seketika.
Aku sekadar berdiam diri bersama Sejuta Persoalan yang mula bertandang di minda. Mamat ni tengah berkolaborasi dengan tv3 ke?
Macam skrip je.
Kunci kereta masih setia dipusingkan pada jari. Kedua lelaki itu santai melihat cctv yang memaparkan bilik yang baru sahaja mereka tinggalkan. Manakala lelaki berkemeja putih di hadapan MacBook itu dibiarkan membuat kerja seorang diri.
Mereka berdua tiada nafsu ingin membuat kerja. Tetapi nafsu makan sentiasa ada. Kutuk.
"Cupak, kau perasan tak?"
Lelaki yang disoal itu mengangkat kening kiri sekilas.
"Perempuan tu iras arwah mama Had. Betulkan Sagu a.k.a Frank?" Soalnya lagi. Beralih memandang lelaki berkemeja putih itu sekilas.
"Hm." Balas lelaki itu mendatar.
"Malas pulak aku tengok Binatang ni. Tak pernah-pernah mengedik sekarang baru nak tunjuk. Sini mic tu!" ujar Cupak Menarik mic di atas meja dengan kasar.
"Sabar Cupak. Bawa mengucap." Pujuk Santan.
___•*•___
Elra pov
"I want to see your husband."
Hampir tercekik, tersembur, termaki. Aku mendengar syarat daripada lelaki itu. Tangan yang sedia berpeluh semakin erat aku genggam. Tiada syarat lagi gila ke! dari ni?
"Err...suami saya kerja jauh." Tipuku. Eleh tipu sunat takpe kan? Lelaki itu mengangkat kening kiri sekilas sebelum mengukir senyuman sinis. Nampak sangat ke aku tak pandai menipu?
"Try, try juga. Nampak sangat kebabian kau tu."
Suara bergema kuat itu membuatkan aku tercengeng. Dengan perasaan ingin tahu, aku meliarkan pandangan ke setiap sudut. Dari mana suara tu datang?
"Sial." Selamba lelaki itu menekan butang berwarna merah di tepi MacBook miliknya selepas mencarut.
Aku memasang reaksi pelik.
"Aku nak jumpa anak kau." Sambungnya kembali seolah tiada apa berlaku.
Aku tak tahu apa masalah mamat ni. Perlu ke? buat syarat gila macam ni. Ikutkan hati nak saja aku tanya soalan macam tu.
"Urusan ni takde kaitan pun dengan anak saya." Balasku memberanikan diri bertentang mata dengannya.
"Okay then. I'll throw away this ancient stuff..." Aku memandang lelaki itu tajam. Sumpah! Aku benci berurusan dengan orang macam ni.
"Ok fine! Kau hambik lah dunia ni." Dihujung ayat aku perlahankan. Senyuman kemenangan lelaki itu semakin menambah bara di hati aku.
"As you wish my girl." Selamba dia mengenyit mata. Telefon milikku yang sudah diletakkan kembali di atas meja. Aku tarik dengan laju Sebelum meminta diri untuk berlalu keluar.
Boleh masuk tanjung rambutan berurusan dengan mamat ni!
Tiba diluar. Ketawa kuat lelaki itu masih lagi kedengaran. Semua mata mula memandang aku dengan pandangan pelik.
"Kenapa dengan Sir Had tu?"
"Wei! Tak pernah Sir ketawa macam tu?"
"A'ah la! Apa yang dia buat kat dalam tadi?"
Aku meneruskan langkah Sejurus mengabaikan pandangan tajam dua gadis yang berdiri di situ.
Apa yang lucu pun aku tak tahulah!Hah, yang nak menabur bawang tu pun. Teruskan!
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...